Mswati II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mswati II
Raja Eswatini
Pemerintahan1840 – 1868
Didahului olehSobhuza I
Diikuti olehLudvonga II
Keputeraan1825
Kemangkatan1868 (aged 42–43)
Hhohho
Anakanda
KerabatWangsa Dlamini
AyahandaSobhuza I
BondaTsandzile Ndwandwe

Mswati II [m-swa-ti] (sekitar 1820–1868) atau Mavuso III, merupakan raja yang memerintah Eswatini antara 1840 dan 1868. Baginda dianggap antara raja paling berkuasa di kerajaan itu sehingga negara tersebut meningkat dari segi keluasan dan pengaruhnya.[1]

Keputeraan[sunting | sunting sumber]

Ingwenyama Mswati II diputerakan Raja Somhlolo (Sobhuza I) dan Permaisuri Tsandzile Ndwandwe; Tsandzile pula puteri kepada Zwide Ndwandwe iaitu ketua puak Ndwandwe yang sangat berpengaruh di selatan Sungai Pongola.[2]

Pemerintahan dan peluasan kuasa[sunting | sunting sumber]

Berikutan kemahkotaan baginda menggantikan ayahandanya kira-kira tahun 1840, Raja Mswati II memulakan serbuan besar-besaran di kawasan milik puak-puak yang menghuni di utara kerajaan Eswatini. Perompakan sebegini banyak menggerunkan semua yang mendegar khabar kekuasaannya malah sehingga sejauh Zimbabwe dan Mozambique. Ia juga banyak tertumpu kepada golongan ketua tertentu - emakhandzambili [é-ma-kha-ndza-mbi-li] - yang banyak pengaruh di kawasan orang Swazi.[3]

Kemangkatan[sunting | sunting sumber]

Mswati mangkat di persemayaman Hhohho baginda pada bulan Julai 1868 ketika baginda berusia 47 tahun. Baginda dimakamkan di bukit makam Mbilaneni, tempat pemakaman ayahanda dan nendanya.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kuper, Hilda (1986). The Swazi: A South African Kingdom. Holt, Rinehart and Winston. m/s. 9–10.
  2. ^ Bonner, Phillip (1978). Transvaal/Swazi Politics in the Mid-Nineteenth Century. The Journal of African History. 19. m/s. 219-238.
  3. ^ Booth, Alan (1983). Swaziland: tradition and change in a Southern African kingdom. Boulder, Colorado: Westview Press. m/s. 9–11.
  4. ^ Matsebula, JSM (1977). History of Swaziland. Prentice Hall Press. ISBN 0582642124.