Sepanyol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kerajaan Sepanyol
كراجان سيڤاڽول
Reino de España
Moto: Plus Ultra  (Latin)
"Lagi Kehadapan"
Lagu: Marcha Real 1  (Sepanyol)
"Kawad DiRaja"
Ibu negara
dan bandar terbesar
Madrid
40°26′U 3°42′B / 40.433°U 3.7°B / 40.433; -3.7
Bahasa rasmi Bahasa Sepanyol2
Kerajaan Raja Berperlembagaan
 -  Raja Juan Carlos I
 -  Perdana Menteri José Luis Rodríguez Zapatero
Pembentukan abad ke-15
 -  Kesatuan dinasti 1516 
 -  Penyatuan 1469 
 -    de facto 1716 
 -    de jure 1812 
 -  Perairan (%) 1.04
Populasi
 -  2006 (anggaran) 44,708,964
KDNK (PPP) 2005 anggaran
 -  Jumlah $1,089,103 trilion (12)
 -  Per kapita $26,320 (25)
KDNK (nominal) 2005[1] anggaran
 -  Jumlah $1,127 trilion (9)
 -  Per kapita $27,226 (22)
HDI (2004) 0.938 (tinggi / 19)
Mata wang Euro () (EUR)
Zon waktu CET (UTC+1)
 -  Musim panas (DST) CEST (UTC+2)
Kod panggilan 34
Internet TLD .es
1 Juga sebagai lagu kebangsaan diRaja.

Sepanyol (Bahasa Sepanyol: España) ialah sebuah negara yang terletak di Semenanjung Iberia di barat daya Eropah. Negara ini bersempadan dengan Portugal, Perancis, Andorra, Gibraltar dan Maghribi. Sepanyol mempunyai tanah jajahan yang masih berada di bawah pemerintahanya seperti Kepulauan Balearic di Mediteranean, Pulau Canary di Lautan Atlantik, bandaraya Cueta dan Melilla di utara Afrika, dan beberapa pulau tidak berpenghuni di Selat Gibraltar seperti kepulauan Chafarine, pulau berbatu Velez, pulau berbatu Alhucemas dan Pulau Parsley.

Sepanyol merupakan sebuah negara raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Negara ini menyertai Kesatuan Eropah sejak 1986 dan merupakan negara maju dengan ekonomi ke-8 terbesar di dunia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sejarah Sepanyol

Kawasan Sepanyol hari ini pernah didiami oleh penduduk Celt, Iberia dan Basque sebelum penjajahan oleh Empayar Rom pada 412 M. Semasa pemerintahan Bani Umaiyyah, bandar-bandar seperti Cordoba dan Granada telah menjadi pusat keilmuan dan kesenian agama Islam. Namun, kerajaan-kerajaan Kristian Aragon dan Castile berjaya menjajah semula bandar-bandar Moor pada abad ke-15.

Kerajaan Sepanyol dibentuk melalui penyatuan kerajaan-kerajaan Aragon, Leon, Castile dan Navarre. Pada Zaman Penjelajahan, kerajaan Sepanyol berjaya menjajah wilayah-wilayah Amerika dan Asia. Tanah jajahan ini telah membawa kekayaan dan kuasa politik kepada Sepanyol, namun Zaman Kegemilangan ini semakin merosot menjelang abad ke-20.

Gerakan republik dan antimonarki telah menghalau keluar Raja Alfonso XIII, dan mendirikan Republik Sepanyol. Dalam Perang Saudara Sepanyol 1936-1939, Jeneral Francisco Franco, dengan sokongan Fasis Itali dan Nazi Jerman berjaya merampas kuasa dan mengisytiharkan diri sebagai Ketua Negara. Sepanyol dipulaukan oleh negara-negara Perikatan selepas Perang Dunia Kedua kerana menyokong kuasa-kuasa Paksi. Namun, pemulauan ini ditamatkan oleh Amerika Syarikat pada 1953, dan ekonomi Sepanyol mengalami kemajuan yang pesat.

Sepanyol menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1955.

Selepas Franco meninggal dunia pada 1975, Juan Carlos I telah menaiki takhta dan meneruskan monarki Sepanyol. Baginda telah memperkenalkan pembaharuan demokrasi. Perlembagaan yang baru juga diluluskan pada 1978.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Geografi Sepanyol

Pada keluasan 194,884 mi² (504,782 km²), Sepanyol ialah negara yang ke-51 terbesar di dunia. Saiznya serupa dengan Turkmenistan dan lebih besar berbanding negeri A.S. California.

