Nemanja Vidić

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Nemanja Vidić
Nemanja Vidić.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh Nemanja Vidić[1]
Tarikh lahir 21 Oktober 1981 (33 tahun)
Tempat lahir Titovo Užice, SFR Yugoslavia
Tinggi 1.90 m (6 ka 3 in)[2]
Posisi permainan Bek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini Internazionale
Nombor 15
Kerjaya remaja
1989–1994 Jedinstvo Užice
1994–1996 Sloboda Užice
1996–2000 Red Star Belgrade
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2000–2004 Red Star Belgrade 67 (12)
2000–2001 Spartak Subotica (pinjaman) 27 (6)
2004–2006 Spartak Moscow 39 (4)
2006–2014 Manchester United 211 (15)
2014– Internazionale 9 (0)
Pasukan kebangsaan
2002–2011 Serbia 56 (2)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 10 November 2014.
† Kemunculan (Gol).

Nemanja Vidić (Bahasa Serbia: Немања Видић) (lahir Oktober 21, 1981 di Titovo Užice, Serbia, SFR Yugoslavia) merupakan seorang pertahanan tengah bola sepak Serbia yang kini bermain untuk Manchester United di Liga Perdana Inggeris, dan juga merupakan pemain dalam skuad kebangsaan Serbia.

Bakat Vidić mula dikesan di Red Star Belgrade pada awal tahun 2000, sebelum beliau berpindah ke Spartak Moscow pada musim panas 2004. Beliau merupakan salah seorang daripada "Famous Four" di barisan pertahanan skuad kebangsaan Serbia dan Montenegro yang hanya ditembusi satu gol dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2006. Penghijrahan beliau ke Manchester United pada Januari 2006 telah membentuk gandingan pertahanan mantap bersama-sama Rio Ferdinand dan menaikkan lagi reputasi beliau.

Dianggap antara pertahanan tengah yang terbaik di Eropah, Vidić berjaya meraih beberapa kejuaraan sepanjang kariernya di United antaranya kejuaraan liga sebanyak tiga kali berturut-turut, Liga Juara-Juara Eropah, Piala Kelab Dunia FIFA, dan dua Piala Liga. Beliau juga dinamakan dalam "PFA Team of The Year" selama 3 musim berturut-turut daripada 2007-2009. Pada musim 2008-09, Vidić membantu United dalam mencatatkan rekod tanpa dibolosi selama 14 perlawanan berturut-turut dan telah dipilih sebagai "Barclays Player of the Season".

Karier[sunting | sunting sumber]

Tahun-tahun Awal[sunting | sunting sumber]

Mula bermain bola sepak ketika berusia 7 tahun, Vidić bersama-sama abangnya Dušan bermain untuk kelab tempatan Jedinstvo Užice. Beliau seterusnya menyertai Sloboda Užice ketika berusia 12 tahun.

Red Star Belgrade dan Spartak Moscow[sunting | sunting sumber]

Sebelum hari lahirnya yang ke-15, Vidić menyertai akademi Red Star Belgrade. Beliau memulakan karier senior pertamanya ketika menyertai Spartak Subotica dalam pinjaman semusim pada 2000. Setelah tamat tempoh pinjaman, beliau kembali ke Red Star Belgrade dan bermain dalam kesebelasan utama pasukan tersebut dalam saingan Liga Yugoslav. Seterusnya, Vidić memenangi Piala Yugoslav pada 2001-02 bersama-sama Red Star. Beliau seterusnya ditauliahkan sebagai kapten kelab, dan sepanjang tempoh tiga tahun sebagai kapten beliau menjaringkan 12 gol dalam 67 perlawanan, dan membantu Red Star meraih dua kejuaraan domestik dalam musim terakhirnya bersama kelab tersebut. Dan seterusnya pada Julai 2004, Vidić menyertai kelab Spartak Moscow yang bersaing di Liga Perdana Russia.

Manchester United[sunting | sunting sumber]

Setelah bermain selama 2 musim di Spartak Moscow, Vidić menyertai Manchester United dengan yuran perpindahan dilaporkan sekitar £7 million pada 5 Januari 2006. Beliau diberikan jersi nombor 15 dan membuat penampilan sulung selaku pemain gantian kepada Ruud van Nistelrooy pada minit-minit terakhir ketika kemenangan 2-1 United ke atas Blackburn Rovers dalam separuh akhir kedua Piala Liga pada 25 Januari 2006.

