Mohd Nazmi Yaakub

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mohd Nazmi Yaakub pernah menggunakan nama pena Ardi Sawardi, Mohnas dan Hj Mohnas, merupakan seorang pengarang Malaysia. Mohd Nazmi dilahirkan pada 2 Rabiul Awal 1398 / 10 Februari 1978 di Kota Bharu, Kelantan.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Ismail [I] (1985 - 1986), dan Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian [I] (1987 - 1990). Beliau kemudian melanjutkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Agama (Arab) Ma‘ahad Muhammadi Lilbanin (Lelaki) (1991 - 1993) dan kemudiannya di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) (1994 - 1997). Mohd Nazmi kemudiannya mendapatkan pengajian lanjut di Pendidikan [tertinggi] Syukbah Syariah Islamiah, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti al-Azhar as-Syarif cawangan Damanhur.

Beliau merupakan ahli Persatuan Penulis Tumpat (Pesisir), Persatuan Penulis Kelantan (PPK), Kelab Penulis Zaharah Nawawi (Kepezi) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena).

Mohd Nazmi menceburkan diri dalam bidang kewartawanan apabila menyertai Berita Harian pada Januari 2004 dan berpengalaman di Meja Metro (kemudiannya diubah nama kepada Sentral) dan Meja Jenayah sebelum ditukarkan ke Meja Sastera dan Budaya (juga dikenali Unit Sastera) sehingga kini.

Beliau kini berkarya dengan menggunakan nama pena Nazmi Yaakub.

Pengalaman[sunting | sunting sumber]

  • 1990 - Pengawas Sekolah
  • 1995 - Ketua Jurutaip Majalah Tahunan KISAS Restu
  • 1997 - Setiausaha Agung Badan Dakwah dan Rohani [Badar], Ketua Pelajar
  • 1998 - Ketua Unit Khas Majalah Tahunan PMRAM Al-Kasyaf, Timbalan Setiausaha Majlis Konvokesyan dan Anugerah Mahasiswa Cemerlang [MKAMC]
  • 1999 - Ketua Editor Majalah Tahunan PMRAM Al-Kasyaf, Ketua Editor Suara Kampus Damanhur [Skeda], Ketua Unit Sidang dan Ceramah Majlis Pengetahuan dan Silaturrahim [MPS]
  • 2000 - Pegawai Eksekutif Majalah Tahunan PMRAM Al-Kasyaf, Ketua Editor Akhbar Dwibulanan PMRAM Warta, Ketua Unit Sidang Bulan Thaqafah
  • 2004 - Wartawan Berita Harian
    • Januari - bertugas di Meja Metro, Berita Harian
    • April - dipinjamkan ke Meja Sastera sepanjang Pilihan Raya Umum 2004
    • Ogos - nama Meja Metro diubah kepada Sentral selaras dengan perubahan halaman di akhbar itu.
  • 2005 - Wartawan Berita Harian
    • Januari - ditukarkan ke Meja Jenayah
    • April - ditukarkan ke Meja Sastera (atau Unit Sastera) sehingga kini.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Saguhati Sayembara Cerpen Timur 2000, DBP Wilayah Timur
  • Tempat Ketiga Sayembara Novel Alaf Baru 2001, DBP
  • Hadiah Sastera Penulis Muda Negeri 2003, Negeri Kelantan Darul Naim dan DBP

Novel[sunting | sunting sumber]

  • Lambaian Huda, Creative Enterprise, 2001
  • Merentas Sungai Sejarah, DBP, 2003

Antologi Cerpen[sunting | sunting sumber]

  • Pijar Kinanah [antologi cerpen], 2000