Spain bersempadan dengan Portugal di barat, Gibraltar (sebuah wilayah seberang laut British) dan Maghribi di selatan, melalui kota-kotanya di Afrika Utara (Ceuta dan Melilla). Di timur laut, sepanjang banjaran Pyrenees, Sepanyol bersempadan dengan Perancis dan kerajaan kecil Andorra. Wilayah Sepanyol juga termasuk Kepulauan Balearic di Laut Mediterranean, Kepulauan Canary di Lautan Atlantik dan sebilangan pulau yang tidak dihuni di sisi Mediterranean selat Gibraltar, dikenali sebagai Plazas de soberanía, seperti kepulauan Chafarine, isle of Alborán, "batu-batan" (peñones) Vélez dan Alhucemas, serta Isla Perejil yang kecil. Di barat laut sepanjang Pyrenees, sebuah pekan terpisah bernama Llívia di Catalonia dikelilingi wilayah Perancis.

Tanah besar Sepanyol didominasi oleh penara dan banjaran gunung yang tinggi, seperti Sierra Nevada. Dari gunung-gunung ini mengalirnya beberapa batang sungai utama seperti Tajo, Ebro, Duero, Guadiana dan Guadalquivir. Tanah lanar dijumpai sekitar kawasan pantai, antaranya yang terbesar ialah kawasan Guadalquivir di Andalusia.

Oleh sebab keadaan geografi dan orografi Sepanyol, iklmnya amat pelbagai; sehingga boleh dibahagi kepada tiga kewasan:

  • Iklim kebenuaan yang sederhana terjadi dalam kawasan pedalaman Semenanjung (bandaraya terbesar, Madrid).
  • Kawasan iklim Mediterranean yang terbentang lebih kurang dari dataran Andalusia sepanjang pantai selatan dan timur hingga ke Pyrenees, pada sebelah banjaran gunung sepanjang tepi kawasan pantai yang menghadap laut (bandaraya terbesar, Barcelona).
  • Iklim lautan terjadi di Galicia dan the jalur pantai di tepi Teluk Biscay (bandaraya terbesar, Bilbao). Kawasan ini sering bergelar Sepanyol Hijau.

Politik[sunting | sunting sumber]

Sebagai negara Raja Berperlembagaan, Raja Sepanyol merupakan Ketua Negara. Ketua Kerajaan pula ialah Perdana Menteri. Perdana Menteri mengetuai Majlis Menteri-menteri, iaitu Kabinet Menteri. Majlis ini dipilih daripada Parlimen Sepanyol selepas pilihan raya umum.

Parlimen Sepanyol (Cortes Generales) mempunyai dua dewan, iaitu Kongres Timbalan (Congreso de los Diputados) dan Senat (Senado).

Sepanyol dibahagikan kepada 17 Komuniti berautonomi dan 2 Bandar Raya Autonomi. Setiap Komuniti Autonomi dibahagikan pula kepada provinsi-provinsi.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Ekonomi Sepanyol

Menurut Bank Dunia, ekonomi Sepanyol adalah yang kesembilan terbesar di seluruh dunia dan yang kelima terbesar di Eropah. Pada tahun 2006, KDNK mutlak bernilai $1.084 trilion menurut CIA Factbook, (lihat Daftar negara mengikut KDNK (nominal)). PPP per capita dianggarkan pada $27,400 (2006), mengekori negara-negara berindustri utama G7.

Kerajaan berhaluan kanan-tengah pimpinan bekas perdana menteri José María Aznar menjayakan usaha memasuki kumpulan negara-negara yang melancarkan matawang euro pada tahun 1999. Kadar pengangguran berada pada 7.6% oada Oktober 2006, iaitu lebih baik berbanding banyak negara Eropah yang lain, dan juga banyak bertambah baik berbanding kadar yang mencecah 20% pada awal 1990-an. Kelemahan ekonomi Sepanyol yang berterusan termasuk inflasi tinggi,[2] ekonomi bawah tanah yang besar,[3] dan sistem pendidikan yang merupakan antara yang paling kurang memuaskan di kalangan negara maju, seperti yang dinyatakan dalam laporan OECD.[4] Namun begitu, adalah dijangkakan bahawa ekonomi Sepanyol akan terus berkembang berdasarkan kekuatan industri yang lebih besar, pertunbuhan ekonomi global dan perdagangan terbesar dengan Amerika Latin dan Asia.

