Nihon Shoki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sehelai mukasurat salinan Nihon Shoki, awal Zaman Heian

Nihon Shoki (日本書紀?, "Riwayat Jepun") ialah buku sejarah klasik Jepun kedua tertua, yang lebih terperinci dan panjang lebar daripada buku sejarah tertua, iaitu Kojiki, apalagi terbukti sebagai alat penting untuk kegunaan sejarawan dan ahli arkeologi kerana merangkumi catatan bersejarah Jepun kuno terlengkap yang pernah wujud. Nihon Shoki siap dihimpun pada tahun 720 di bawah seliaan penyunting Putera Toneri dengan bantuan Ō no Yasumaro[1]. Buku ini juga dikenali sebagai Nihongi (日本紀?).

Seperti dengan Kojiki, Nihon Shoki bermula dengan serantaian kisah mitos, tetapi diteruskn dengan catatan sampai peristiwa-peristiwa abad ke-8. Ia dipercayai mencatat zaman pemerintahan Maharaja Tenji, Maharaja Temmu dan Maharani Jitō setepat-tepatnya. Nihon Shoki bertumpukan kemurnian pemerintah yang mulia serta kesalahan pemerintah yang jahat. Ia menghuraikan episod-episod zaman mitos dan hubungan diplomatik dengan bangsa-bangsa lain. Nihon Shoki ditulis dalam bahasa Cina Klasik, seperti yang lazimnya bagi persuratan rasmi ketika itu. Berbeza pula dengan Kojiki yang ditulis dalam gabungan bahasa Cina dan transkripsi fonetik untuk bahasa Jepun (khususnya untuk nama dan lagu). Nihon Shoki juga mengandungi berbilang catatan alih huruf yang membimbing pembacanya mengenai sebutan setiap perkataan dalam bahasa Jepun. Secara kolektif, kisah-kisah dalam buku ini dan Kojiki dikenali sebagai kisah Kiki.[2]

Antara kisah yang terawal muncul dalam Nihon Shoki ialah cerita Urashima Tarō, yang dikenali pasti sebagai contoh kisah perentasan masa yang terawal.[3]

Bab[sunting | sunting sumber]

Entri Nihon Shoki pada 15 April 683 M (tahun ke-12 Tenmu), memandatkan penggunaan syiling tembaga, antara penyebutan matawang Jepun yang terawal. Dipetik dari edisi abad ke-11.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Nihongi: Chronicles of Japan from the Earliest Times to A.D. 697, diterjemah dari bahasa Cina dan Jepun oleh William George Aston. ms. xv (Introduction). Tuttle Publishing. Tra edition (Julai 2005). Edisi pertama terbitan 1972. ISBN 978-0-8048-3674-6
  2. [1]
  3. Yorke, Christopher (February 2006), "Malchronia: Cryonics and Bionics as Primitive Weapons in the War on Time", Journal of Evolution and Technology 15 (1): 73–85, diperolehi pada 2009-08-29 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]