Piala Dunia FIFA 2010
| Afrika Selatan 2010 | |
|---|---|
![]() Logo rasmi Piala Dunia FIFA 2010 |
|
| Perincian kejohanan | |
| Negara tuan rumah | |
| Tarikh | 11 Jun - 11 Julai |
| Pasukan | 32 (dari 6 konfederasis) |
| Tempat | 10 (di 9 bandar) |
| Kedudukan akhir | |
| Juara | |
| Naib Juara | |
| Tempat Ketiga | |
| Tempat Keempat | |
| Statistik kejohanan | |
| Jumlah perlawanan | 64 |
| Jaringan gol | 145 (2.27 per perlawanan) |
| Kehadiran | 3,178,856 (49,670 per perlawanan) |
| Penjaring terbanyak | (5 gol)[1] |
|
← 2006
2014 →
|
|
Piala Dunia FIFA 2010 adalah Piala Dunia FIFA ke-19, kejohanan bola sepak antarabangsa terulung di dunia. Ia telah berlangsung dari 11 Jun hingga 11 Julai 2010 di Afrika Selatan. Inilah kali pertama kejohanan ini dianjurkan di sebuah negara Afrika, setelah Afrika Selatan menewaskan Maghribi dan Mesir dalam proses pembidaan yang melibatkan kesemua calonnya dari Afrika.
Kejohanan ini menyaksikan 736 pemain mewakili 32 pasukan yang merebut Piala Dunia dalam perlawanan yang diadakan di sepuluh buah stadium di seluruh Afrika Selatan. Pasukan-pasukan yang layak dipilih melalui proses kelayakan yang bermula pada Ogos 2007.
Kejohanan bermula pada 11 Jun dari peringkat kumpulan, di mana 32 pasukan yang layak dibahagikan kepada lapan kumpulan bergilir-gilir bertanding untuk merebut mata, iaitu dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan mara ke pusingan kedua. 16 pasukan itu mara ke peringkat kalah mati ulai 26 Jun, yang mana perlawanan yang bermarkah seri selepas tempoh biasa terpaksa dikenakan masa tambahan, dan juga sepakan penalti jika perlu, sehinggalah Perlawanan Akhir Piala Dunia, yang berlangsung pada 11 Julai di stadium Soccer City di Johannesburg.
Kejohanan ini dimenangi oleh Sepanyol yang menumpaskan finalis kali ketiga, Belanda 1–0 selepas masa tambahan, hasil jaringan Andrés Iniesta yang mengurniakan kejuaraan pertama bagi negara Sepanyol. Pasukan Afrika Selatan menjadi pasukan tuan rumah pertama yang tersingkir di peringkat kumpulan sepanjang sejarah penganjuran Piala Dunia; tidak lupa juga juara bertahan Itali dan bekas naib juara Perancis yang berentap di perlawanan akhir empat tahun lalu, turut tersingkir di pusingan pertama, manakala pasukan-pasukan terulung dari Argentina, Brazil dan Jerman terkeluar di peringkat kalah mati.
Kejohanan tahun 2010 ini menandakan kali pertama sebuah pasukan Eropah menjuarai kejohanan Piala Dunia yang dilangsungkan di luar benua tersebut, dan juga kali pertama dua pasukan Eropah berbeza berturut-turut menjuarai kejohanan. Kemenangan Sepanyol turut menambah bilangan negara juara Piala Dunia kepada lapan.
Isi kandungan |
Pemilihan tuan rumah [sunting]
Afrika telah dipilih sebagai tuan rumah untuk Piala Dunia 2010, sebahagian daripada polisi baru untuk penggiliran acara tersebut di antara konfederasi bola sepak (polisi ini ditangguhkan pada Oktober 2007). Lima negara Afrika membuat bidaan untuk menganjurkan Piala Dunia 2010:
Mesir
Libya /
Tunisia (tuan rumah bersama)
Maghribi
Afrika Selatan
Berikutan keputusan Jawatankuasa Eksekutif FIFA tidak membenarkan tuan rumah bersama, Tunisia menarik diri dari proses pembidaan. Jawatankuasa juga membuat keputusan untuk mengetepikan bidaan Libya yang tidak dapat memenuhi syarat tercatat dalam senarai permintaan rasmi.
Selepas pusingan pertama pengundian, bidaan yang berjaya telah diumumkan oleh presiden FIFA dalam satu sidang media pada 15 Mei 2004 di Zurich. Afrika Selatan telah dianugerahkan hak penganjuran kejohanan tersebut, menewaskan Maghribi dan Mesir.[2]
Keputusan:
Afrika Selatan, 14 undi
Maghribi, 10 undi
Mesir, 0 undi
menarik diri pada 8 Mei 2004 selepas tuan rumah bersama tidak dibenarkan
Tunisia
bidaan ditolak: kerana tidak memenuhi senarai permintaan dan tuan rumah bersama tidak dibenarkan
Libya
Kelayakan [sunting]
Sebagai tuan rumah, Afrika Selatan layak secara automatik untuk kejohanan. Namun, Afrika Selatan mengambil bahagian dalam kelayakan Piala Dunia kerana Kelayakan CAF adalah ia juga adalah sebahagian daripada kejohanan kelayakan untuk Piala Negara Afrika 2010. Mereka adalah tuan rumah pertama sejak 1934 yang mengambil bahagian dalam kelayakan. Seperti yang terjadi di kejohanan sebelumnya, juara bertahan tidak diberi kelayakan automatik, dan Itali mesti menyertai di pusingan kelayakan.