Ekonomi Sepanyol dikenali kerana tidak pernah terkena kadar pertumbuhan sifar maya bagi sebilangan rakan dagang terpenting di EU.[5] Sebenarnya, ekonomi engara telah membuka lebih spearuh daripada semua pekerjaan baru dalam Kesatuan Eropah selama lima tahun sehingga tahun 2005.[6] Maka itu, ekonomi Sepanyol dewasa ini dianggap sebagai antara yang paling dinamik dalam EU, dengan menarik sejumlah besar pelaburan asing.[7]

Budaya[sunting | sunting sumber]

The Hemispheric di Ciutat de les Arts i les Ciències, Valencia
Rencana utama: Budaya Sepanyol

Sepanyol merupakan negara yang bergunung-ganang di barat daya Eropah yang terdiri daripada pelbagai kawasan yang berbeza geografinya dan dikenali kerana warisannya yang pelbagai budaya kerana pernah dipengaruhi banyak negara lain dan tokoh-tokoh sepanjang sejarahnya. Budaya Sepanyol berakar umbi dalam budaya Celtiberia, Latin, Visigothik, Katolik, dan secara kecil-kecilan, Islam, serta perselisihan yang berterusan antara negeri pusat (yang didominasi sejak berabad lalu oleh Castile) dengan beberapa rantau dan golongan minoriti. Tambahan pula, sejarah negara dan persekitaran Mediterranean dan Atlantiknya banyak berperanan dalam membentuk budayanya.

Sepanyol mempunyai bilangan Tapak Warisan Dunia UNESCO kedua tertinggi di dunia, iaitu 40 kesemuanya, mengekori Itali.

Pendidikan di Sepanyol[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Pendidikan di Sepanyol

Rangka pendidikan di Sepanyol dihuraikan dalam rencana ini. Pendidikan Negeri di Sepanyol adalah percuma dan wajib dari usia 6 hingga 16 tahun. Sistem pendidikan masa kini bergelar LOGSE (Ley de Ordenación General del Sistema Educativo).

Akademi Sepanyol[sunting | sunting sumber]

Real Academia Española ("Akademi Sepanyol Diraja"; RAE) ialah institusi yang bertanggungjawab untuk mengawal penggunaan bahasa Sepanyol. Akademi ini bertapak di Madrid, Sepanyol, dan digabungkan bersama akademi-akademi bahasa kebangsaan di 21 negara berbahasa Sepanyol melalui Persatuan Akademi-akademi Bahasa Sepanyol.

Seni Sepanyol[sunting | sunting sumber]

"Las Meninas" oleh Diego Velázquez, 1656–57
Rencana utama: Seni Sepanyol

Kesenian Sepanyol ialah sebentuk seni yang penting dan berpengaruh di Eropah. Seni Sepanyol ialah nama yang diberi kepada disiplin dan karya kesenian yang berkembang di Sepanyol sepanjang masa, dan juga yang dibuat oleh pengarang Sepanyol di seluruh dunia. Oleh sebab kepelbagaian sejarah, geografi dan generasi, seni Sepanyol telah mengenali sebilangan besar pembawa pengaruh. Warisan Moor di Sepanyol, terutamanya di Andalusia masih jelas dilihat pada masa kini di bandaraya seperti Córdoba, Seville, dan Granada. Pengaruh negara Eropah lain termasuklah Itali, Jerman dan Perancis, khususnya ketika zaman Barok dan Neoklasik.

Kesusasteraan Sepanyol[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Kesusasteraan Sepanyol
Cantar de Mio Cid ialah cantar de gesta berbahasa Sepanyol tertua yang masih wujud.

Kesusasteraan Sepanyol ialah nama yang diberi kepada karya sastera yang dikarang di Sepanyol sepanjang zaman, dan oleh pengarang Sepanyol di seluruh dunia. Oleh sebab kepelbagaian sejarah, geografi dan generasi, seni Sepanyol telah mengenali sebilangan besar pembawa pengaruh dan, maka itu, banyak kepelbagaiannya.

