Universiti Malaya
| Universiti Malaya اونيۏرسيتي ملايا |
|
|---|---|
|
|
|
| Moto: | Ilmu Puncha Kemajuan |
| Ditubuhkan pada: |
3 Julai 1905 |
| Jenis: | Awam |
| Canselor: | Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah |
| Naib canselor: | Profesor Tan Sri Datuk Dr. Ghauth Jasmon |
| Lokasi: | Kuala Lumpur, Malaysia |
| Penggabungan: | ASAIHL, ASEAN University Network |
| Laman sesawang: | www.um.edu.my |
Universiti Malaya ialah universiti yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Universiti ini terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur. Kampus Universiti Malaya (UM) meliputi kawasan seluas 309 hektar.
Isi kandungan |
Sejarah [sunting]
Sejarah universiti ini boleh dikesan ke Singapura, dari Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dan Kolej Raffles (ditubuhkan pada 1929). Kedua-dua kolej ini bergabung menjadi Universiti Malaya pada 8 Oktober 1949. Kemudian pada tahun 1959, universiti ini mengambil keputusan berpecah kepada dua bahagian, satu di Singapura (kemudiannya menjadi Universiti Nasional Singapura) dan satu lagi di Kuala Lumpur (mengekalkan nama Universiti Malaya). Maka secara rasminya Universiti Malaya yang sekarang ini ditubuhkan pada 1 Januari 1962. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan Canselor pertama Universiti Malaya
| Evolusi Universiti Malaya |
|---|
Terdapat 2 akademi di UM, 12 fakulti dan 4 institut. UM juga mempunyai 11 buah kolej di dalam kampus iaitu Kolej Kediaman Pertama hingga Kolej Kediaman Kelapan, dan Kolej Kediaman Kesepuluh hingga Kolej Kediaman Keduabelas. Manakala di luar kampus terdapat 4 kolej kediaman iaitu Kolej Kediaman Kesembilan, Yayasan Pelajaran Mara, Kolej Kediaman Seksyen 17 dan Kolej Kediaman Pantai Puteri. UM juga mempunyai sebuah hospital iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Moto Universiti Malaya adalah "Ilmu Punca Kemajuan".
100 Tahun UM [sunting]
Pada 16 Jun 2005, Universiti Malaya telah mengadakan "Majlis Pelancaran 100 Tahun Unversiti Malaya" yang mana akan menyaksikan Universiti Malaya mengekalkan kedudukan sebagai universiti yang terulung di Malaysia dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Tarikh 16 Jun dipilih sebagai tarikh untuk melangsungkan Majlis Pelancaran Sambutan 100 Tahun Universiti Malaya kerana pada tarikh yang sama 100 tahun yang lalu, Pentadbiran Inggeris telah meluluskan rang undang-undang Sekolah Perubatan bagi Negeri-negeri Selat. Bertitik tolak dari itulah tertubuhnya King Edward Medical College di Singapura sehingga ia digabungkan dengan Kolej Raffles seterusnya menjadi warisan kepada tertubuhnya Universiti Malaya dan Universiti Nasional Singapura.