Undian kelayakan untuk Piala Dunia FIFA 2010 telah diadakan di Durban, Afrika Selatan, pada 25 November 2007.
Senarai pasukan yang layak [sunting]
32 pasukan berikut telah layak untuk kejohanan akhir.
|
|
|
|
Tempat [sunting]
Pada 2005, pihak penganjur mengeluarkan senarai awal 12 tempat untuk penganjuran Piala Dunia:Bloemfontein, Cape Town, Durban, Johannesburg (dua tempat), Kimberley, Nelspruit, Orkney, Polokwane, Port Elizabeth, Pretoria, dan Rustenburg. Ini telah dikurangkan kepada 10 tempat[3] seperti yang diumumkan secara rasmi oleh FIFA pada 17 Mac 2006:
Hadiah tunai dan pembayaran kelab [sunting]
Jumlah hadiah wang tunai yang ditawarkan untuk kejohanan seperti yang disahkan oleh FIFA adalah$420 juta, iaitu 60 peratus lebih daripada kejohanan tahun 2006.[5] Sebelum perlawanan, setiap pasukan peserta akan menerima $1 jutauntuk membiayai persediaan mereka. Sebaik sahaja dalam kejohanan, pasukan yang terkeluar dari peringkat kumpulan menerima $8 juta. Selepas itu, hadiah wang tunai adalah seperti berikut:[5]
- $9 juta – Pusingan 16
- $18 juta – Suku akhir
- $20 juta – Separuh akhir
- $24 juta – Naib juara
- $30 juta – Juara
Buat pertama kali dalam sejarah Piala Dunia, FIFA membayar sejumlah €26 juta kelab-kelab domestik yang dianggotai oleh para pemain yang mewakili pasukan kebangsaan masing-masing di kejohanan, iaitu lebih €1,000 seorang pemain sehari.[6]
Ini timbul ekoran persetujuan yang dicapai oleh FIFA dan kelab-kelab Eropah pada tahun 2008, untuk membubarkan kumpulan G-14 dan menarik balik tuntutan pampasan sejak tahun 2005 mengenai perbelanjaan merawat kecederaan yang dialami oleh para pemain mereka ketika berkhidmat untuk negara, seperti tuntutan Charleroi S.C. dari Belgium untuk kecederaan Abdelmajid Oulmers dari Maghribi dalam perlawanan persahabatan pada tahun 2004, dan tuntutan kelab England Newcastle United untuk kecederaan Michael Owen di Piala Dunia 2006.[7][8][9]
Simbol [sunting]
Maskot [sunting]
Maskot rasmi Piala Dunia FIFA 2010 ialah Zakumi, seekor harimau bintang bersifat manusia yang berambut hijau, diperkenalkan pada 22 September 2008. Namanya dipetik dari "ZA", singkatan antarabangsa untuk Afrika Selatan, dan "kumi", yang bermaksud "10" dalam pelbagai bahasa Afrika.[10] Warna hijau kuning maskot ini mencerminkan warna-warna yang dipakai oleh pasukan tuan rumah, Afrika Selatan.
Lagu rasmi [sunting]
Lagu rasmi bagi Piala Dunia 2010 adalah "Waka Waka" dipersembahkan oleh penyanyi Colombia, Shakira dan kumpulan Freshlyground dari Afrika Selatan, dan lagu ini dinyanyikan di dalam kedua-dua bahasa Inggeris dan Sepanyol.[11] Lagu ini berdasarkan sebuah lagu tradisi askar bernama Zangalewa.[12] Shakira dan Freshlyground telah mempersembahkan lagu ini semasa konsert sepakmula pra-pertandingan di Sowetopada 10 Jun 2010. Ia juga telah dinyanyikan semasa upacara pertandingan dan akan dipersembahkan pada akhir pertandingan pada 11 Julai 2010.
Bola perlawanan [sunting]
bola perlawanan bagi Piala Dunia 2010, telah dibuat oleh Adidas, dan dinamakan Jabulani, bermaksud "memberi kegembiraan pada semua" di dalam bahasa bahasa Zulu. Ia adalah bola Piala Dunia kelapan dibuat oleh pembuat barangan sukan Jerman; ia menunjukkan sebelas warna, mewakilkan setiap pemain sesebuah pasukan di atas padang dan sebelas bahasa rasmi Afrika Selatan.[13][14] Sebiji bola perlawanan khas dengan panel emas, dinamakan Jo'bulani, akan digunakan pada peringkat akhir yang diadakan di Johannesburg.
