MetroLyrics

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
MetroLyrics
Jenis Diperoleh oleh CBS Interactive Music
Ditubuhkan 2002
Pengasas Milun Tesovic
Ibu pejabat Vancouver, British Columbia, Kanada
Servis Lirik
Pekerja 15+ (2010)
Laman web MetroLyrics.com

MetroLyrics adalah laman web lirik yang diasaskan pada tahun 2002.

MetroLyrics merupakan laman web lirik pertama untuk pengumpul pelesenan katalog lirik, Gracenote Inc's pada bulan April 2008.[1] Melalui model pelesenan lirik ini, pemegang hak cipta lirik mendapat hasil royalti apabila kerja mereka dipaparkan pada MetroLyrics.com. Royalti dibayar pada semua lirik yang dipaparkan dan dikendalikan melalui Gracenote. Model pelesenan MetroLyrics adalah berbeza, sebagaimana laman web lirik lain yang masih menawarkan perkhidmatan tidak berlesen dan melanggar hak cipta kandungan.[2]

Pangkalan data MetroLyrics mengandungi lebih daripada 1 juta lagu yang dinyanyikan oleh lebih 16,000 artis. Ia merupakan pangkalan data lirik yang ke-9 terbesar.[3]

MetroLyrics bekerjasama dengan AOL Music, NME, MTV dan Billboard.com. Selain itu, MetroLyrics juga sebahagian daripada Winamp media player.

MetroLyrics telah diperolehi oleh CBS Radio pada bulan Oktober 2011.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]