Mikroskop elektron

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mikroskop elektron penghantaran.

Mikroskop elektron mampu membesarkan buriran terperinci dengan kuasa gandaan yang tinggi disebabkan penggunaan elektron dan bukannya cahaya untuk menyebar materia, pembesaran sehingga 500,000 kali ganda.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Mikroskop elektron pertama ditemukan oleh Ernst Ruska dan Max Knoll pada tahun 1931. Mikroskop elektron ini telah dikembangkan sejak 1950an dan mendapatkan kemajuan besar dalam bidang Sains. Kelebihan pancaran elektron adalah ia mempunyai jarak gelombang lebih kecil (lihat dwi gelombang-partikal, yang menghasilkan resolusi lebih tinggi - ukuran betapa hampir dua benda boleh mendekati sebelum dilihat sebagai satu. Mikroskop cahaya membenarkan resolusi sekitar 0.2 mikrometer, sementara mikroskop elektron mampu mempunyai resolusi serendah 0.1 nanometer.

Proses[sunting | sunting sumber]

Pancaran elektron voltan tinggi dari kathode ditumpukan oleh kanta magnet pada spesimen. Ia kemudiannya dibesarkan melalui siri kanta magnet sehingga ia menghentam plat gambar atau sensor sensitive cahaya - yang memindahkan imej pada skrin komputer. Imej yang terhasil dikenali sebagai mikrograf elektron electron micrograph (EM).