Objek Messier

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Objek Messier ialah set objek astronomi yang pertama kali disenaraikan oleh ahli astronomi Perancis, Charles Messier dalam "Catalogue des Nébuleuses et des Amas d'Étoiles" (bahasa Inggeris: Katalog Nebula dan Kelompok Bintang) termasuklah dalam Connaissance des Temps untuk 1774 (diterbitkan pada 1771). Tujuan asal Messier ialah untuk mencari komet, tetapi dikecewakan oleh objek yang serupa tetapi bukan komet. Oleh itu, dia menyusun senarai objek.[1]

Edisi pertama meliputi 45 objek-objek bernombor M1 ke M45. Jumlah senarai terdiri daripada 110 objek-objek, dari M1 ke M110. M102 tidak ditemui secara positif; calon-calon ialah galaksi-galaksi M101 dan NGC 5866.

Katalog Messier yang terakhir yang termasuk dalam Connaissance des Temps untuk 1784 (diterbitkan pada 1781). Kebanyakan objek-objek ini yang masih dikenali dengan nombor Messier mereka.[2]

Kerana Messier telah hidup dan menyiapkan kerja astronomi di Perancis, senarai tersebut mengandungi objek dari kutub cakerawala utara ke latitud cakerawala –35°. Banyak objek selatan, seperti, Awan Magellan yang dikecualikan dari senarai itu. Kerana semua objek Messier yang mudah dilihat teleskop kecil, mereka adalah objek yang popular untuk ahli-ahli astronomi. Pada musim bunga, ahli astronomi menyertai untuk "Maraton Messier", dengan semua objek-objek yang boleh dilihat pada seluruh malam.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "SEDS Messier Database". THE MESSIER CATALOG. Dicapai pada 2007-11-10.
  2. ^ "Original Messier Catalog of 1781". Original Messier Catalog of 1781. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-29. Dicapai pada 2007-11-10.
  3. ^ "The Messier Marathon". THE MESSIER MARATHON. Diarkibkan daripada yang asal pada 1999-02-18. Dicapai pada 2007-11-10.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]