Seni bina Sepanyol[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Seni bina Sepanyol

Seni bina Sepanyol menyentuh mana-mana kerja seni bina yang dijalankan ketika mana-mana zaman di Sepanyol masa kini, dan oleh jurubina Sepanyol di seluruh dunia. Istilah ini termasuklah bangunan-bangunan yang dibina dalam batasan geografi Sepanyol sebelum nama ini diberi kepada wilayah-wilayahnya (sama ada bergelar Hispania, Al-Andalus, atau dibenutuk daripada beberapa kerajaan Kristian). Oleh sebab kepelbagaian sejarah dan geografinya, seni bina Sepanyol turut mengalami banyak pengaruh.

Contohnya, Cordoba ditubuhkan sebagai pusat kebudayaan ketika dinasti Umayyad. Serentak dengan itu, kerajaan-kerajaan Kristian beransur-ansur timbul dan memajukan gaya tersendiri, mula-mulanya banyak berasingan daripada pengaruh seni bina Eropah, dan kemudiannya bersepadu dengan aliran Romanesque dan Gothic, lalu mencapai kemuncak yang mengagumkan dengan berbilang-bilang contoh di sekitar seluruh wilayahnya. Gaya Mudéjar yang diamalkan dari abad ke-12 hingga abad ke-17, disifatkan sebagai campuran pengaruh budaya Eropah dan Arab.

Ketibaan Modernisme di arena akademik menghasilkan tokoh-tokoh seperti Gaudí dan kebanyakan seni bina abad ke-20. Gaya seni bina antarabangsa diterajui pergerakan seperti GATEPAC. Sepanyol sedang mengalami satu revolusi dalam seni bina kontemporari dan Arkitek-arkitek Sepanyol seperti Rafael Moneo, Santiago Calatrava, Ricardo Bofill dan lain-lain meraih perhatian seluruh dunia.

Muzik Sepanyol[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Muzik Sepanyol

Muzik Sepanyol sering disamakan oleh orang luar dengan flamenco, satu genre muzik Andalusia yang sebenarnya tida terkenal di luar rantau tersebut. Pelbagai gaya muzik rakyat rantauan terdapat di Aragon, Catalonia dan Castile. Muzik moden seperti pop, rock, hip hop dan heavy metal juga popular.

Tapas Calamares

Masakan Sepanyol[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Masakan Sepanyol

Masakan Sepanyol terdiri daripada beraneka hidangan yang tercetus daripada perbezaan geografi, budaya dan iklim, serta banyak dipengaruhi oleh makanan laut yang terdapat dari perairan yang mengelilingi negara, dan mencerminkan akar umbi Mediterraneannya yang mendalam. Sejarah panjang Sepanyol yang melihatkan banyak pengaruh budaya membawa kepada masakan yang unik.

Sukan di Sepanyol[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sukan di Sepanyol

Sukan di Sepanyol selama ini didominasi oleh bola sepak (sejak awal abad ke-20), lumba basikal dan lawan lembu (sejak abad ke-17). Kini, Spain ialah sebuah kuasa sukan utama di dunia, terutamanya sejak Sukan Olimpik 1992 yang dianjurkan di Barcelona dan melariskan beraneka sukan di negara ini. Industri pelancongan banyak membantu meningkatkan prasarana sukan, terutamanya untuk sukan air, golf dan ski.

Cuti umum di Sepanyol[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Cuti umum di Sepanyol

Cuti umum yang dirai di Sepanyol merangkumi secampuran amalan-amalan keagamaan (Katolik), kebangsaan dan rantauan. Setiap majlis perbandaran dibenarkan untuk mengisytiharkan maksima 14 cuti umum setiap tahun; sebanyak sembilan daripadanya dipilih oleh kerajaan negara dan sekurang-kurangnya kedua dipilih di peringkat setempat.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  1. International Monetary Fund, World Economic Outlook Database, September 2006
  2. "Spain's Economy: Closing the Gap," in the OECD Observer, May 2005. Retrieved July 8, 2007.
  3. Going Underground: America's Shadow Economy, FrontPage magazine, January 2005
  4. OECD report for 2006
  5. OECD figures
  6. Economic statistics
  7. Official report on Spanish recent Macroeconomics, including tables and graphics

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.