Navantia
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Industri | Perkapalan, Pertahanan |
|---|---|
| Ditubuhkan | 2005 |
| Ibu pejabat | |
| Laman web | www.navantia.es |
Navantia (ditubuhkan pada 2005), dahulunya Bazán atau IZAR adalah sebuah firma pembinaan kapal utama dari Sepanyol yang menawarkan perkhidmatan mereka di dalam projek-projek ketenteraan mahupun awam.
Navantia merupakan syarikat pembinaan kapal ke-5 terbesar di Eropah dan ke-9 di dunia. Ia memiliki limbungan di seluruh Sepanyol.