Mukim Kuala Belait

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mukim Kuala Belait
NegaraBrunei
DaerahBelait
Penduduk
 (2016)[1]
 • Jumlah31,308
Zon waktuUTC+8 (BNT)
Poskod
KAxx31

Mukim Kuala Belait ialah sebuah mukim di Daerah Belait, Brunei. Mukim ini mempunyai penduduk seramai 31,308 orang pada tahun 2016.[1] Penghulu semasa ialah Haji Pungut bin Ali.[2] Mukim Kuala Belait merangkumi Pekan Kuala Belait, pekan utama di daerah tersebut, serta petempatan Kampung Mumong, Kampung Pandan dan Kampung Sungai Teraban.

Kampung[sunting | sunting sumber]

Kampung-kampung yang berpenduduk di bawah Mukim Kuala Belait adalah seperti berikut:

Senarai kampung di Mukim Kuala Belait
Kampung Penduduk (2016)[1]
Kampung Mumong Kampung Mumong 'A' 5,710
Kampung Mumong 'B' 4,030
Kampung Pandan Kampung Pandan 'A' 5,493
Kampung Pandan 'B' 4,229
Kampung Pandan 'C' 6,505
Kampung Sungai Teraban 1,082
Pekan Kuala Belait 4,259
Jumlah 31,308

Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

Perumahan awam[sunting | sunting sumber]

RPN Kampung Pandan merupakan sebuah kawasan perumahan awam di Mukim Kuala Belait, yang mana ianya merupakan salah sebuah kawasan perumahan di bawah Rancangan Perumahan Negara. Terdapat juga STKRJ Kampung Mumong, iaitu salah sebuah kawasan perumahan awam di bawah Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati.

Sekolah awam[sunting | sunting sumber]

  • Sekolah Menengah Sayyidina Ali
  • Sekolah Menengah Perdana Wazir
  • Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar
  • Sekolah Rendah Ahmad Tajuddin
  • Sekolah Rendah Kuala Belait
  • Sekolah Rendah Pengiran Setia Jaya Pengiran Haji Abdul Momin
  • Sekolah Rendah Paduka Seri Begawan Sultan Omar Ali Saifuddien
  • Sekolah Rendah Sungai Teraban

Masjid[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Laporan Akhir Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan 2016" (PDF). www.deps.gov.bn. Jabatan Perangkaan. Disember 2018. Dicapai pada 21 Jun 2021.
  2. ^ "Direktori Penghulu, Ketua Kampung dan Ketua Rumah Panjang". belait.gov.bn. Dicapai pada 12 Jun 2018.