Pergi ke kandungan

Multimedia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Multimedia
Multimedia

Multimedia merupakan proses komunikasi interaktif berasaskan teknologi komputer yang menggabungkan penggunaan pelbagai unsur media digital seperti teks, audio, grafik, animasi dan video untuk menyampaikan maklumat. Multimedia adalah kata gabungan yang merujuk banyak dan kepelbagaian alat atau perantara komunikasi. Multimedia juga boleh merujuk kepada penggunaan teknologi komputer untuk mencipta, menyimpan dan menggunakan kandungan multimedia.

Multimedia mempunyai pelbagai tafsiran dan maksud. Antara beberapa maksud multimedia adalah seperti berikut:

  1. "Multimedia adalah hipermedia yang berkeupayaan hiperteks. Penekanan diberikan kepada cara-cara pengguna mengabung, menyunting, melaraskan bunyi , grafik, gambar bergerak, teks dan perisian komputer dengan penggunaan tetikus" – Jacquetta Megarry (1990).
  2. "Multimedia ialah persepaduan bunyi ,muzik, animasi ,teks ,suara dan grafik yang dihasilkan olek teknologi berasaskan komputer. ia lebih menarik berbanding dengan televisyen dan kaset video" - Waterworth (1992).
  3. "Multimedia adalah integrasi atau kombinasi atau gabungan di antara pelbagai jenis media yang berlainan iaitu audio,video,teks,animasi dan grafik dalam satu persekitaran digital" - Gayeski (1993).
  4. "Paparan maklumat yang boleh berkomunikasi dengan bantuan beberapa alat tambahan khasnya dalam komputer seperti pemacu cakera padat, perakam suara, pembesar suara, kad bunyi, dan beberapa perisian yang menggunakan cakera padat" - Ron White (1996).

Ciri-ciri multimedia

[sunting | sunting sumber]

Integrasi secara seamless

[sunting | sunting sumber]

Integrasi secara seamless ialah jalinan yang terhasil di antara media-media berlainan yang sungguh rapi sehingga tidak dapat dikesan oleh mata kasar. Pengguna boleh melihat sesuatu animasi atau video sambil mendengar muzik latar belakang yang dimainkan pada sesebuah aplikasi.

Persekitaran Digital

[sunting | sunting sumber]

Persekitaran digital di mana setiap media yang digunakan perlu ditukar kepada bentuk digital supaya boleh di manipulasi dan disebarkan oleh komputer dengan lebih mudah. Digital menjadi bahasa pengantaraan dalam bidang teknologi maklumat dan media elektronik. Selain itu,media dalam bentuk digital mempunyai masa depan yang lebih cerah dibandingkan dengan media bercetak yang sukar dikemas kini.

Interaktif

[sunting | sunting sumber]

Interaktif merupakan aplikasi yang membenarkan pengguna untuk berinteraksi dengan media yang disampaikan secara aktif. Pengguna boleh mengawal apa yang dilihat dan dengar serta boleh menentukan hala tuju masing-masing semasa berinteraksi dijalankan

Tidak berturutan

[sunting | sunting sumber]

Kandungan aplikasi multimedia yang baik adalah tidak berturutan dari segi penyampaiannya. Pengguna boleh meneroka aplikasi dengan cepat tanpa mengikut turutan sambil membina hala tuju sendiri. Kaedah ini adalah lebih berkesan dibandingkan dengan cara biasa di mana pengguna perlu melihat satu demi satu kandungan yang disampaikan.