Michelle Quah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Michelle Quah (dilahirkan pada 1977) ialah seorang seniwati dan penyanyi Malaysia.

Michelle terlibat dalam persembahan sandiwara semasa dia berumur lima tahun. Dia berminat berlakon sebagai Cinderalla akan tetapi diberikan peranan ibu tiri. Semasa remaja, Michelle sudah pasti bahawa dia ingin menjadi seorang penyanyi.

Pada tahun 1994, Michelle mengambil bahagian dalam pertandingan bakat televisyen, Asia Bagus. Lagu penyampaiannya ialah lagu One Moment in Time, sebuah lagu yang dipopularkan oleh Whitney Houston, akan tetapi dia tidak menang. Seorang siswazah dari Akademi Seni Kebangsaan, Michele berlatih dibawah guru vokal, Siti Hajar Ismail dan penyanyi bariton, Cha Seng Tiang. Selepas latihan tersebut, Michelle ke California untuk melanjutkan lagi latihannya selama hampir setahun.

Kebetulannya, persembahan solo pertamanya ialah nyanyian lagu Wouldn’t It be Loverly?, sebuah lagu Eliza Doolittle dalam opera muzik, My Fair Lady. Persembahan itu dibuat semasa dia masih bersekolah, yang mana gurunya telah bermintanya menyanyi perseorangan untuk koir sekolah. Apabila dia kembali ke rumah, dia mengumumkan peristiwa itu kepada keluarganya, akan tetapi tiada orang mengambil berat tentang hal tersebut, disebabkan Michelle mempunyaj suara yang garau pada masa itu. Selepas peristiwa itu, ibunya menghantarnya untuk mengambil latihan menyanyi.

Michelle seorang berumahtangga dan mempunyai seorang anak perempuan, Talia, yang dilahirkan pada tahun 2001. Kegemarannya ialah membaca, mendengar muzik dan menonton filem, terutamanya filem-filem yang menggentar jiwa.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • New Sunday Times, Malaysia. 23 Oktober, 2005.