Moluskum berjangkit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Moluskum berjangkit
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Nama lain
Ketuat air
Lesi berwarna daging, berbentuk kubah dan mutiara
PengkhususanDermatologi
GejalaKecil, timbul, merah jambu dengan lesung pipit di tengah[1]
Permulaan biasa
Kanak-kanak berumur 1 hingga 10 tahun[2]
TempohBiasanya 6-12 bulan, boleh bertahan sehingga empat tahun[1]
JenisMCV-1, MCV-2, MCV-3, MCV-4[3]
PuncaMoluskum berjangkit tersebar melalui sentuhan langsung atau objek tercemar[4]
Sistem imun yang lemah, dermatitis atopik, tempat tinggal yang sesak atau padat[2]
Berdasarkan keadaan luaran[3]
Ketuat, herpes simplex, cacar air, folikulitis[5]
PencegahanMencuci tangan, tidak berkongsi barangan peribadi[6]
RawatanTiada, pembekuan, membuka lesi dan mengikis bahagian dalam, terapi laser[7]
Rawatan perubatan
Cimetidine, podophyllotoxin[7]
Kekerapan122 Juta / 1.8% (2010)[8]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Molluskum berjangkit ( MC ), kadang-kadang dipanggil ketuat air, adalah jangkitan virus pada kulit yang mengakibatkan lesi merah jambu kecil timbul dengan lesung pipit di tengah. [1] Ia boleh menyebabkan berlakunya kegatalan dan muncul sama ada satu atau lebih. [1] Ia boleh muncul pada mana-mana bahagian kulit dengan perut, kaki, lengan, leher, kawasan kemaluan dan muka adalah yang paling biasa. [1] Lesi akan mula muncul sekitar tujuh minggu selepas jangkitan. [3] Ia biasanya hilang dalam masa setahun tanpa parut . [1]

Jangkitan ini disebabkan oleh virus pox yang dipanggil virus molluscum contagiosum (MCV). [1] Virus ini dapat tersebar melalui sentuhan langsung, termasuk aktiviti seksual, atau melalui objek tercemar seperti tuala. [4] Ia juga boleh tersebar ke bahagian lain anggota badan pesakit yang dijangkiti itu sendiri. [4] Faktor risiko termasuk sistem imun yang lemah, dermatitis atopik, dan tinggal di persekitaran yang padat. [2] Selepas sembuh dari jangkitan, kemungkinan untuk jangkitan semula adalah tinggi. [9] Diagnosis biasanya berdasarkan penampilan lesi. [3]

Langkah pencegahan antara lain ialah dengan mencuci tangan dan tidak berkongsi barangan peribadi. [6] Walaupun rawatan perubatan tidak diperlukan, pesakit mungkin ingin membuang lesi ini atas faktor penampilan ataupun mengelakkan jangkitan. [7] Pembuangan boleh dilakukan dengan pembekuan, terapi laser, atau membuka lesi dan mengikis bahagian dalam. [7] Mengikis luka boleh, bagaimanapun, mengakibatkan parut . [9] Ubat cimetidine melalui mulut, atau podophyllotoxin, cantharidin atau krim kalium hidroksida yang digunakan pada kulit, juga boleh digunakan. [7] [10]

Kira-kira 122 juta orang di seluruh dunia telah terjejas oleh molluscum contagiosum pada 2010 (1.8% daripada populasi). [8] Ia kerap terjadi pada kanak-kanak berumur antara satu dan sepuluh tahun. [2] Mengalami jangkitan bukanlah sebab untuk menghalang kanak-kanak dari bersekolah atau penjagaan anak. [11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g "Molluscum Contagiosum". www.cdc.gov (dalam bahasa Inggeris). 11 May 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 June 2017. Dicapai pada 10 June 2017.
  2. ^ a b c d "Risk Factors | Molluscum Contagiosum". www.cdc.gov (dalam bahasa Inggeris). 11 May 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 June 2017. Dicapai pada 10 June 2017.
  3. ^ a b c d Ramdass, P; Mullick, S; Farber, HF (December 2015). "Viral Skin Diseases". Primary Care (Review). 42 (4): 517–67. doi:10.1016/j.pop.2015.08.006. PMID 26612372.
  4. ^ a b c "Transmission | Molluscum Contagiosum". www.cdc.gov (dalam bahasa Inggeris). 11 May 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 June 2017. Dicapai pada 10 June 2017.
  5. ^ Ferri, Fred F. (2010). Ferri's differential diagnosis : a practical guide to the differential diagnosis of symptoms, signs, and clinical disorders (ed. 2nd). Philadelphia, PA: Elsevier/Mosby. m/s. Chapter M. ISBN 978-0323076999.
  6. ^ a b "Prevention | Molluscum Contagiosum". www.cdc.gov (dalam bahasa Inggeris). 11 May 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 June 2017. Dicapai pada 10 June 2017.
  7. ^ a b c d e "Treatment Options | Molluscum Contagiosum". www.cdc.gov (dalam bahasa Inggeris). 11 May 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 June 2017. Dicapai pada 10 June 2017.
  8. ^ a b Vos, Theo; Flaxman, Abraham D; Naghavi, Mohsen; Lozano, Rafael; Michaud, Catherine; Ezzati, Majid; Shibuya, Kenji; Salomonn, Joshua A; Abdalla, Safa; Aboyans, Victor; Abraham, Jerry; Ackerman, Ilana; Aggarwal, Rakesh; Ahn, Stephanie Y; Ali, Mohammed K; AlMazroa, Mohammad A; Alvarado, Miriam; Anderson, H Ross; Anderson, Laurie M; Andrews, Kathryn G; Atkinson, Charles; Baddour, Larry M; Bahalim, Adil N; Barker-Collo, Suzanne; Barrero, Lope H; Bartels, David H; Basanez, Maria-Gloria; Baxter, Amanda; Bell, Michelle L; Benjamin, Emelia J (Dec 15, 2012). "Years lived with disability (YLDs) for 1160 sequelae of 289 diseases and injuries 1990-2010: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2010". Lancet. 380 (9859): 2163–96. doi:10.1016/S0140-6736(12)61729-2. PMC 6350784. PMID 23245607. Unknown parameter |displayauthors= ignored (bantuan)
  9. ^ a b "Long Term Effects | Molluscum Contagiosum". www.cdc.gov (dalam bahasa Inggeris). 11 May 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 June 2017. Dicapai pada 10 June 2017.
  10. ^ Ton, Joey (1 April 2019). "#232 Muscling out molluscum contagiosum: Which treatments work?". CFPCLearn. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 January 2023. Dicapai pada 16 June 2023.
  11. ^ "Day Care Centers and Schools | Molluscum Contagiosum". www.cdc.gov (dalam bahasa Inggeris). 11 May 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 June 2017. Dicapai pada 10 June 2017.