Mukhannathun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Mukhannathun (Bahasa Arab: مخنثون‎ "yang bersifat kewanitaan", "lelaki yang menyerupai perempuan", mufrad mukhannath) ialah perkataan Arab lama yang kini digelar transgender, atau transeksual lelaki-ke-perempuan. Beberapa orang "mukhannathun" pernah disebut di dalam beberapa hadis..[1][2] Dalam satu hadith Nabi Muhammad melindungi seorang mukhannath dari sekumpulan perusuh.[1] Boleh dikatakan perempuan trans diterima seadanya "di dalam kawasan Madinah dan Mekah". [3] Mengikut Rowson, golongan ini terlibat dengan muzik dan hiburan.[3]

Laporan Mukhannathun dari Qur'an, Hadith dan Sunnah[sunting | sunting sumber]

Banyak rujukan merujuk kepada golongan ini yang boleh didapati secara jelas atau tidak jelas di dalam Hadis dan Sunnah. Di dalam Quran:

Qur'an Surah: 24 ayat: 31 (transliterasi oleh Shakir):

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka meletakkan penudung mereka pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka menghentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung.

Dua hadis yang sahih (boleh dipercayai).

Di riwayat dalam Sunan Abu-Dawud (disahih Al-Albani) dalam Kitab Al-Adab, bab 61, nombor: 4928, atau dalam rujukan transliterasi bahasa Inggeris: Buku 41, Nombor 4910,

Diriwayatkan oleh Abu Hurayrah:

Seorang mukhannath/mukhannas telah menginaikan tangan dan kakinya telah dibawa berjumpa Rasulullah (SAW). Baginda bertanya: Apakah yang telah berlaku pada lelaki ini? Baginda diberitahu: Wahai Rasulullah! Dia telah menyerupai wanita. Maka dia di buang ke an-Naqi'. Para sahabat berkata" Wahai Rasulullah! Mengapa kita tidak membunuhnya saja? Baginda menjawab: Aku telah diharamkan membunuh orang yang bersolat. Abu Usamah menyatakan: Naqi' ialah sebuah daerah berdekatan Madinah dan bukan suatu Baqi (dalam perkataan lain ia tidak merujuk pada perkuburan Syurga al-Baqi. Menunjukkan mereka tidak dihukum.)'[1][4]


Mengikut sarjana dan penghimpun hadis An-Nawawi:

Seorang mukhannath ialah seseorang ("lelaki") yag menyerupai wanita. Terdapat dua jenis; yang pertama yang mempunyai naluri kewanitaan dan tidak membuat-buat, maka tiada kesalahan padanya selagi dia tidak melakukan perzinaan dan maksiat. Yang kedua, berkelakuan seperti perempuan atas sebab-sebab yang tidak bermoral dan seorang 'asi serta terlaknat.[3][5]"

Dalam era sekarang, cendiakawan Islam di Iran, dan Mesir ada fatwa mengutarakan sokongan hak kepada Mukhanathun yang layak mengikut pemerian untuk -melakukan pembedahan pertukaran jantina. Di Pakistan sehingga hari ini, terdapat lelaki menyerupai wanita dikenali sebagai Hijra (lelaki ke perempuan). Hijra yang beragama Islam yang bertutur bahasa Arab dikenali sebagai Mukhannathun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]