Nombor genap dan ganjil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam bidang matematik, nombor genap ialah integer yang boleh dibahagi dengan 2, manakala nombor ganjil ialah integer yang tidak boleh dibahagi dengan 2. Contoh-contoh nombor genap ialah −4, 8, 0, dan 22, manakala contoh-contoh nombor ganjil ialah −5, 9, 3, dan 151.

Secara formal, set nombor genap diberi

\text{Genap} = \{2k : k \in \mathbb{Z}\},

dan set nombor ganjil diberi

\text{Ganjil} = \{2k + 1 : k \in \mathbb{Z}\}.