Bola ini direka menggunakan satu rekabentuk baru, yang mengandungi lapan ikatan terma, panel-panel tiga dimensi. Kesemuanya ini diacuankan secara sfera daripada etilina vinil asetat(ethylene-vinyl acetate atau nama singkatan:EVA) dan termoplastik poliuretena (thermoplastic polyurethanes - nama singkatan:TPU). Permukaan bola ditekstur dengangrooves, sebuah teknologi yang dibangunkan oleh Adidas yang dinamakanGripnGroove[15] yang bertujuan untuk meningkatkan aerodinamik bola tersebut. Rekabentuk ini telah mendapat beberapa input akademik, yang dibangunkan di dalam perkongsian dengan penyelidik dariLoughborough University, United Kingdom.[16] Bola-bola ini telah diperbuat di China, menggunakan pundi-pundi lateks di India, termoplastik poliuretena dari Taiwan, etilina vinil asetat, isotropik poliester/kapas fabrik, dan gam serta dakwat dari China.[17]
Beberapa pemain bintang bola sepak sudah mengadu mengenai bola tersebut, mendakwa bahawa [ergerakannya sangat susah untuk diramal.[18]Penjaga gol Brazil Júlio César membandingkan bola berkenaan dengan bola "supermarket" yang lebih berpihak kepada penyerang dan berhasil menentang penjaga gol.[19]Jurulatih Argentina Diego Maradona berkata bahawa "Kita tidak akan nampak hantaran jauh di dalam Piala Dunia ini kerana bola berkenaan tidak terbang terus (We won't see any long passes in this world cup because the ball doesn't fly straight.)"[20] Walau bagaimanapun, sebilangan pemain tajaan Adidas[21][22][23][24] sudah memberi maklumbalas positif terhadap bola ini.
Vuvuzela [sunting]
Semasa Piala Dunia, banyak pihak mengkritik dan mendakwa bahawa bunyi bising yang dihasilkan oleh hon-hon vuvuzela, termasuklah pemain Perancis, Patrice Evra, menyalahkan bunyi vuvuzela sebagai faktor prestasi rendah pasukannya.[25]Pengkritik-pengkritik lain termasuklah Lionel Messi, mendakwa bahawa bunyi vuvuzelas mengurangkan komunikasi di kalangan pemain di padang,[26] dan syarikat-syarikat penyiaran, mendakwa bahawa suara-suara penyiar juga telah ditenggelamkan oleh bunyi berkenaan.[27]
Orang lain yang menyaksikan perlawanan di televisyen mendakwa bahawa kemasukan bunyi audio dari stadium hanya mengandungi bunyi vuvuzela dan bunyi semulajadi orang ramai telah ditenggelamkan.[28][29] Seorang jurucakap daripada ESPN dan rangkaian lain telah berkata bahawa mereka telah mengambil langkah untuk mengurangkan bunyi bising berkenaan pada rangkaian mereka.[30]
Kesan kejohanan [sunting]
Sosial [sunting]
Penganjur kejohanan Danny Jordaan menafikan dakwaan bahawa serangan terhadap pasukan kebangsaan Togo yang mengambil tempat di Angola pada bulan Januari 2010, mempunyai sebarang kaitan dengan penyusunan keselamatan Piala Dunia.[31]
Terdapat juga laporan-laporan kecurian terhadap pelancong yang datang untuk Piala Dunia. Para pelancong dari China, Portugal, Sepanyol, Korea Selatan, Jepun dan Colombia sudah menjadi mangsa jenayah berkenaan.[32]
Pada 19 Jun 2010 selepas perlawanan di antara England dan Algeria, seorang penyokong berjaya menyusup masuk menerusi kawasan kakitangan yang dilantik FIFA di stadium Green Point dan dapat memasuki bilik persalinan pasukan England. Ia telah terjadi sebaik sahaja Putera William dan Putera Harry sudah meninggalkan bilik itu. Penceroboh berkenaan kemudian dilepaskan sebelum diserahkan kepada polis. FA Inggeris membuat aduan rasmi kepada FIFA dan menggesa agar keselamatan dipertingkatkan.[33]
Pembuangan dan penempatan semula [sunting]
Seperti acara-acara besar di seluruh dunia,[34] Piala Dunia FIFA 2010 telah dikaitkan dengan orang-orang terbuang,[35][36][37][38][39] yang banyak dakwaan adalah bermaksud untuk 'mencantikkan bandar raya', mengkagumkan pelancong yang melawat dan menyembunyikan penjual jalanan. Pada 14 Mei 2009, pergerakan penjual jalanan yang berpangkalan di Durban, Abahlali baseMjondolo telah membawa kerajaan KwaZulu-Natal ke mahkamah kerana kontroversi Akta Penyingkiran dan Pembasmian Setinggan, bermaksud untuk menyingkirkan setingan-setinggan di Afrika Selatan dan meletakkan penjual jalanan yang tidak berumah ini di perkhemahan transit dalam masa Piala Dunia 2010.[40][41]
Satu lagi kontroversi utama yang mengelilingi persediaan Piala Dunia adalah projek perumahan N2 Gateway di Cape Town, yang merancang untuk memindahkan 20,000 residensi dari Joe Slovo Informal Settlement di sepanjang N2 Freeway yang sibuk dan membina flat-flat sewaan dan rumah-rumah di tempatnya pada masa Piala Dunia 2010.[42] NGO-NGO, organisasi hak asasi manusia, danAnti-Eviction Campaign sudah mengkritik secara umum keadaan-keadaan di dan bagaimana mereka kata ia digunakan untuk memaksa pemindahan keluarga-keluarga yang susah terutamanya untuk memberi laluan kepada Piala Dunia 2010.[39][43][44][45]
Ekonomi [sunting]
Berapa kumpulan sudah mengalami komplikasi yang merujuk kepada acara-acara sukan berjadual, pengiklanan atau penyiaran, kerana FIFA cuba untuk memaksimakan hak kawalan media semasa Piala Dunia. Pihak-pihak yang terlibat termasuklah satu ujian ragbi antarabangsa, sebuah South African airline, dan beberapa rangkaian TV networks, semuanya terlibat di dalam pertelagahan undang-undang dengan penganjur Piala Dunia.[46][47][48]
Semasa kejohanan itu, kumpulan pemegang tiket tidak group ticket-holders who did not utilize all tickets they were alloted, yang membawa kepada perlawanan-perlawanan pusingan awal mempunyai tempat duduk kosong sebanyak 11,000 tempat.[49]
Penetapan kumpulan [sunting]
Proses penentuan kumpulan diadakan di Cape Town pada 4 Disember 2009.