Lagu Universiti [sunting]
Universiti Malaya
Kebanggaan kita semua
Bertambah para ilmuan
Di pelbagai lapangan
Kami bertekad di hati
Mencapai cita murni
Tradisi kecemerlangan
Menepati wawasan
Di sini kami sedia berbakti
Terus berinovasi
Kami harapan generasi muka
Teras nusa dan bangsa
Varsiti kesayanganku
Sungguh banyak jasamu
Membentuk insan mulia
Berilmu berbudaya
Senarai fakulti, pusat dan akademi [sunting]
- Fakulti Alam Bina
- Fakulti Sains
- Fakulti Kejuruteraan
- Fakulti Pergigian
- Fakulti Pendidikan
- Fakulti Sastera dan Sains Sosial
- Fakulti Perubatan
- Fakulti Bahasa dan Linguistik
- Fakulti Undang-undang
- Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran
- Fakulti Perniagaan dan Perakaunan
- Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat[1]
- Akademi Pengajian Melayu
- Akademi Pengajian Islam
- Pusat Sukan[2]
- Pusat Kebudayaan
- Pusat Dialog Peradaban
- Pusat Penyambungan Pendidikan (UMCCed)
- Pusat Asasi Sains
- Pusat Pembangunan Keluarga Universiti Malaya
- Pusat Penyelidikan Bioteknologi Agrikultur (CEBAR)
- Institut Penyelidikan, Pengurusan dan Syarikat (IPPP)
- Institut Pengajian Pasca Siswazah
- Institut Asia-Eropah
- Institut Polisi Awam dan Pengurusan Antarabangsa (INPUMA)
- Institut Pengajian Kepengetuaan
- Institut Pengajian China (ICSUM)
Senarai Naib Canselor UM [sunting]
- Professor A. Oppenheim (1956 - 1965)
- Dr. JHE. Griffiths (1967 - 1968)
- Professor Diraja Dr. Ungku A.Aziz (1968 - 1988)
- Professor Dr. Syed Hussein Alatas (1988 - 1991)
- Professor Emeritus Datuk Dr. Taib Osman (1991 - 1994)
- Allahyarham Tan Sri Abdullah Sanusi Ahmad (1994 - 2000)
- Professor Dato' Dr. Anuar Zaini Md Zain ( 2000 - 2003 )
- Professor Datuk Dr. Hashim Yaacob (2003 - 2006)
- Datuk Rafiah Salim (2006 - 2008 )
- Profesor Datuk Dr. Ghauth Jasmon (2008 - kini )
Alumni terkenal [sunting]
- YAB Dato' Abdul Ghani Othman
- Tun Abdullah Ahmad Badawi
- Dato' Sri Adnan Yakoob
- Dato' Seri Anwar Ibrahim
- Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
- Anwar Ridhwan
- YB Dato' Sri Azalina Othman Said
- Dato' Seri Dr. Chua Soi Lek
- Karpal Singh
- Kassim Ahmad
- YB Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo
- Tan Sri Isa Abdul Samad
- Dato' Seri Mohd. Khaled Nordin
- Tun Datuk Seri Utama Khalil Yaakob
- Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin
- Nga Kor Ming
- Dato' Seri Ng Yen Yen
- Dato' Ngeh Koo Ham
- Tan Sri Ong Ka Ting
- Tan Sri Rafidah Aziz
- Sellapan Ramanathan
- Teresa Kok
- Sudirman Haji Arshad
- Aznil Haji Nawawi
Profesor Emeritus [sunting]
- Profesor DiRaja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid
- Profesor Emeritus Datuk Dr. Hj. Mohd. Taib Osman
- Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Ismail Hussein
- Profesor Emeritus Dato' Ahmad Nawawi Hj. Ayob
- Profesor Emeritus Dato' Dr. Asmah Hj. Omar
- Profesor Emeritus Dato' Dr. Khoo Kay Kim
- Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Hj. Abdul Karim
- Profesor Emeritus Puan Sri Datin Dr. Fatimah Hamid Don
- Profesor Emeritus K.T. Joseph
- Profesor Emeritus Dr. Mohamed Ariff Abdul Kareem
- Profesor Emeritus Dato' Isahak Haron
- Profesor Emeritus Dato' Dr. Osman Bakar
- Profesor Emeritus Dr. C.S. Hutchison
- Profesor Emeritus Dr. Stephen Chee Hong Chye
- Profesor Emeritus Dr. S.Singaravelu
- Profesor Emeritus Umapati Prasad
- Profesor Emeritus Datuk Delilkan Alexius Ernald
- Profesor Emeritus Dr. Ng Soon
- Profesor Emeritus Dr. Lam Khuan Leng
- Profesor Emeritus Dato' Dr. Khairuddin Mohamed Yusof
- Profesor Emeritus Datuk Abu Bakar Abd. Hamid
- Profesor Emeritus Dato' Dr. Lam Sai Kit
- Profesor Emeritus Dato' Dr. Mohd Yusoff bin Hashim
- Profesor Emeritus Dr. Lloyd Fernando
- Profesor Emeritus Y.M. Dato' Tengku Shamsul Bahrin bin Raja Ali
- Profesor Emeritus Dr. Low Kum Sang
- Profesor Emeritus Dr. Yong Hoi Sen
Ahli fakulti terkenal [sunting]
- Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid
- Wang Gungwu, bekas Professor Sejarah di Jabatan Sejarah (meninggalkan UM pada 1968). Prof. Wang ketika ini memegang jawatan sebagai Pengarah di East Asian Institute, National University of Singapore.
