Mistisisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Mistisisme ialah aktiviti untuk mendapat ilmu atau kekuatan tertentu, melalui cara yang ghaib seperti bermeditasi, bertapa, berkhalwat dan lain-lain lagi. Amalan ini adalah dengan anggapan bahawa terdapat ilmu pengetahuan yang tidak boleh didapati melalui bahasa, sebaliknya harus melalui aktiviti-aktiviti mistisme ini.

Mistisisme di Alam Melayu[sunting | sunting sumber]

Aktiviti mistisisme yang dapat dikesan dalam masyarakat Melayu ialah

Pertapaan ialah aktiviti menyinsihkan diri di tempat yang sunyi, biasanya tidak makan dan minum. Ketika si pertapa menjalani pertapaan, ia akan menghadapi ujian-ujian daripada kuasa ghaib yang bertujuan menguji kesungguhan dan kekuatan jiwanya. Sekira si pertapa dapat mengatasi dugaan ini, maka jiwanya akan memperolehi kekuatan.

Gambaran mengenai aktiviti pertapaan boleh dijumpai dalam Kesusasteraan Melayu Klasik. Conotohnya dalam Hikayat Hang Tuah ,dikatakan bahawa seorang pendekar Jawa Sang Wirana telah:

bertapa dalam bumi tujuh tahun tiada makan dan minum 
dan tiada tidur dan pelbagai rupanya dapat dijadikan.(1995:187)

Berkhalwat dalam kamus dewan bermaksud "mengasingkan diri di tempat yang sunyi kerana bertakafur, beribadat, dan lain-lain". Tetapi di juga harus dingatkan bahawa berkhalwat juga mempunyai maksud yang lain iaitu "Dua orang lelaki dan perempuan berada di tempat yang sunyi untuk tujuan yang jahat"

Dengan mengambil contoh daripada Hikayat Hang Tua, Hang Tua telah berbuat tempat berkhalwat di Bukit Jugra. Di sana, dikatakan Hang Tua "mengerjakan amar Allah siang malam, terlalu keras, tiadalah laksamana(Hang Tua) ingatkan pekerjaan dunia, melainkan syuhudnya pada Allah Taala semata-mata."(1995:585). Daripada gambaran ini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa berkhalwat seakan "pertapaan dalam konteks keislaman".