| A | B | C | D |
|---|---|---|---|
| E | F | G | H |
|---|---|---|---|
Pengadil [sunting]
FIFA telah memilih para pengadil untuk mnegadili Piala Dunia:[50]
Perlawanan [sunting]
-
Lihat juga: Jadual Piala Dunia FIFA 2010
Semua masa adalah Waktu tempatan Afrika Selatan (UTC+2)
Peringkat Kumpulan [sunting]
Di dalam jadual berikut:
- Pld = jumlah perlawanan dimainkan
- W = jumlah perlawanan menang
- D = jumlah perlawanan seri (terikat)
- L = jumlah perlawanan tewas
- GF = jumlah gol dijaringkan (gol untuk)
- GA = jumlah gol dilepaskan (gol lawan)
- GD = perbezaan gol (GF−GA)
- Pts = jumlah mata terkumpul (pasukan menerima tiga mata untuk satu kemenangan, satu mata untuk seri dan tiada mata untuk tewas)
Pasukan yang berjaya mendapat tempat pertama dan kedua (bayang hijau) layak ke pusingan 16.
Kriteria pemecahan seri [sunting]
Bagi kejohanan Piala Dunia, FIFA menggunakan kriteria berikut untuk meletakkan pasukan di dalam peringkat Kumpulan.[51]
- bilangan mata tertinggi di dalam kesemua perlawanan kumpulan;
- pembezaan mata di dalam kesemua perlawanan kumpulan;
- bilangan gol tertinggi di dalam kesemua perlawanan kumpulan;
- bilangan mata tertinggi di dalam perlawanan-perlawanan di antara pasukan-pasukan terikat;
- perbezaan gol di dalam perlawanan-perlawanan di antara pasukan-pasukan terikat;
- bilangan gol tertinggi di dalam perlawanan-perlawanan di antara pasukan-pasukan terikat;
- menggunakan undian oleh Jawatankuasa Pengurusan FIFA.
| Kunci kepada warna di dalam jadual kumpulan | |
|---|---|
| Juara dan naib juara kumpulan mara ke Pusingan 16 | |
Kumpulan A [sunting]
|
Kumpulan
|
Pld | W | D | L | GF | GA | GD | Pts |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 3 | 2 | 1 | 0 | 4 | 0 | +4 | 7 | |
| 3 | 1 | 1 | 1 | 3 | 2 | +1 | 4 | |
| 3 | 1 | 1 | 1 | 3 | 5 | −2 | 4 | |
| 3 | 0 | 1 | 2 | 1 | 4 | −3 | 1 |
| 11 Jun 2010 | |||
| Afrika Selatan |
1–1 | Soccer City, Johannesburg | |
| Uruguay |
0–0 | Stadium Cape Town, Cape Town | |
| 16 Jun 2010 | |||
| Afrika Selatan |
0–3 | Stadium Loftus Versfeld, Pretoria | |
| 17 Jun 2010 | |||
| Perancis |
0–2 | Stadium Peter Mokaba, Polokwane | |
| 22 Jun 2010 | |||
| Mexico |
0 – 1 | Stadium Royal Bafokeng, Rustenburg | |
| Perancis |
1 – 2 | Stadium Free State, Bloemfontein |
Kumpulan B [sunting]
|
Kumpulan C [sunting]
|
| 12 Jun 2010 | |||
| England |
1–1 | Stadium Royal Bafokeng, Rustenburg | |
| 13 Jun 2010 | |||
| Algeria |
0–1 | Stadium Peter Mokaba, Polokwane | |
| 18 Jun 2010 | |||
| Slovenia |
2–2 | Stadium Ellis Park, Johannesburg | |
| England |
0–0 | Stadium Cape Town, Cape Town | |
| 23 Jun 2010 | |||
| Slovenia |
0 – 1 | Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth | |
| Amerika Syarikat |
1 – 0 | Stadium Loftus Versfeld, Pretoria |
Kumpulan D [sunting]
|
| 13 Jun 2010 | |||
| Serbia |
0–1 | Stadium Loftus Versfeld, Pretoria | |
| Jerman |
4–0 | Stadium Moses Mabhida, Durban | |
| 18 Jun 2010 | |||
| Jerman |
0–1 | Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth | |
| 19 Jun 2010 | |||
| Ghana |
1–1 | Stadium Royal Bafokeng, Rustenburg | |
| 23 Jun 2010 | |||
| Ghana |
0 – 1 | Soccer City, Johannesburg | |
| Australia |
2 – 1 | Stadium Mbombela, Nelspruit |
Kumpulan E [sunting]
|
| 14 Jun 2010 | |||
| Belanda |
2–0 | Soccer City, Johannesburg | |
| Jepun |
1–0 | Stadium Free State, Bloemfontein | |
| 19 Jun 2010 | |||
