Noron (puak politik Korea)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Noron (Hangul노론; Hanja老論; RRnoron; Jawi: نورون) ialah puak politik Dinasti Joseon di Korea.[1] Mereka terdiri daripada penyokong Song Siyeol setelah perpecahan orang Barat. Noron mengalami kemunduran selepas kematian Kim Seok-ju pada tahun 1684 dan hukuman mati ke atas Song pada tahun 1689. Pada tahun 1701, Permaisuri Inhyeon, yang menyebelahi Noron, mangkat. Mereka kemudian disebelahi oleh Raja Yeongjo, yang naik takhta pada tahun 1724.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "노론(老論) - 한국민족문화대백과사전" [Noron - Encyclopedia of Korean Culture]. encykorea.aks.ac.kr (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2018-06-09.