Negara Awan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Nobita dan Negara Awan merupakan cerita panjang Doraemon yang ke-12 dan dikarang oleh Fujio F. Fujiko. Filemnya ditayangkan di Jepun pada tahun 1992 dan diarahkan oleh Tsutomu Shibayama. Filem ini dibuat untuk menyentuh tentang isu pencemaran alam sekitar dan sebab itulah jalan ceritanya lebih serius berbanding filem Doraemon yang lain.

Cerita[sunting | sunting sumber]

Cerita ini bermula apabila Nobita menegaskan wujudnya negara khayalan di atas langit. Walau bagaimanapun, setelah mengetahui perkara tersebut adalah mustahil, Doraemon mengabulkan hasrat Nobita dengan membina negara awan idaman mereka. Dengan disertai Sizuka, Suneo dan Giant, mereka menikmati bersama negara awan sehinggalah muncul kanak-kanak asing bersama seekor binatang yang telah pupus.

Ketika menyiasat dengan lebih lanjut, mereka turut menemui negara awan yang lain. Setelah terpisah ketika cuba melarikan diri, Nobita dan Doraemon yang telah rosak menjejaki Sizuka, Suneo dan Giant yang telah ditangkap oleh orang negara langit. Mereka mendapati penduduk negara langit telahpun merancang untuk memusnahkan dunia kerana teralu banyak pencemaran dengan cara menenggelamkan seluruh dunia di bawah "Rancangan Noah". Kini, terpulang kepada Nobita dan rakannya untuk menyelamatkan dunia.