Muhammad Safwan Anang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Muhammad Safwan Anang @Talib merupakan bekas pemimpin mahasiswa / pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Beliau dihukum penjara 10 bulan kerana memberi ucapan berbaur hasutan da;am ceramahnya pada 25 Mei 2013.[1]

Himpunan Kebebasan Akademik 2011[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Disember 2011, Himpunan Kebebasan Akademik 2011 telah diadakan di UPSI , Tanjung Malim, Perak. Seramai 60 mahasiswa mengadakan protes membantah AUKU dan menyatakan sokongan terhadap Adam Adli Abdul Halim. Dalam protes itu, Safwan Anang dan Amar Rasyidi cedera di kepala manakala 20 mahasiswa ditahan. [2]

Perhimpunan Blackout 505[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Mei 2014, 3 tertuduh iaitu Mohamed Bukhairy Mohamed Sofian, Muhammad Safwan Anang dan Ekhsan Bukharee Badrul Hisham di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Peguam mereka ialah Eric Paulsen. Mereka menyertai perhimpunan itu di kawasan larangan, Masjid Ar-Rahman di Universiti Malaya antara pukul 12 tengah hari dan pukul 1.15 petang, 22 Jun 2013. Sementara Peguam bela, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff mewakili Shamsul Iskandar yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka. Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ialah Datuk Amelia Tee Hong Geok Abdullah. [3]

Ucapan berbaur hasutan[sunting | sunting sumber]

Pada 5 September 2014, Muhammad Safwan Anang dijatuhi hukuman penjara 10 bulan selepas didapati bersalah menghasut pada 13 Mei 2013. Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di Jalan Duta menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan ke atas Safwan atas tuduhan menghasut dalam satu ucapan pada 13 Mei 2013. Beliau didapati menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini mengubah kerajaan yang tertubuh mengikut undang-undang dengan cara tidak sah.Ucapan itu disampaikan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Nombor 1, Jalan Maharajalela, Dang Wangi, antara pukul 8.55 malam dan 11.15 malam.

Hakim Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 membenarkan hukuman ditangguhkan bagi tujuan rayuan. Jumlah ikat jamin sebanyak RM5,000 sebelum ini dinaikkan kepada RM15,000. Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam Ariff Azami Hussein yang mewakili Muhammad Safwan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan.

Di perkarangan mahkamah , isterinya Masturah Abu Bakar (25) memangku anak sulung berusia 8 bulan dan tidak dapat menahan dirinya menangis .[4][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]