Motar Model 34

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Motar Model 34 berukuran 3.1 inci (8cm) dikeluarkan oleh Syarikat Reinmetall pada tahun 1937 dan dibekalkan pada tentera Wehrmacht. Ia memiliki laras licin muat hadapan dengan berat 57Kg (125.7 paun).

Binaan[sunting | sunting sumber]

Motar Model 34 terdiri daripada laras dengan penutup, bipod (berkaki dua) dengan mekanisma menyasar da mendongak, tapak, dan tenggekan pandang (sight mounting). Ia memiliki laras licin muat hadapan dengan berat 57Kg (125.7 paun). Larasnya sepanjang 1,143 mm (45 inci) da memiliki 81.4 mm (3.2 inci) kaliber.

Prestasi[sunting | sunting sumber]

Apabila ditembak, Motar Model 34 memiliki pecutan laras 172 meter sesaat (564 kaki sesaat). Pelurunya yang seberat 3.5 Kg (7.2 paun) mampu ditembak sehingga 2,400 meter (2,625 ela). Taburan pada jarak maksima adalah sehingga 65 meter (71 ela).

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Motar Model 34 pertama kali diserahkan pada tentera Wehrmacht pada tahun 1937 dan ketika perang meletus, pihak Jerman memiliki lebih dari 3,625 unit. Apabila motar ini dipasang pada kerangka gerak sendiri, contohnya Sd. Kfz. 250/7, ia dikenali sebagai Motar 67. Lebih dari 73,000 unit motar model ini telah dihasilkan menjelang Mac 1945.