Ketika musim 2006-07, gandingan beliau bersama-sama Rio Ferdinand di pertahanan tengah United merupakan antara gandingan yang terbaik dalam bola sepak Inggeris dan meletakkan beliau sebagai pemain kesebelasan utama United. Dalam musim penuh pertamanya bersama United, Vidić membuat 25 penampilan liga dan berjaya meraih kejuaraan liga sulung beliau.

Gol pertama Vidić untuk United hadir pada 14 Oktober 2006 ketika United menang 3-1 ke atas Wigan Athletic.

Pada 8 November 2007, Vidić menandatangani lanjutan kontrak dua tahun bersama United, yang akan menyaksikan beliau kekal di Old Trafford sehingga 2012. Pada akhir musim 2007-08, Vidić meraih kejuaraan liga buat kali kedua berturut-turut. Beliau juga membantu United menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah 2008 di Moscow. Ketika musim tersebut, Vidić membuat 32 penampilan liga dan menjaringkan satu gol.

Pada musim 2008-09, Vidić merupakan tonggak penting dalam pertahanan United yang kehilangan beberapa tonggak lainnya sepanjang musim tersebut. Ketika United mencatatkan rekod 14 perlawanan tanpa dibolosi dalam liga, Vidić bermain dalam setiap perlawanan tersebut.

Stail pertahanan beliau yang agresif, selain kekuatan fizikal dan kemampuan di udara sama ada ketika bertahan dan menyerang di samping keberanian beliau telah menobatkan beliau sebagai antara pertahanan terbaik di Liga Perdana Inggeris dan Eropah. Stail permainan beliau juga telah dibandingkan dengan bekas pertahanan United, Steve Bruce berikutan persamaan antara kedua-duanya.

Karier Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Vidić membuat penampilan senior pertamanya pada 12 Oktober 2002 ketika menentang Itali dalam pusingan kelayakan UEFA Euro 2004. Seterusnya, di samping Mladen Krstajić, Ivica Dragutinović dan Goran Gavrančić, Vidić membentuk gandingan "Famous Four" Serbia dan Montenegro yang mencatatkan rekod dengan hanya dibolosi satu gol dalam 10 perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2006. Bagaimanapun beliau terlepas perlawanan pembukaan Piala Dunia 2006 menentang Belanda berikutan penggantungan selepas dilayangkan kad merah ketika perlawanan terakhir pusingan kelayakan menentang Bosnia dan Herzegovina. Seterusnya beliau mengalami kecederaan ligamen lutut kiri ketika sesi latihan dan langsung tidak bermain dalam kejohanan tersebut.

Selepas Piala Dunia 2006, Vidić kekal mewakili pasukan kebangsaan Serbia ( yang telah berpecah dengan Montenegro ). Beliau merupakan antara tonggak utama ketika Piala Dunia 2010 dan memainkan peranan penting membawa Serbia mara ke pusingan akhir mengatasi skuad Perancis dan Romania di peringkat kumpulan, di samping memiliki rekod pertahanan terbaik.

Kejayaan Peribadi[sunting | sunting sumber]

Vidić memenangi anugerah "Serbia's Overseas Player of the Year pada 2005" ketika bermain bersama Spartak Moscow, sebelum memenangi sekali lagi anugerah tersebut pada 2007 dan 2008 ketika bermain untuk Manchester United. Persatuan Bola Sepak Serbia telah menamakan beliau Pemain Terbaik Tahunan pada 2005 dan 2008. Seterusnya, beliau juga telah dinamakan dalam "PFA Premiership Team" of the Season pada musim 2006-07, 2007-08 dan 2008-09. Di samping itu, beliau juga telah disenarai-pendek untuk 2006-07, 2007-08 dan 2008-09 "UEFA European Club Defender of the Year" dan juga disenarai pendek untuk anugerah "FIFPro World XI" 2006-07 dan 2007-08, serta anugerah "Ballon d'Or" 2008 dan 2009. Dan pada musim 2008-09, Vidić telah dianugerahkan sebagai "Barclays Player of the Season".

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Pasukan[sunting | sunting sumber]

Red Star Belgrade

Manchester United

Individu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Premier League clubs submit squad lists" (PDF). PremierLeague.com. Premier League. 2 February 2012. ms. 23. Diperoleh pada 2 February 2012. 
  2. http://www.inter.it/en/squadra/G0941

Pautan luar[sunting | sunting sumber]