Doraemon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Doraemon
DRMN 01.jpg
Doraemon
ドラえもん
Genre Jenaka, Cereka Sains, telatah kanak-kanak
Manga
Doraemon
Pengarang Fujiko F. Fujio
Penerbit Jepun Shogakukan
Penerbit Lain

Taiwan Ching Win Publishing
Taiwan Tongli Publishing
Taiwan Da Ran Culture
Republik Rakyat China Renmin Fine Arts Press
Republik Rakyat China Jilin Fine Arts Press
Republik Rakyat China 21 Century Press
Republik Rakyat China Changchun Arts Press
India Hungama TV
Hong KongSeal Collection
Hong KongYok Long Holdings
Hong Kong Culturecom Holdings[1]
Hong Kong Cawangan bagi Ching Win Publishing di HK
Perancis Kana
Indonesia Elex Media Komputindo
Korea Selatan Daiwon C.I.
Malaysia Tora Aman
Thailand Nation Edutainment
Vietnam Kim Dong Publishing House

Filipina JLine Comics Center
Demografik Kodomo
Majalah Asal (terdapat pada majalah kanak-kanak Shogakukan)
Tarikh Pengeluaran Disember 19691996
Jilid 45
Anime
Pengarah Mitsuo Kaminashi
Studio TMS Entertainment
Penyiaran Asal NTV
Dikeluarkan pada 01-04-197330-09-1973
Episod 52 (15 minit),
26 (30 minit)
Anime
Pengarah Tsutomu Shibayama
Studio Shin-Ei Animation
Dilesenkan oleh Jepun Asatsu-DK
Amerika Syarikat Viz Media
Sepanyol Luk Internacional
Penyiaran Asal Jepun TV Asahi
Lain-lain Penyiaran

Brazil Rede Manchete
Republik Rakyat China CCTV-1
Chile Canal 13 (1983-1988), Chilevisión (2000)
Perancis M6, Fox Kids
Hong Kong TVB
India Hungama TV
Indonesia RCTI
Itali Junior TV, Italia 1, Boing
Korea Selatan ChampTV, AnioneTV
Malaysia Ntv7 (2002-Kini), RTM1
Filipina GMA Network
Portugal RTP 1, Canal Panda
Singapura Channel 8
Sepanyol TV3, K3, Boomerang, Telemadrid, Canal Sur, Canal Sur 2, 7RM, TV Canaria, RTPA, TVG, IB3, Canal 9, ETB
Taiwan CTS
Thailand Modern Nine TV (formerly Channel 9)

Vietnam VTC1
Dikeluarkan pada 2 April 197925 Mac 2005
Episod 1787 [2]
Anime
Pengarah Kozo Kusuba
Studio Studio Pierrot
Penyiaran Asal TV Asahi
Lain-lain Penyiaran

Malaysia Ntv7
Singapura MediaCorp Channel 8

Malaysia
Dikeluarkan pada 15 April 2005 – kini
Episod 300+[3]
Perkara berkaitan

Doraemon (ドラえもん) adalah sebuah manga Jepun popular yang dikarang oleh Fujiko F. Fujio (藤子·F·不二雄) (nama asal Hiroshi Fujimoto) pada tahun 1970 dan berkisah tentang sebuah robot berbentuk kucing yang datang dari abad ke-22, Doraemon. Dia dihantar ke zaman sekarang untuk menolong Nobita, seorang budak yang pemalas, agar keturunan Nobita dapat menikmati kejayaannya daripada terus menderita dari segi kewangan - yang bakal terjadi di masa depan yang telah diakibatkan oleh kejahilan Nobita. Kebanyakan cerita-cerita Doraemon berunsurkan komedi dan nilai-nilai murni seperti kejujuran, ketabahan, dan kehormatan. Pelbagai isu-isu alam sekitar juga sering dikisahkan, ini termasuk pemanasan global, kepupusan haiwan dan habitat, penebangan hutan, dan pencemaran alam. Topik-topik pendidikan seperti dinosaur, teori bumi rata, sejarah Jepun juga sering diceritakan.

Cerita Doraemon julung kalinya muncul pada Disember 1969 dan diterbitkan dalam enam majalah yang berlainan secara serentak. Sejumlah 1,344 cerita asal telah direka selama ini, yang diterbit oleh syarikat Shogakukan di bawah jenama komik Tentōmushi (てんとう虫) (kumbang kura-kura) yang menjangkau 45 jilid. Cerita-cerita tersebut dikumpul dan disimpan dalam Perpustakaan Pusat Takaoka di bandar Toyama, Jepun, yang merupakan tempat kelahiran Fujiko.

