Magnet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
A-1 horseshoe-magnet-red-silver-iron-filings-AHD.jpg

Magnet ialah sejenis logam yang juga dikenali dengan nama besi berani. Magnet mempunyai medan magnet dan dapat menarik butir-butir besi lain ke arahnya. Perkataan magnet berasal dari bahasa Greek "magnítis líthos" (μαγνήτης λίθος) yang bererti “batu magnesia”. Ini adalah kerana magnet mula-mula dijumpai di suatu daerah Asia kecil bernama Magnesia. Suatu keunikan yang ada pada magnet ini ialah apabila magnet itu digantung, arah yang ditunjukkannya ialah utara-selatan.

Selain magnet asli (yang dilombong), terdapat juga magnet yang dibuat manusia. Magnet asli ialah magnet yang kekal keadaannya, manakala magnet yang dibuat manusia ada yang kekal dan ada yang sementara (dipanggil elektromagnet). Kebanyakan magnet yang digunakan hari ini adalah dibuat oleh manusia.

Setiap magnet mempunyai satu 'kutub selatan' dan satu 'kutub utara'. Apabila satu hujung magnet didekati suatu hujung magnet yang lain, kedua-dua hujung akan menarik di antara satu dengan yang lain sekiranya hujung-hujung magnet itu mempunyai kutub yang berlainan. Sebaliknya akan berlaku sekiranya kedua-dua hujung mempunyai kutub yang sama.

Kegunaan magnet[sunting | sunting sumber]

  • Jarum kompas adalah daripada magnet kekal.
  • Pintu peti ais mempunyai magnet kekal supaya ia sentiasa tertutup.
  • Kad ATM dan kad kredit mempunyai jalur magnet yang berisi maklumat.
  • TV dan monitor komputer menggunakan elektromagnet untuk menghasilkan gambar.
  • Mikrofon dan pembesar suara menggunakan kombinasi magnet kekal dan elektromagnet.
  • Media rakaman magnetik: Tape VHS biasa sebenarnya mengandungi golongan tape bermagnet. Maklumat yang menghasilkan video dan bunyi dikodkan pada lapisan bermagnet pada tape. Ini merupakan sebab magnet akan memusnahkan maklumat dalam tape jenis ini. Keset audio kompak juga bergantung kepada tape bermagnet.
  • kad kredit, kad debit, dan kad ATM : Kesemua kad ini mempunyai jalur bermagnet pada sisi. Jalur ini mengandungi maklumat yang diperlukan bagi menghubungi institusi kewangan persendirian dan menghubungkan dengan akaun mereka.
  • magnet pada peti sejuk memastikan pintu peti sejuk kedap udara, dengan itu mengelakkan pembaziran tenaga.
  • Pembesar suara dan mikrofon: Pembesar suara sebenarnya adalah gabungan magnet kekal dan elektromagnet. Pembesar suara pada asasnya peranti yang menukar tenaga eletrik (isyarat) kepada tenaga mekanikal (bunyi). Elektromagnet membawa isyarat, yang menghasilkan perubahan medan megnet dan menarik medan yang terdapat pada magnet kekal. Pergerakan penarikan dan penolakan menggerakkan kon, yang menghasilkan bunyi. Kebanyakan pembesar suara bergantung kepad teknologi ini, tetapi terdapat juga yang menggunakan konsep yang berlainan. Mikrophon piawaian berasaskan kepada konsep yang sama, tetapi menyongsang. Mikrophon mempunyai kon atau selaput yang terlekat kepada gelongan wayar. Gelung itu terletak dalam megnet berbentuk khas. Apabila bunyi mengegarkan selaput, gelung itu turut bergetar dan menghasilkan voltage apabila ia melalui medan magnet (lihat hukum Lenz ). Voltage dalam wayar ini sekarang adalah isyarat eletrik yang mewakili bunyi asal.
  • Motor eletrik dan generator: Motor eletrik (seperti mana pembesar suara) bergantung kepada gabungan eletromagnet dan magnet kekal, dan sepertimana pembesar suara, menukar tenaga eletrik kepada tenaga mekanikal. Generator bertindak menyongsang: Ia menukar tenaga mekanikal kepada tenaga eletrik.
  • Transformer: Transformer merupakan peranti yang menukar tenaga eletrik antara dua peranti yang terpisah secara eletrik melalui penyambung magnet.
  • chuck: Chuck digunakan di dalam kerja logam bagi memegang objek. Sekiranya objek ini boleh dipegang menggunakan magnet kemudian permanent or electromagnetic chuck mungkin digunakan. Magnet juga digunakan apabila ciri-ciri mereka berguna, contoh: Tapak megnet atau pemegang bermagnet

Daya magnet[sunting | sunting sumber]

Mengira daya tarikan atau tolakan antara dua magnet secara umum adalah amat rumit, kerana ia bergantung kepada bentuk magnet, kemagnetannya, kedudukan dan jarak dua magnet itu. Akan tetapi ada satu formula yang boleh digunakan untuk kes mudah daya di antara dua kutub magnet:

F={{m_1m_2}\over{\mu r^2}} [1]

di mana

F merupakan daya (unit SI: newton)
m merupakan kekuatan kutub (unit SI: weber)
μ merupakan kebolehtelapan (permeability) medium (unit SI: tesla meter per ampere)
r merupakan jarak antara dua magnet (unit SI: meter).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]