Usia Silures

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Silures)
Lompat ke: pandu arah, cari

Zaman Silures[1] merupakan era ketiga Zaman Paleozoik (438 hingga 410 juta tahun dahulu). Cuaca Zaamn Silures lebih panas berbanding Zaman Ais pada akhir Zaman Ordovisi dan hidupan terus membiak. Di samping itu, paras laut meningkat dan daratan baru muncul akibat perlanggaran plat tektonik. Justeru, tumbuhan mampu hidup dan membiak di daratan dengan adanya rantaian makanan di daratan.

Benua Zaman Silures[sunting | sunting sumber]

Benua Gondwana berada di hemisfera selatan seperti di Zaman Ordovisi manakala Siberia pula berada 180 darjah daripada kedudukan sekarang. Di antara benua Laurentia dan Baltica adalah Atlantik Lama (kemudian berpecah pada hujung Zaman Silures dan menjadi Euromerica).

Apakan ciri-ciri organisma pada Zaman Silurea?[sunting | sunting sumber]

Hidupan Zaman Silurian ialah haiwan tanpa tulang belakang seperti Graptolit, Euripterid dan jenis bercangkerang. Bagaimanapun, nautilius dan trilobit yang banyak di Zaman Ordovician semakin berkurang. Selain itu, haiwan vertebrat mula muncul terutama ikan bertulang rahang seperti akatodia. Haiwan seperti serangga dan labah-labah juga muncul.

Haiwan-haiwan baru pada Zaman Silures[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Silures Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh Eon Proterozoik 542 Ma - Eon Fanerozoik - Kini
542 Ma - Zaman Paleozoik - 251 Ma 251 Ma - Zaman Mesozoik - 65 Ma 65 Ma - Zaman Senozoik - Kini
Kambria Ordovisi Silures Devon Karbon Perm Trias Jura Kapur Paleogen Neogen Kuarterner