nasza-klasa.pl

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tampilan laman nasza-klasa.pl (November 2009)

Nasza-klasa.pl (nasza klasa - pl. kelas kita) ialah perkhidmatan perangkaian sosial Poland yang popular yang mempertemukan murid sekolah dan alumni. Konsepnya adalah serupa dengan konsep Classmates, sebuah laman Amerika, yang membenarkan pengguna mendaftar mengikut sekolah dan tahun memperoleh sijil. Penggunanya berupaya mencipta dan memelihara halaman peribadi yang mengandungi maklumat seperti nama, umur, foto, minat, serta juga sejarah persekolahan dan kelas yang disertai. nasza-klasa tidak memerlukan undangan untuk mendaftar, tetapi pendaftaran diperlukan untuk membaca-baca kandungannya.

Dilancarkan pada November 2006, nasza-klasa.pl kini mempunyai melebihi 27 juta pengguna berdaftar. Dimiliki oleh Forticom, projek ini diketuai oleh Maciej Popowicz dari Wrocław, Poland.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.