Minako Ayuzawa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Minako Ayuzawa
Watak Maid Sama
Disuarakan oleh

Ayako Kawasumi
Umur

36
Pekerjaan

Jururawat
Jantina

Perempuan
Tinggi / Berat

165 cm / 49 kg
Jenis Darah

B
Keluarga

Sakuya Ayuzawa (Suami)
Misaki Ayuzawa (Anak Perempuan Sulung)
Suzuna Ayuzawa (Anak Perempuan Bongsu)

Ibu kepada Misaki dan Suzuna.

Plot[sunting | sunting sumber]

Dia biasanya dilihat di rumah. Dalam bab 35 Minako berkenalan dengan Usui di stesen kereta api dan melihat dia sebagai seorang yang sangat lembut; berlawanan dengan suaminya.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Setelah ditinggalkan oleh suaminya yang meninggalkan hutang yang besar, dia bekerja keras untuk menbesarkan dua orang anak perempuannya, Misaki dan Suzuna. Dia bimbang kepada Misaki kerana dia tertanya-tanya sama ada Misaki dapat menikmati kehidupan sekolah tingginya. Walau bagaimanapun, selepas kebenaran terbongkar, Minako berbohong kepada anak perempuan mereka mengenai suaminya, Sakuya Ayuzawa, memberitahu mereka dia adalah seorang kaki judi yang malas, kerana dia tidak pasti sama ada dia akan kembali lagi. Dia menerima Takumi Usui dan Minako juga menyedari perasaan Hinata Shintani kepada Misaki.

Trivia[sunting | sunting sumber]

Nama pertama dia, Minako, bermaksud "anak cantik".