Nick Matthew

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nick Matthew

Nick Matthew (lahir 25 Julai 1980, di Sheffield, United Kingdom) ialah seorang pemain skuasy profesional dari England yang memenangi Terbuka British pada tahun 2006.

Matthew merupakan juara bawah-19 tahun Terbuka British tahun 1999, berjaya mencecah peringkat separuh akhir di Kejohanan Skuasy Remaja Dunia pada tahun 1998, ahli pasukan England yang memenangi gelaran pasukan remaja dunia pada tahun 1998 dan kapten pasukan England ketika memenangi Kejohanan Berpasukan Remaja Eropah 1999.

Matthew adalah ahli pasukan England yang memenangi Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2005.

Pada tahun 2006, Matthew menjadi pemain England pertama untuk menjadi juara lelaki Terbuka British sejak kali terakhir gelaran itu dimenangi England pada tahun 1939. Dalam perlawanan akhir, menentang Thierry Lincou dari Perancis, dia menang 11-8, 5-11, 11-4, 9-11, 11-6.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]