Mukaddimah (karya)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Mukaddimah (Arab: مقدّمة ابن خلدون, juga dikenali sebagai Muqaddimah Ibnu Khaldun ("Kata Pendahuluan Ibnu Khaldun"), atau Prolegomena (Yunani: Προλεγόμενα), ialah kitab yang dihasilkan Ibnu Khaldun (nama penuh, Abu Zayd Abdul Rahman bin Muhammad bin Khaldun al-Hadrami), seorang sejarawan Muslim keturunan Al-Andalus yang dilahirkan di Tunis, Maghreb. Ia ialah buku yang mencatatkan pandangan awal berkaitan sejarah sejagat dan ditulis dalam tahun 1377 M. Beberapa pemikir moden menganggapnya sebagai karya pertama yang mengkaji falsafah sejarah,[1] atau sains sosial,[2] [1][3][4][5] demografi,[3] pensejarahan[4][6] atau sejarah kebudayaan,[7][8] dan ekonomi.[9][10] Mukaddimah juga membincangkan teologi Islam, teori politik dan sains tabii biologi dan kimia. Ibnu Khaldun menulis karya ini pada tahun 1377 M sebagai kata pengantar atau buku pertama karya sejarah dunia yang dirancangnya, Kitab al-Ibar (tajuk penuh: Kitabu l-ibar wa Diwanu l-Mubtada' wa l-Habar fi tarikhi l-arab wa l-Barbar wa man Asarahum min Dawi Ash-Sha'n l-Akbar, "Buku Pengajaran, Catatan Permulaan dan Kejadian dalam sejarah Arab dan Berber dan Bangsa Gagah yang Hidup Sezaman dengan Mereka"), tetapi sudah menjadi karya tersendiri semasa hayatnya.

Kandungan[sunting | sunting sumber]

Ibn Khaldun memulakan Mukaddimah dengan memberi kritikan menyeluruh terhadap kesilapan yang sering dilakukan oleh para sejarawan dan kemusykilan yang dihadapi ahli sejarah dalam kerja mereka. Beliau mencatatkan tujuh pemasalahan penting:

"Semua catatan, oleh sebab sifat mereka, mudah mengandungi kesilapan...

  1. ...Kepartisanan terhadap kepercayaan atau pendapat...
  2. ...Terlalu yakin akan sumber...
  3. ...Kegagalan untuk memahami apa yang diniatkan...
  4. ...Kepercayaan salah tentang kebenaran...
  5. ...Ketidakcekapan meletakkan sesuatu kejadian dalam konteksnya sebenar...
  6. ...Keinginan agar disenangi orang yang berpangkat tinggi, dengan memuji dan menyebarkan kemasyhuran mereka...
  7. ...Yang paling mustahak ialah tidak mengetahui akan hukum-hukum yang mengawal pembaharuan masyarakat insani."

Ibnu Khaldun menurunkan di dalam Mukaddimah teorinya berkaitan masyarakat insani sebagai jawapan kepada hujah ketujuh.

Sati' al-Husri mencadangkan Mukaddimah ialah, pada asasnya, satu karya sociologi, yang menggariskan di dalam enam bukunya sosiologi am; sosiologi politik; sosiologi kehidupan bandar; sosiologi ekonomi; dan sosiology ilmu.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Lihat juga: Jurispruden ekonomi Islam

Apabila penduduk tamadun bertambah, tenaga kerja bertambah semula. Berikutan itu, kemewahan bertambah semula selari dengan pertambahan keuntungan, dan adat dan keperluan kemewahan bertambah. Ketukangan diwujudkan bagi membuat barang-barang mewah. Nilai yang diperoleh daripada mereka bertambah, dan, hasilnya, keuntungan berganda di bandar-bandar. Pembuatan di sana berkembang lebih daripada sebelumnya. Dan begitulah jadinya hingga ke pertambahan kedua dan ketiga. Kesemua penambahan tenaga kerja melayan kemewahan dan kekayaan, berbanding dengan tenaga kerja asal yang melayan keperluan kehidupan.[11]
Ibnu Khaldun tentang pengembangan ekonomi
Perniagaan yang dimiliki pedagang yang bertanggungjawab dan teratur lambat laun akan melewati perniagaan milik pemerintah kaya.[11]
Ibn Khaldun tentang pengembangan ekonomi dan cita-cita Plato

Ibn Khaldun menulis berkaitan teori ekonomi dan politik dalam Mukaddimah, dan mengaitkan buah pemikirannya tentang asabiyyah dengan pembahagian kerja: bertambahnya kejelekatan sosial, bertambah kompleks pembahagian, bertambahlah pengembangan ekonomi.

Ibn Khaldun memerhatikan bahawa pengembangan dan pembangunan merangsang secara positif kedua-dua permintaan dan penawaran, dan daya permintaan dan penawaran menentukan harga barang.[12] Beliau juga mencatatkan perhatian berkaitan daya makroekonomi pertambahan penduduk, pembangunan modal insan, dan kesan kemajuan teknologi terhadap pembangunan.[13] Ibn Khaldun berpegang bahawa pengembangan penduduk bergantung kepada kekayaan..[14]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Nota[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Dr. S. W. Akhtar (1997). "The Islamic Concept of Knowledge", Al-Tawhid: A Quarterly Journal of Islamic Thought & Culture 12 (3).
  2. Akbar Ahmed (2002). "Ibn Khaldun’s Understanding of Civilizations and the Dilemmas of Islam and the West Today", Middle East Journal 56 (1), p. 25.
  3. 3.0 3.1 H. Mowlana (2001). "Information in the Arab World", Cooperation South Journal 1.
  4. 4.0 4.1 Warren E. Gates (July–September 1967), The Spread of Ibn Khaldun's Ideas on Climate and Culture, Journal of the History of Ideas (University of Pennsylvania Press) 28 (3): 415–422 [415], doi:10.2307/2708627, JSTOR 2708627 
  5. Alatas, S. H. (2006), The Autonomous, the Universal and the Future of Sociology, Current Sociology 54: 7–23 [15], doi:10.1177/0011392106058831 
  6. Salahuddin Ahmed (1999). A Dictionary of Muslim Names. C. Hurst & Co. Publishers. ISBN 1-85065-356-9.
  7. Mohamad Abdalla (Summer 2007. "Ibn Khaldun on the Fate of Islamic Science after the 11th Century", Islam & Science 5 (1), p. 61-70.
  8. Warren E. Gates (July–September 1967), The Spread of Ibn Khaldun's Ideas on Climate and Culture, Journal of the History of Ideas (University of Pennsylvania Press) 28 (3): 415–422 [416], doi:10.2307/2708627, JSTOR 2708627 
  9. I. M. Oweiss (1988), "Ibn Khaldun, the Father of Economics", Arab Civilization: Challenges and Responses, New York University Press, ISBN 0-88706-698-4.
  10. Jean David C. Boulakia (1971), "Ibn Khaldun: A Fourteenth-Century Economist", The Journal of Political Economy 79 (5): 1105–1118.
  11. 11.0 11.1 Muqaddimah 2:272-73 quoted in Weiss (1995) p 30
  12. Weiss (1995) p31 quotes Muqaddimah 2:276–278
  13. Weiss (1995) p31 quotes Muqaddimah 2:272–273
  14. Weiss (1995) p33

Pautan luar[sunting | sunting sumber]