Natashia Nikita

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nikita

Nikita, atau nama sebenar Natashia Nikita merupakan seorang penyanyi rohani. Beliau dilahirkan pada 22 Mei 1988 di Jakarta, Indonesia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang pelayanan Kristian dan nyanyian rohani sejak berumur 8 tahun lagi. Nikita mula membuat dan mengeluarkan albumnya yang pertama pada tahun 1996. Kini, beliau sudah memiliki sebelas buah album rohani. Pada masa ini, beliau sedang menuntut di Universiti Pelita Harapan (UPH). Antara album tersebut adalah seperti berikut"

  1. 1996: Di Doa Ibuku Namaku Disebut
  2. 1996: Natal Pilihan
  3. 1997: Ada Ampun Bapa Bagimu
  4. 1999: Kasih Dari Surga
  5. 2000: Bapa Engkau Sungguh Baik
  6. 2002: Worship Series
  7. 2003: Kubrikan Syukurku
  8. 2006: With You
  9. 2007: Pelangi Sehabis Hujan
  10. 2008: The Journey
  11. 2010: Love, Eternal

Selain itu beliau juga membawakan lagu Seperti Yang Kau Ingini yang dikenal sebagai lagu tema sinetron Buku Harian Nayla dan lagu tema sinetron Janjimu seperti Fajar dengan judul yang sama.