Mohammad Yazid bin Abdul Majid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mohamad Yazid bin Abdul Majid merupakan seorang penulis Johor. Beliau menggunakan nama pena Zaid Akhtar.

Mohamad Yazid dilahirkan pada 16 April 1977 di Kampung Belukar Juling, Endau, Mersing, Johor Darul Ta’zim.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dari Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan dan Diploma Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kemudian pada 2010, beliau beroleh Sarjana Pengajian Bahasa Moden (Bahasa Arab) di Universiti Malaya sebelum meraih Doktor Falsafah Bahasa Arab di Universiti Putra Malaysia pada 2018.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Beliau mula menulis pada tahun 1994 dan karya sulungnya sebuah cerpen berjudul Juara Yang Tewas telah memenangi anugerah Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat 1994. Beliau pernah menerima Hadiah Penghargaan Pertandingan Menulis Cerpen Sekolah-sekolah Menengah Malaysia 1994, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2000,2002 dan 2006,serta Hadiah Sastera Darul Ta’zim 2001, 2003, 2005, 2009 dan 2013. Novel remajanya Sesegar Nailofar mendapat tempat ketiga HSKU 2000, diikuti Rona Bosphorus yang mendapat tempat kedua pada HSKU 2002. Manakala novel Justeru Impian di Jaring meraih tempat ketiga HSKU 2006. Pada 2017, novel Justeru Impian di Jaring terpilih sebagai teks Komsas bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 3 (zon Utara).

Penulisan[sunting | sunting sumber]

  1. Salju Sakinah : PTS Millennia, 2008.
  2. Justeru impian di jaring : Utusan Publication & Distributors, 2007.
  3. Rona Bosphorus : Utusan Publications & Distributors, 2003.
  4. Sesegar Nailofar : Utusan Publications & Distributors, 2002.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]