| Belanda |
1–0 | Stadium Moses Mabhida, Durban | |
| Cameroon |
1–2 | Stadium Loftus Versfeld, Pretoria | |
| 24 Jun 2010 | |||
| Denmark |
1-3 | Stadium Royal Bafokeng, Rustenburg | |
| Cameroon |
1-2 | Stadium Cape Town, Cape Town |
Kumpulan F [sunting]
|
| 14 Jun 2010 | |||
| Itali |
1–1 | Stadium Cape Town, Cape Town | |
| 15 Jun 2010 | |||
| New Zealand |
1–1 | Stadium Royal Bafokeng, Rustenburg | |
| 20 Jun 2010 | |||
| Slovakia |
0-2 | Stadium Free State, Bloemfontein | |
| Itali |
1-1 | Stadium Mbombela, Nelspruit | |
| 24 Jun 2010 | |||
| Slovakia |
3-2 | Stadium Ellis Park, Johannesburg | |
| Paraguay |
0-0 | Stadium Peter Mokaba, Polokwane |
Kumpulan G [sunting]
|
| 15 Jun 2010 | |||
| Côte d'Ivoire |
0–0 | Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth | |
| Brazil |
2–1 | Stadium Ellis Park, Johannesburg | |
| 20 Jun 2010 | |||
| Brazil |
3-1 | Soccer City, Johannesburg | |
| 21 Jun 2010 | |||
| Portugal |
7-0 | Stadium Cape Town, Cape Town | |
| 25 Jun 2010 | |||
| Portugal |
0-0 | Stadium Moses Mabhida, Durban | |
| Korea Utara |
0-3 | Stadium Mbombela, Nelspruit |
Kumpulan H [sunting]
|
Peringkat kalah mati [sunting]
Pada peringkat kalah mati (termasuk perlawanan akhir), jika sesuatu perlawanan berada di dalam keadaan seri sehingga habis permainan 90 minit, tambahan masa bagi dua tempoh masa (15 minit setiap tempoh) akan dimainkan. Jika masih seri, perlawanan itu akan ditentukan dengan tendangan penalti.[52]
| Pusingan kedua | Suku akhir | Separuh akhir | Akhir | |||||||||||
| 26 Jun – Port Elizabeth | ||||||||||||||
| |
2 | |||||||||||||
| 2 Julai – Johannesburg | ||||||||||||||
| |
1 | |||||||||||||
| |
1(4) | |||||||||||||
| 26 Jun – Rustenburg | ||||||||||||||
| |
1(2) | |||||||||||||
| |
1 | |||||||||||||
| 6 Julai – Cape Town | ||||||||||||||
| |
2 | |||||||||||||
| |
2 | |||||||||||||
| 28 Jun – Durban | ||||||||||||||
| |
3 | |||||||||||||
| |
2 | |||||||||||||
| 2 Julai – Port Elizabeth | ||||||||||||||
| |
1 | |||||||||||||
| |
2 | |||||||||||||
| 28 Jun – Johannesburg | ||||||||||||||
| |
1 | |||||||||||||
| |
3 | |||||||||||||
| 11 Julai – Johannesburg | ||||||||||||||
| |
0 | |||||||||||||
| |
0 | |||||||||||||
| 27 Jun – Johannesburg | ||||||||||||||
| |
1 | |||||||||||||
| |
3 | |||||||||||||
| 3 Julai – Cape Town | ||||||||||||||
| |
1 | |||||||||||||
| |
0 | |||||||||||||
| 27 Jun – Bloemfontein | ||||||||||||||
| |
4 | |||||||||||||
| |
4 | |||||||||||||
| 7 Julai – Durban | ||||||||||||||
| |
1 | |||||||||||||
| |
0 | |||||||||||||
| 29 Jun – Pretoria | ||||||||||||||
| |
1 | Tempat ketiga | ||||||||||||
| |
0(5) | |||||||||||||
| 3 Julai – Johannesburg | 10 Julai – Port Elizabeth | |||||||||||||
| |
0(3) | |||||||||||||
| |
0 | |
2 | |||||||||||
| 29 Jun – Cape Town | ||||||||||||||
| |
1 | |
3 | |||||||||||
| |
1 | |||||||||||||
| |
0 | |||||||||||||
Kumpulan 16 [sunting]
| 26 Jun 2010 16:00 |
Uruguay |
2 – 1 | Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth Penonton: 30,597 Pengadil: Wolfgang Stark (Jerman) |
|
|---|---|---|---|---|
| Suárez |
Laporan | Lee Chung-Yong |
| 26 Jun 2010 20:30 |
Amerika Syarikat |
1 – 2 (s.m.t.) |
Stadium Royal Bafokeng, Rustenburg Penonton: 34,976 Pengadil: Viktor Kassai (Hungary) |
|
|---|---|---|---|---|
| Donovan |
Laporan | K. Boateng Gyan |
| 27 Jun 2010 16:00 |
Jerman |
