Mosaic (pelayar web)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mosaic
NCSA Mosaic.png
Pembangun NCSA
Keluaran pertama 22 April 1993
Keluaran stabil Unix: 2.6; Mac OS, AmigaOS, Windows: 3.0 / Mac OS, Unix: 1996; Windows: 1997
Ditulis dalam C[1]
Pelantar Rentas-pelantar
Jenis Pelayar web
Tapak web ncsa.uiuc.edu

Mosaic merupakan pelayar web yang mempopularkan Jaringan Sejagat. Ia juga adalah klien awal untuk protokol seperti FTP, Usenet dan Gopher. Pelayar web ini senang digunakan, menggunakan antara muka mudah, boleh diharap dan senang dipasang di dalam komputer, membantunya membuka Web kepada orang ramai.[2] Mosaic juga merupakan pelayar pertama yang boleh mempaparkan imej bersama teks.

Mosaic dibangunkan di Pusat Kebangsaan Aplikasi Perkomputeran Super (NCSA) pada akhir tahun 1992. NCSA mengeluarkan pelayar web ini pada tahun 1993 dan pembangunan dan sokongan untuknya secara rasmi dihentikan pada 7 Januari 1997.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. NCSA. (1994). xmosaic 1.2 source code. Dicapai 30 April 2008
  2. Andreessen, Marc. "Mosaic -- The First Global Web Browser". Diperoleh pada 2006-12-16.