- Khairuddin Mohamed Yusof, bekas Professor di Universiti Malaya and juga bekas Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi di Universiti Hospital. Beliau bersara pada 1997 dan dianugerahkan kehormatan Emeritus oleh Universiti Malaya. Professor Emeritus Dato’ Paduka Dr. Khairuddin bin Mohamed Yusof ketika ini memegang jawatan sebagai Pengarah Telemedicine Malaysia (World Care Inc)
- Khoo Kay Kim, bekas Professor Sejarah di Jabatan Sejarah. Bersara pada tahun 2001, dan dianugerahkan kehormatan Emeritus oleh Universiti Malaya.
- Jomo Kwame Sundaram, bekas Professor di Fakulti Economi dan Pentadbiran (meninggalkan UM pada 2004). Prof. Jomo ketika ini memegang jawatan sebagai Penolong Ketua Setiausaha untuk pembangunan ekomomi di PBB.
- Ho Peng Yoke, bekas Professor di Jabatan Pengajian China. Prof. Ho ketika ini memegang jawatan sebagai Pengarah Emeritus di Needham Research Institute, Cambridge.
- Terence Edmund Gomez, Professor Madya di Fakulti Economi dan Pentadbiran. Ketika ini beliau ialah antara 6 penyelaras penyelidik di United Nations Research Institute for Social Development (UNRISD).
- Sutan Takdir Alisyahbana, bekas Profesor dan Ketua Jabatan Pengajian Melayu (1963-1968), seorang ahli tata bahasa dan sasterawan ternama Indonesia angkatan Pujangga Baru.
Kedudukan universiti [sunting]
Dalam tahun 2011, UM telah berada pada kedudukan 401 hingga 500 dalam Senarai Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia (ARWU) yang dikeluarkan oleh Universiti Shanghai Jiao Tong tahun 2011.[1] Tambahan dari itu, berikut adalah jadual yang menunjukkan kedudukan Universiti Malaya dalam senarai kedudukan universiti dunia mengikut THES - QS World University Rankings yang diterbitkan oleh Times Higher Education Supplement (THES) dan Quacquarelli Symonds (QS).[2]
| Tahun | Kedudukan |
|---|---|
| 2011 | 167[3] |
| 2010 | 207[4] |
| 2009 | 180[5] |
| 2008 | 230[6] |
| 2007 | 246 |
| 2006[7] | 192 |
| 2005 | 169 [8] |
| 2004 | 89[9] |
Universiti Malaya ( 156 ) QS World University Ranking 2012/2013
Rujukan [sunting]
- ↑ "Shanghai Jiao Tong University lists um among world’s top varsities". The Borneo Post. http://www.theborneopost.com/2011/09/07/shanghai-jiao-tong-university-lists-um-among-world%E2%80%99s-top-varsities/=Mainpage. Capaian 11 January 2011.
- ↑ THE-QS World University Rankings, QS.
- ↑ "QS World University Rankings 2011/12", 1 Januari 2012. Dicapai pada 2012-01-4.
- ↑ "QS World University Rankings 2010", 1 Januari 2011. Dicapai pada 2012-01-4.
- ↑ "Varsities improve on rankings", Malaysiakini.com, 8 Oktober 2009. Dicapai pada 2008-10-13.
- ↑ "Varsities improve on rankings", TheStar, 10 Oktober 2008. Dicapai pada 2008-10-13.
- ↑ WORLD UNIVERSITY RANKINGS 2006.
- ↑ WORLD UNIVERSITY RANKINGS 2005
- ↑ World University Rankings, 2004, The THES.
