Mohd Khairy Hj Halimi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mohd Khairy Hj Halimi, P.I.S (Pingat Ibrahim Sultan, dikurniakan oleh Sultan Johor di Istana) merupakan salah seorang penulis di Malaysia yang menetap di Johor. Beliau dilahirkan di Kg Seri Bukit Panjang Pekan Nanas, Pontian, Johor pada 13 Disember 1954. Tokoh terkenal Prof Dr Awang Sariyan juga berasal dari Daerah yang sama, Pontian. Beliau menggunakan nama pena Khairy Halimi, Maya Rimba.

Beliau dipilih oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengikuti kursus penulisan kreatif golongan professional di Bukit Fraser pada 7-10 September 1989. Kursus ini yang membawa beliau mendekati dan memulakan bidang penulisan. Beliau menetap di Pontian, Johor dan terkini (2017), beliau sudah menerbitkan sebanyak 7 buah Novel dengan Genre Satira dan lain-lain.

Beliau menetap di Pontian, Johor dan terkini (2023), beliau sudah menerbitkan sebanyak 7 buah Novel dengan Genre Satira dan lain-lain.

Beliau adalah Penulis yang Pakar dalam penulisan genre Satira se-Malaysia, iaitu adunan watak haiwan dengan watak sebenar (realiti) manusia. Tulisan beliau cukup teliti dan terlalu banyak maksud tersirat. Beliau telah mendapat beberapa anugerah atas usaha beliau memartabatkan genre tulisan jenis satira.

Hasil tulisan beliau, telah banyak menjadi perbincangan di beberapa buah Universiti tempatan seperti UTHM, UTM, USM, UKM dan lain-lain.

Buku-buku beliau juga telah berada di beberapa buah Perpustakaan Negara luar seperti Singapura dan Australia.


Antara Karya-karya beliau adalah:

1) Warisan Pesara (kekeluargaan) Terbitan DBP 1993

2) Medan Estuari - Satira- (sosiologi) DBP 1993

3) Aksioma Ain (psikiatrik) DBP 1995

4) Pahlawan Sang Kumbang Badak - Satira - (politik) DBP 1997 - Anugerah Hadiah Sastera Darul Takzim 1999

5) Lang Budi - Satira - (teksdealisma) DBP 2005 - Anugerah Sastera Darul Takzim 2007

6) Nabatah - Satira - (kepimpinan global) DBP 2015

7) Tatakrama - Satira - (kesusilaan) DBP 2015

8) Jaring Cinta (keagamaan) 2016

9) Komuniti Al-Jabar (kemasyarakatan) 2021.

Beliau juga penulis skrip drama pendek dan bersiri dalam rancangan KABARE di RTM 101.9 Permata Selatan - Penerbit: En A. Malik Endon) - 120 siri/siaran (siri pertama Januari 2012 hingga Disember 2014)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Beliau memenangi Hadiah Sastera Darul Ta’zim 1999 dalam kategori Novel Remaja dengan judul Pahlawan Sang Kumbang Badak.

Beliau sekali lagi memenangi Hadiah Sastera Darul Ta’zim kategori yang sama hasil penulisan Novel Satira beliau berjudul Lang Budi

Pada bulan September 2017, beliau dianugerahkan Tokoh Penggerak Budaya Daerah Pontian yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Pontian,

Pautan luar[sunting | sunting sumber]