Doraemon pernah dianugerahkan hadiah utama Anugerah Kebudayaan Tezuka Osamu (手塚治虫文化賞) pada tahun 1997.

Setelah lama wujud di dunia komik dan animasi, Doraemon merupakan salah satu watak animasi yang popular bukan sahaja di Jepun dan Malaysia, bahkan juga di negara-negara Asia dan Eropah. Doraemon merupakan salah satu manga terlaris dunia setelah lebih 100 juta salinan terjual.

Watak-watak[sunting | sunting sumber]

Watak utama[sunting | sunting sumber]

  • Doraemon (ドラえもん)
Doraemon merupakan seekor kucing robot, yang menjadi pembimbing dan pembantu Nobita. Dia dihantar ke masa kini oleh keturunan Nobita pada abad ke-22, Sewashi. Doraemon dihasilkan di kilang robot pada 3 September 2112. Doraemon asalnya bertelinga tetapi kedua-dua telinganya dimakan oleh tikus robot sewaktu di abad ke-22. Akibatnya, Doraemon menghadapi ketakutan yang mendalam terhadap tikus, meskipun berupa kucing robot. Makanan kegemaran Doraemon ialah dorayaki, sejenis kuih Jepun berbentuk bulatan leper. Ramai yang menganggap dorayaki sebagai asal-usul nama Doraemon. Bagaimanapun, adalah diketahui daripada satu jilid manga bahawa namanya berasal daripada perkataan Jepun bagi "kucing liar", dora neko, dan bahagian emon yang merupakan sebahagian nama Jepun zaman silam, seperti yang dilihat pada nama Horiemon. Wajah Doraemon berbentuk kebulatan di seluruh badannya, termasuk kepala, dengan tangan dan kaki berwarna putih, ekor merah. Berat badannya 129.3kg dan berketinggian 129.3cm. Doraemon mempunyai kocek 4-dimensi, semacam tempat menyimpan barang yang tiada had ruang yang selalu Doraemon gunakan untuk mengeluarkan pelbagai peralatan masa depan membantu Nobita.
Nobita merupakan watak utama siri Doraemon. Anak tunggal kepada Nobisuke(野比 のび助) dan Tamako (野比 玉子) ini ialah seorang murid sekolah rendah di Tokyo. Dia biasa dilihat memakai cermin mata, kemeja polo berwarna merah atau kuning berkolar putih dan seluar hitam. Watak Nobita digambarkan penuh dengan kekurangan. Seorang yang malas, tidak cerdik, lemah, bernasib malang, dan lemah bersukan. Kehidupan seharian Nobita melibatkannya datang lewat ke sekolah, mendapat markah 0 dalam ujian, dimarahi guru, dibuli Giant dan Suneo, juga dimarahi ibunya kerana tidak mahu menyiapkan tugasan. Nobita suka berehat pada waktu tengahari, dan kemalasannya sering menyebabkan kebimbangan ibu bapa dan gurunya. Walau bagaimanapun, kelemahan dan kesusahan Nobita adalah penggerak jalan cerita. Nobita juga mempunyai kebolehan unik seperti kemahirannya dalam menembak dan bermain bunga tali. Walaupun selalu digambarkan sebagai seorang penakut, Nobita amat mementingkan keadilan dan sanggup membahayakan dirinya untuk menyelamatkan orang lain atau sesebuah masyarakat, seperti yang ditunjukkan dalam cerita panjang Doraemon.
Shizuka adalah seorang gadis yang sebaya Nobita dan seorang murid yang bijak dan baik hati, yang menjadikannya tarikan kepada Nobita. Nobita terpaksa berebut perhatian Shizuka dengan Dekisugi, seorang budak lelaki yang secerdik Shizuka dan sering memperoleh markah 100% dalam ujian. Shizuka juga kerap mandi, maka terdapat juga adegan Nobita terserempak dengan Shizuka yang sedang mandi secara tidak sengaja.
Turut dikenali sebagai Gakidaisho (ガキ大将)-membawa maksud "ketua jalanan" ), Giant dikenali sebagai kaki buli yang suka mengacau budak-budak lain, terutamanya Nobita. Giant juga gemar menyanyi, dan inilah sesuatu yang paling ditakuti penduduk bandar di sekitarnya kerana nyanyiannya teruk dan terlampau kuat. Namun, dia paling takut akan ibunya sendiri. Sungguhpun sering berkelakuan kasar, Giant amat menyayangi adik perempuannya, Jaiko (ジャイ子) yang bercita-cita menjadi seorang mangaka (pelukis komik).
  • Suneo Honekawa (骨川 スネ夫 Honekawa Suneo) (dieja Sinyu dalam sesetengah terjemahan)
Suneo atau Sinyu seorang budak kaya yang celupar dan suka menunjuk-nunjuk harta kekayaan keluarganya di depan Nobita dan kawan-kawan. Dia sering bersama dengan Giant dan bersama-sama membuli Nobita. Sebenarnya Suneo amat bencikan Giant, maka sebab dia membantu Giant membuli Nobita adalah semata-mata untuk memastikan kebebasannya. Dalam permulaan kebanyakan episod Suneo sering menunjuk-nunjuk permainan video barunya atau pelancongan mahal di depan kawan-kawan. Dia juga mempunyai adik lelaki bernama Sunetsugu (スネツグ) yang sedang tinggal bersama bapa saudaranya di New York.

