Mohamed Nasheed

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohamed Nasheed
މުޙައްމަދު ނަޝީދު
Presiden Maldives
Dalam jawatan
11 November 2008 – 7 Februari 2012
Naib PresidenMohammed Waheed Hassan
Didahului olehMaumoon Abdul Gayoom
Digantikan olehMohammed Waheed Hassan
Butiran peribadi
Lahir (1967-05-17) 17 Mei 1967 (umur 56)
Malé, Maldives
Parti politikParti Demokratik
PasanganLaila Ali Abdulla
Anak-anakMeera Laila Nasheed
Zaaya Laila Nasheed
Alma materUniversiti John Moores Liverpool

Mohamed Nasheed (Dhivehi: މުހައްމަދު ނަޝީދު) (lahir 17 Mei 1967) ialah seorang ahli politik berbangsa Maldives dan pengasas Parti Demokratik Maldives, yang berkhidmat selaku Presiden keempat Maldives mulai tahun 2008 hingga 2012. Beliau mengalahkan Maumoon Abdul Gayoom yang sekian lama menjadi Presiden dalam pusingan kedua pilihan raya Oktober 2008, lalu mengangkat sumpah selaku Presiden pada 11 November 2008. Beliau meletak jawatan pada 7 Februari 2012 ekoran tunjuk perasaan orang awam yang berlarutan. Beliau kemudian mendakwa kejadian itu satu rampasan kuasa,[1] menyebut dengan jelas dia dipaksa meletakkan jawatan "selepas diacukan senapang" oleh pegawai polis dan tentera.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Dregs of Dictatorship". The New York Times. 8 Februari 2012. Dicapai pada 8 Februari 2012.
  2. ^ "Maldives ex-president Mohamed Nasheed was 'forced out'" BBC News: World: Asia
Jawatan politik
Didahului oleh
Maumoon Abdul Gayoom
Presiden Maldives
2008–2012
Diikuti oleh:
Mohammed Waheed Hassan