4 – 1 | Stadium Free State, Bloemfontein Penonton: 40,510 Pengadil: Jorge Larrionda (Uruguay) |
|
|---|---|---|---|---|
| Klose Podolski Müller |
Laporan | Upson |
| 27 Jun 2010 20:30 |
Argentina |
3 – 1 | Soccer City, Johannesburg Penonton: 84,377 Pengadil: Roberto Rosetti (Itali) |
|
|---|---|---|---|---|
| Tévez Higuaín |
Laporan | Hernández |
| 28 Jun 2010 16:00 |
Belanda |
2 - 1 | Stadium Moses Mabhida, Durban Penonton: 61,962 Pengadil: Alberto Undiano (Sepanyol) |
|
|---|---|---|---|---|
| Robben Sneijder |
Laporan | Vittek |
| 28 Jun 2010 20:30 |
Brazil |
3 - 0 | Stadium Ellis Park, Johannesburg Penonton: 54,096 Pengadil: Howard Webb (England) |
|
|---|---|---|---|---|
| Juan Luís Fabiano Robinho |
Laporan |
| 29 Jun 2010 16:00 |
Paraguay |
0 - 0 (s.m.t.) | Stadium Loftus Versfeld, Pretoria Penonton: 36,742 Pengadil: Frank De Bleeckere (Belgium) |
|
|---|---|---|---|---|
| Laporan | ||||
| Penalti | ||||
| Barreto Barrios Riveros Valdez Cardozo |
5 – 3 |
| 29 Jun 2010 20:30 |
Sepanyol |
1 – 0 | Stadium Cape Town, Cape Town Penonton: 62,955 Pengadil: Héctor Baldassi (Argentina) |
|
|---|---|---|---|---|
| Villa |
Laporan |
Suku Akhir [sunting]
| 2 Julai 2010 16:00 |
Belanda |
2 – 1 | Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth Penonton: 40,186 Pengadil: Yuichi Nishimura (Jepun) |
|
|---|---|---|---|---|
| F.Melo Sneijder |
Laporan | Robinho |
| 2 Julai 2010 20:30 |
Uruguay |
1 – 1 (s.m.t.) | Soccer City, Johannesburg Penonton: 84,017 Pengadil: Olegário Benquerença (Portugal) |
|
|---|---|---|---|---|
| Forlán |
Laporan | Muntari |
||
| Penalti | ||||
| Forlán Victorino Scotti Pereira Abreu |
4 – 2 |
| 3 Julai 2010 16:00 |
Argentina |
0 – 4 | Stadium Cape Town, Cape Town Penonton: 64,100 Pengadil: Ravshan Irmatov (Uzbekistan) |
|
|---|---|---|---|---|
| Laporan | Müller Klose Friedrich |
| 3 Julai 2010 20:30 |
Paraguay |
0 – 1 | Stadium Ellis Park, Johannesburg Penonton: 55,686 Pengadil: Carlos Batres (Guatemala) |
|
|---|---|---|---|---|
| Laporan | Villa |
Separuh Akhir [sunting]
| 6 Julai 2010 20:30 |
Uruguay |
2 – 3 | Stadium Cape Town, Cape Town Penonton: 62,479 Pengadil: Ravshan Irmatov (Uzbekistan) |
|
|---|---|---|---|---|
| Forlán M. Pereira |
Laporan | Van Bronckhorst Sneijder Robben |
| 7 Julai 2010 20:30 |
Jerman |
0 – 1 | Stadium Moses Mabhida, Durban Penonton: 60,960 Pengadil: Viktor Kassai (Hungary) |
|
|---|---|---|---|---|
| Laporan | Puyol |
Tempat ketiga [sunting]
| 10 Julai 2010 20:30 |
Uruguay |
2 – 3 | Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth Penonton: 36,254 Pengadil: Benito Archundia (Mexico)[53] |
|
|---|---|---|---|---|
| Cavani Forlán |
Laporan | Müller Jansen Khedira |
Akhir [sunting]
Perlawanan akhir diadakan pada 11 Julai 2010 di Soccer City, Johannesburg. Sepanyol menewaskan Belanda 1–0, melalui gol masa tambahan oleh Andrés Iniesta.[54] Kemenangan ini memberikan Sepanyol gelaran Piala Dunia pertama mereka.[55]
| 11 Julai 2010 20:30 |
Belanda |
0 – 1 (s.m.t.) | Soccer City, Johannesburg Penonton: 84,490 Pengadil: Howard Webb (England)[53] |
|
|---|---|---|---|---|
| Laporan | Iniesta |
Rujukan [sunting]
- ↑ "Golden Boot". FIFA. http://www.fifa.com/worldcup/awards/goldenboot/index.html. Capaian 10 Julai 2010.
- ↑ "Host nation of 2010 FIFA World Cup - South Africa". FIFA. 2004-05-15. http://www.fifa.com/en/media/index/0,1369,101476,00.html. Capaian 2006-01-08.