Watak sampingan[sunting | sunting sumber]

  • Dorami (ドラミちゃん Dorami-chan)
Dorami atau Doralin dalam sesetengah terjemahan merupakan robot berbentuk kucing yang juga merupakan "adik perempuan" kepada Doraemon dari abad ke-22, yang kadang-kala balik ke zaman silam untuk mengunjungi Nobita dan Doraemon.
Sewashi ialah keturunan Nobita pada tahun 2112 yang menghantar Doraemon kembali ke zaman Nobita. Sewashi ialah orang yang membeli Doraemon pada tahun 2112 apabila Doraemon masih bertelinga dan berwarna kuning.
Dialah rakan sekelas Nobita dan berlawan dengan Nobita untuk merebut perhatian Shizuka.

Dalam Poket Doraemon[sunting | sunting sumber]

Pada badan Doraemon terdapat kocek empat dimensi yang digunakannya untuk mengeluarkan pelbagai alatan canggih (道具, dōgu) yang boleh membantu Nobita dan kawan-kawannya. Berikut merupakan alatan-alatan yang paling asas dan seringkali digunakan kepunyaan Doraemon:

  • Buluh Terbang (タケコプター takekoputā) - Dipasang di atas kepala untuk terbang di langit.
  • Pintu Suka Hati (どこでもドア dokodemo door) - Membolehkan sesiapa pergi ke mana sahaja yang dihendaki dengan cuma melalui pintu ini.
  • Mesin Cahaya Masa (タイムマシン time machine) - Membolehkan rentasan masa dari zaman ke zaman. Mesin ini diletak dalam laci meja Nobita.
  • Lampu Pengecil (スモールライト Small light) - Mampu mengecilkan saiz objek atau orang yang dipancarkan cahaya kepadanya.

Doraemon di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Komik Doraemon terjemahan Bahasa Malaysia rasmi diterbitkan oleh syarikat Tora Aman yang juga menerbitkan komik ini dalam versi Bahasa Cina. Anime Doraemon juga disiarkan dengan alih suara Malaysia yang menampilkan Ruhaiyah Ibrahim[4] sebagai pelakon suara watak Doraemon yang bersuara garau dan lantang. Mula-mulanya siri Doraemon disiarkan di TV1 yang dioperasikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan berhenti pada 25 Januari 1997 dan berpindah ke NTV7 pada 5 Januari 2008 (hari Sabtu jam 7:30 malam). Siri anime telah lama disiarkan di Jepun sejak tahun 1979.

Anime Doraemon juga boleh didapati dalam bentuk VCD dengan disertakan alih suara Bahasa Melayu, Inggeris dan Cina. Speedy Video dinamakan sebagai pengedar eksklusif VCD dan DVD Doraemon sejak tahun 2003.

Doraemon (siri anime 1973)[sunting | sunting sumber]

Siri televisyen pertama Doraemon yang diterbitkan oleh Fujiko F. Fujio dan TMS Entertainment. Siri ini bersiaran di Nippon TV dari 1 April 1973 hingga 30 September 1973 dan mengandungi 26 episod kesemuanya.

Muzik[sunting | sunting sumber]

Lagu tema pembukaan
  • Doraemon (ドラえもん) oleh Harumi Naito
Lagu tema penutup
  • Doraemon Rumba (ドラえもんルンバ) oleh Harumi Naito

Pelakon suara[sunting | sunting sumber]

