Sistem pengendalian

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Dalam bidang sains komputer, sistem pengendalian (operating system atau OS) ialah sistem perisian yang bertanggungjawab mengawal serta mengurus perkakasan komputer, pengoperasian sistem yang asas, dan juga melancarkan perisian komputer seperti perisian pemproses perkataan dan pelayar web.

Secara am, istilah ini sering digunakan untuk merujuk keseluruhan perisian yang dipakejkan dengan komputer baru, sebelum perisian tambahan dipasang.

Sistem pengoperasian memastikan aplikasi/program/perisian lain berupaya mengguna ingatan, perkakasan/peranti input-output, dan mempunyai capaian terhadap sistem fail. Sekiranya lebih daripada satu aplikasi dijalankan, sistem pengendalian menjadualkan supaya setiap proses aplikasi mempunyai masa proses yang mencukupi dan tidak bertelingkah dengan proses masing-masing.

Sistem pengendalian yang lazim digunakan kini ialah Microsoft Windows, Mac OS dan Linux. Microsoft Windows mempunyai majoriti besar bahagian pasaran dalam pasaran komputer atas meja dan komputer riba, manakala pelayan web biasanya menggunakan Linux atau sistem ala UNIX lain.[1] [2] UNIX juga banyak digunakan di institusi akademik. Disebabkan ia "percuma", Linux kini telah mula mendapat tempat di sebahagian syarikat yang dulunnya menggunakan Windows.

Pasaran komputer kerangka utama dan komputer terbenam pula terpecah kepada beberapa sistem pengendalian, sebahagiannya tiada kaitan langsung dengan keluarga Windows atau Unix.

Ubuntu, sebuah sistem pengendalian

Isi kandungan

[sunting] Contoh sistem pengendalian

[sunting] Pengelasan dan istilah

Sistem pengendalian, secara konsep, boleh dipecahkan kepada 3 komponen utama:

  • Antara muka pengguna
  • Sistem utiliti tahap rendah (low-level system utilities)
  • Inti/kernel

[sunting] Antara muka pengguna

Terdapat dua bentuk antara muka pengguna, iaitu antara muka grafik (GUI) dan antara muka baris perintah (CLI). Antara muka pengguna juga dikenali sebagai cangkerang komputer.

[sunting] Inti

Inti ialah nadi sistem pengendalian yang berhubung terus kepada perkakasan komputer.

Berikut adalah rajah ringkas perhubungan komponen-komponen di atas:

Perkakasan <-> Inti <-> Cangkerang <-> Gunaan

Ideologi di sebalik inti termasuk inti monolitik, mikrokernel, dan eksokernel. Sistem komersil seperti UNIX, Windows, dan Linux mengguna sistem inti yang monolitik. Sistem yang lebih moden seperti QNX, BeOS, dan Windows NT menggunakan sistem mikrokernel. Komputer Terbenam mengguna sistem eksokernel.

[sunting] Lihat juga

[sunting] Rujukan

  1. Linux market share set to surpass Win 98, OS X still ahead of Vista
  2. Linux server market share keeps growing