- ↑ "locations 2010 in Google Earth". http://bbs.keyhole.com/ubb/showthreaded.php?Cat=0&Board=EarthSports&Number=944685&fpart=&PHPSESSID=. Capaian 11 July 2007.
- ↑ http://www.fifa.com/worldcup/destination/stadiums/stadium=5007759/index.html
- ↑ 5.0 5.1 "Record prize money on offer at World Cup finals only increases pain for Irish", The Times, 2009-12-04. Dicapai pada 2009-12-09. Diarkibkan drpd. yang asli di 2009-12-09.
- ↑ "World Cup finalists guaranteed at least €6m". Irish Times. 2009-12-04. Diarkibkan dari yang asal on 2009-12-10. http://www.webcitation.org/5lvHPhwRB. Capaian 2009-12-10.
- ↑ "Fifa are adding insult to injury", The Journal, 1 March 2007. Dicapai pada 3 July 2009.
- ↑ "G14 starts legal fight with Fifa", BBC Sport, 2005-09-06. Dicapai pada 2009-12-31. Diarkibkan drpd. yang asli di 2009-12-31.
- ↑ "G-14 football group is disbanded", BBC Sport, 2008-02-15. Dicapai pada 2009-12-31. Diarkibkan drpd. yang asli di 2009-12-31.
- ↑ "Leopard takes World Cup spotlight", BBC Sport, 22 September 2008. Dicapai pada 23 September 2008.
- ↑ "Shakira records official FIFA World Cup 2010 song". Shakira.com. 26 April 2010. http://www.shakira.com/news/title/shakira-records-official-fifa-world-cup-2010-song. Capaian 5 June 2010.
- ↑ "Shakira, Waka waka (This time for Africa)". Musik Infos. http://musikwelt.host-ed.net/shakira-waka-waka-this-time-for-africa. Capaian 5 June 2010.
- ↑ "Meet Jabulani: 2010 World Cup Match Ball", The New York Times, 4 December 2009. Dicapai pada 4 December 2009.
- ↑ "2010 World Cup Jabulani Adidas ball". Shine2010. 4 December 2009. http://www.shine2010.co.za/Community/blogs/goodnews/archive/2009/12/04/official-2010-world-cup-match-ball-jabulani-launched.aspx. Capaian 6 December 2009.
- ↑ "Jabulani Official World Cup Ball Review". Soccer Cleats 101. 13 January 2010. http://www.soccercleats101.com/2010/01/13/jabulani-world-cup-soccer-ball-review/. Capaian 12 January 2010.
- ↑ "adidas Jabulani Official Match Ball of the 2010 FIFA World Cup". http://www.lboro.ac.uk/service/publicity/news-releases/2009/169_adidas-jabulani.html. Capaian 29 January 2010.
- ↑ "adidas unveils 'Jabulani' the Official Match Ball of the 2010 FIFA World CupTM". Dishtracking.com. 2009. http://www.dishtracking.com/newsdetails.php?news_id=OTYw. Capaian 5 June 2010.
- ↑ "Designer defends World Cup ball". ESPN Soccernet. 14 June 2010. http://soccernet.espn.go.com/world-cup/story/_/id/796261/ce/uk/?cc=5901&ver=us. Capaian 14 June 2010.
- ↑ "Julio Cesar calls Jabulani ’supermarket ball’". The Soccer Room. 28 Mei 2010. http://thesoccerroom.com/?p=9013. Capaian 21 June 2010.
- ↑ ball is reason Messi is struggling, says Maradona Mirror Football, 25 June 2010
- ↑ "adidas". Chelsea FC. http://www.chelseafc.com/page/SponsorsAndPartners/0,,10268~1325861,00.html. Capaian 17 June 2010.
- ↑ "Players Dislike Adidas World Cup Ball". Soccer FanHouse. http://soccer.fanhouse.com/2010/05/31/players-dislike-adidas-world-cup-ball/. Capaian 17 June 2010.
- ↑ "Adidas XI vs Nike XI: Which Brand Has the Best Football Team?". The Offside. http://www.theoffside.com/world-football/adidas-xi-vs-nike-xi-which-brand-has-the-best-football-team.html. Capaian 17 June 2010.
- ↑ "Ricardo Kaka Endorsements". Ricardo Kaka. 26 October 2009. http://www.ricardo-kaka.com/information_endorsements.php. Capaian 21 June 2010.
- ↑ "World Cup 2010: South Africa ponders vuvuzela ban", BBC Sport, 13 June 2010. Dicapai pada 13 June 2010.
- ↑ DPA (13 June 2010). "It is impossible to communicate, it’s like being deaf: Messi". The Hindu. http://beta.thehindu.com/sport/football/article454621.ece. Capaian 13 June 2010.
- ↑ AFP (14 Jun 2010). "World Cup organiser mulls vuvuzela ban". Google. http://www.google.com/hostednews/afp/article/ALeqM5ghUbctrzM88GqP_A_qJZppPbhjVw. Capaian 18 Jun 2010.
- ↑ Valenti, Elio. "Buzz off, vuvuzelas!", New York Post, 13 June 2010.