  • Doraemon (1973, pertama): Kosei Tomita
  • Doraemon (1973, kedua): Masako Nozawa
  • Nobita (1973): Yoshiko Ota
  • Jyaian (1973) / Suneo: Kaneta Kimotsuki
  • Shizuka (1973): Masako Ebisu
  • Suneo (1973): Shun Yashiro
  • Ken / Tooru: Chiaki Morita
  • Ayah Nobita (1973): Ichiro Murakoshi
  • Gachako (1973): Junko Hori
  • Akachan / Chinchao / Roboka / Shounen: Junko Shimakata
  • Perman: Katsue Miwa
  • Mak Jyaian: Kazuyo Aoki
  • Sewashi (1973): Keiko Yamamoto
  • Dorami: Keiko Yokozawa
  • Yamada-kun: Kyoko Yamada
  • Botako (1973): Masako Nozawa
  • Sensei (1973, kedua): Masashi Amenomori
  • Papa: Masayuki Kato
  • Mak Nobita (1973):Noriko Ohara
  • Debuko (1973): Noriko Tsukase
  • Sensei (1973, pertama): Osamu Kato
  • Jamako (1973): Rihoko Yoshida
  • Guru: Ryoichi Tanaka
  • Dekisugi: Sumiko Shirakawa
  • Papa: Yuzuru Fujimoto

Doraemon (siri anime 1979)[sunting | sunting sumber]

Siri televisyen kedua di Doraemon yang diterbitkan oleh Fujiko F. Fujio dan Shin'ei Doga. Siri ini bersiaran di TV Asahi dari 8 April 1979.

Muzik[sunting | sunting sumber]

Lagu tema pembukaan
  1. Lagu Doraemon (ドラえもんのうた Doraemon no Uta?) (Rancangan Mingguan OP #1, Rancangan Hari Biasa OP #1) oleh Kumiko Osugi dan Nobuyo Oyama
  2. Boku Doraemon (ぼくドラえもん) (Rancangan Hari Biasa OP #2) oleh Nobuyo Oyama dan Koorogi '73
  3. Lagu Doraemon (kedua) (Rancangan Mingguan OP #2) oleh Satoko Yamano
  4. Lagu Doraemon (ketiga) oleh Tokyo Purin
  5. Lagu Doraemon (ke-4) oleh Misato Watanabe
  6. Lagu Doraemon (ke-5) oleh AJI
  7. Lagu Doraemon (ke-6) oleh Twelve Girls Band
  8. Hug Shichao (ハグしちゃお) oleh Rimi Natsukawa
  9. Yume wo Kanaete Doraemon (夢をかなえてドラえもん) oleh mao
Lagu tema penutup
  1. Aoi Sora wa Pocket sa (青い空はポケットさ) oleh Kumiko Osugi
  2. Doraemon ekaki uta (ドラえもん・えかきうた) (Lagu penutup ekstra) oleh Nobuyo Oyama
  3. Doraemon Ondo (ドラえもん音頭) (Lagu penutup ekstra) oleh Nobuyo Oyama dan Koorogi '73
  4. Dorami chan ekaki uta (ドラミちゃんのえかきうた) (Lagu penutup ekstra) oleh Keiko Yokozawa
  5. Maru Gao no uta (まる顔のうた) oleh Nobuyo Oyama
  6. Bokutachi Chikyuu-Jin (ぼくたち地球人) oleh Mitsuko Horie
  7. Santa Claus wa doko no hito (サンタクロースはどこのひと) oleh Nobuyo Oyama
  8. Aozoratteiina (青空っていいな) oleh Mitsuko Horie
  9. Ashita mo tomodachi (あしたもともだち) oleh Yui Nishiwaki
  10. Boku Doraemon 2112 (ぼくドラえもん2112) oleh Nobuyo Oyama dan Koorogi '73
  11. Mata aeru Hi made (またあえる日まで) oleh YUZU
  12. Tanpopo no Uta (タンポポの詩) oleh THE ALFEE
  13. YUME Biyori (YUME 日和) oleh Hitomi Shimatani
  14. Aa Iina! (あぁ いいな!) oleh W (Double You)
  15. Odore Dore Dora Doraemon Ondo (踊れ・どれ・ドラ ドラえもん音頭) oleh Wasabi Mizuta dan Morinoki Jidou Gasshoudan

Pelakon suara[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. I.e. Nama baru bagi Yok Long Holdings yang dibeli oleh Sing Tao Daily sejak 1990.
  2. "Doraemon". animated-divots.com. http://www.animated-divots.com/doraemon2.html. Capaian May 14, 2009. 
  3. "Doraemon". TV Asahi. http://www.tv-asahi.co.jp/apps/page/back_number.php?P_ID=349&C_DIR=story&TYPE=pc&CNT=300. Capaian July 31, 2009. 
  4. KHADIJAH IBRAHIM. "Suara-suara Doraemon, Nobita - SIAPA DIA", Utusan Malaysia, 2005-07-14. Dicapai pada 2008-02-22. 

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

}}