Metil vinil keton

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Metil vinil keton (MVK) ialah sejenis sebatian organik reaktif yang dikelaskan sebagai enon. Strukturnya seperti di sebelah menunjukkan satu sistem konjugasi antara ikatan C=C dan C=O . Atom oksigen mengandungi dua pasang elektron bukan pengikatan (non-bonding electrons) yang terlibat dalam konfigurasi elektron p molekul ini.

Sistem orbital pi bagi Metil Vinil Keton terbit dari pertindihan orbital-orbital p dalam ketiga-tiga atom karbon dan satu atom oksigen dalam molekul tersebut. Mengikut teori orbital molekul, bilangan orbital molekul yang akan di bentuk mestilah sama dengan bilangan orbital atom (orbital p) yang terlibat dalam pembentukan tersebut.

Oleh itu, 4 orbital p harus menghasilkan empat orbital molekul dengan kombinasi pertindihan orbital p yang berbeza.

Susunan adalah mengikut aras tenaga orbital tersebut di mana pertindihan yang paling banyak mengandungi tenaga terendah dan dilukis pada aras terbawah. Ketetapan yang dibuat adalah mengenai bilangan satah nodal (nodal plane) ia itu satah yang dapat dilukis apabila berlaku pertukaran fasa (atau tanda + atau -) antara dua orbital yang berjiran.

Orbital bukan pengikatan dari atom oksigen pula mempunyai aras tenaga yang pertengahan. Oleh kerana di situ juga ada elektron (4 biji = dua pasang), orbital n ini juga perlu di sertaka dalam sistem elektron pi molekul tersebut. Mereka diletaskan pada aras yang sama kerana mempunyai tenaga yang sama yang dipanggil orbital degenerat (degenerate orbital).

Bukan hanya dikhaskan kepada orbital n, orbital-orbital yang yang mempunyai tenaga yang sama juga dipanggil orbital degenerat. Orbital-orbital degenerat dapat ditentukan dengan mempunyai bilangan satah nodal yang sama.

Konfigurasi elektron bagi keadaan asas molekul metil vinil keton ini adalah seperti di bawah di mana dua orbital pi terisisi dengan elektron di panggil orbital pengikatan (bonding orbital), dua orbital n juga terisi di panggil orbital bukan pengikatan (non-bonding orbital) dan dua orbital pi yang teratas tidak terisi yang dipanggil orbital anti-pengikatan (anti-bonding orbital).