- ↑ Van Buskirk, Eliot (18 June 2010). "Should World Cup Broadcasters Mute Vuvuzela Horns?". Wired.com. Condé Nast Digital. http://www.wired.com/epicenter/2010/06/world-cup-broadcasters-vuvuzela-horns/comment-page-2/. Capaian 22 June 2010.
- ↑ "Organizers consider silencing vuvuzelas". ESPN Soccernet. 14 Jun 2010. http://soccernet.espn.go.com/world-cup/story/_/id/5282269/ce/us/organizers-consider-silencing-vuvuzelas&cc=5901?ver=us. Capaian 14 June 2010.
- ↑ "World Cup boss Danny Jordaan allays security concerns", BBC Sport, 9 January 2010. Dicapai pada 9 January 2010.
- ↑ "Foreigners robbed in South Africa ahead of World Cup". Xinhua News. 11 June 2010. http://news.xinhuanet.com/english2010/world/2010-06/11/c_13344310.htm. Capaian 13 June 2010.
- ↑ "World Cup 2010: Police hunt angry fan who entered England dressing room". The Daily Telegraph. Telegraph Media Group. 19 June 2010. http://www.telegraph.co.uk/sport/football/world-cup-2010/7840048/World-Cup-2010-Police-hunt-angry-fan-who-entered-England-dressing-room.html. Capaian 19 June 2010.
- ↑ "Hallmark Events and Evictions", Worldpress, 7 Februari 2008.
- ↑ David Smith (12 Jun 2009). "World Cup 2010: Football brings defining moment for South Africa". The Guardian. UK. http://www.guardian.co.uk/world/2009/jun/12/south-africa-world-cup-2010. Capaian 5 Jun 2010.
- ↑ Alan CowellWorld Cup Whose Meaning Goes Beyond Soccer New York Times, 28 Disember 2009
- ↑ "'Economic cleansing' in BBC's World Cup backyard, Stewart Maclean", The Independent, 22 Mac 2010. Dicapai pada 5 Jun 2010.
- ↑ Mohammed AllieSouth Africans fight eviction for World Cup car park BBC News 2 Jun 2010
- ↑ 39.0 39.1 Kicked Out for the Cup? Christopher Worth Newsweek, 4 Jun 2010
- ↑ "Shack Dwellers Fight Demolition in S. Africa Court", OneWorld.net, 15 Mei 2009.
- ↑ "Pooh-slinging Slums Act showdown at Con Court", Mail & Guardian Online, 16 Mei 2009.
- ↑ "The Reverse Side of the Medal: About the 2010 FIFA World Cup and the Beautification of the N2 in Cape Town", Urban Forum, Springer Link, 10 February 2009.
- ↑ Smith, David. "Life in 'Tin Can Town' for the South Africans evicted ahead of World Cup", Guardian, 1 April 2010. Dicapai pada 23 April 2010.
- ↑ "Centre on Housing Rights and Evictions ask City to reconsider Symphony Way's eviction to Blikkiesdorp". Pambazuka News. 8 October 2009. http://www.pambazuka.org/en/category/socialmovements/59332.
- ↑ Brooks, Courtney (3 December 2009). "Homeless S. Africans complain ahead of World Cup". Fox News. Associated Press. http://www.foxnews.com/printer_friendly_wires/2009Dec03/0,4675,SOCWCupCapeTownCleanup,00.html. Capaian 25 June 2010.
- ↑ "Boks' France Test moved?", SAPA, 30 November 2009. Dicapai pada 19 Mac 2010.
- ↑ "Kulula to continue with World Cup ad campaign", SAPA, 19 Mac 2010. Dicapai pada 19 Mac 2010.
- ↑ "Hear Us Roar: 2010 World Cup Broadcast Rights", "REACH" by the Singapore Government's Ministry of Community Development, Youth and Sports (MCYS), 6 Mei 2008. Dicapai pada 12 Mei 2010.
- ↑ "Empty seats concern FIFA but attendances stay high", Reuters Africa, 15 June 2010.
- ↑ "Referees". FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. http://www.fifa.com/worldcup/referees/index.html. Capaian 11 February 2010.
- ↑ "Fifa World Cup South Africa 2010 Regulations – Article 39.5" (PDF). FIFA. July 2007. http://www.fifa.com/mm/document/tournament/competition/fifa_wc_south_africa_2010_regulations_en_14123.pdf.
- ↑ 2010 FIFA World Cup South Africa™ FIFA, 2010.
- ↑ 53.0 53.1 "Referee designations: matches 63 – 64", FIFA.com, Fédération Internationale de Football Association, 8 Julai 2010. Dicapai pada 8 Julai 2010.
- ↑ Jonathan Stevenson. "Netherlands 0–1 Spain", BBC Sport, British Broadcasting Corporation, 11 Julai 2010. Dicapai pada 11 Julai 2010.
- ↑ James Dall. "World domination for Spain", Sky Sports, BSkyB, 11 Julai 2010. Dicapai pada 11 Julai 2010.
Pautan luar [sunting]
- Laman rasmi FIFA.com 2010
- International Marketing Council of South Africa 2010
- Laman rasmi negara tuan rumah 2010
- Pengundian awal
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|||||||||||
