Obuch

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kepala obuch (dengan peparuh yang digulung)

Obuch (disebut [o.bukh]), obuszek (disebut [o.bu.syék]) atau obuszysko (disebut [o.bu.syis.ko]) ialah sejenis senjata tangan sangat mirip dengan beliung penunggang kuda (Poland: nadziak disebut [na.jiak]) yang dipunyai dalam kalangan masyarakat Poland namun dengan perbezaan utama iaitu bentuk tergulung di sisi bertentangan mata obuch yang dikenali sebagai peparuh.[1] Di Poland, adalah menjadi satu kebiasaan untuk membezakan jenis senjata ini dengan jenis matanya: jika ia mempunyai peparuh tajam dan tegak lurus, ia merupakan sejenis beliung penunggang kuda; jika peparuhnya melengkung ke bawah, ia merupakan sejenis obuch; jika ia mempunyai kepala kapak, maka itu ialah sejenis czekan.[1] Lazimnya terdapat kepala tukul di sisi bertentangan matanya.

Senjata ini mula dikembangkan dan digunakan dari abad ke-16 hingga ke-18 oleh golongan bangsawan atau Szlachta. Lazimnya ia mempunyai batang sepanjang 80-100 cm dan dibawa seperti tongkat, sering diikat dengan baldu dan benang emas.[2] Pemakaian senjata ini sangat dibiasakan bagi golongan bangsawan tersebut sehingga tercermin dalam bahasa mereka seperti pepatah "obuch serasi pedang sepertimana cadar serasi katil" (Poland: Bez karabeli ani z pościeli, bez obuszka ani od łóżka). Ia sering digunakan sebagai senjata sekunder bersama pedang karabela.

Ia merupakan satu senjata yang sering digunakan dalam perlawanan. Ia dikatakan lebih selamat berbanding beliung penunggang kuda, namun perbezaannya tidak besar, oleh sebab itu dilarang membawa senjata sebegini ke sejmik-sejmik (dewan perhimpunan wilayah) dan juga ke beberapa gereja.[2]

Kebudayaan suka ramai[sunting | sunting sumber]

  • Obuch merupakan senjata yang digunakan oleh salah satu unit bagi tamadun orang Poland di dalam permainan Age of Empires II.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "War Hammers - Nadziak, Czekan and Obuch". Polish Renaissance Warfare.
  2. ^ a b Żygulski (junior), Zdzisław (1982). Broń w dawnej Polsce na tle uzbrojenia Europy i Bliskiego Wschodu (dalam bahasa Poland). Państwowe Wydawnictwo Naukowe. Text "ISBN 83-01-02512-8" ignored (bantuan)
  3. ^ "AVAILABLE NOW – Age of Empires II: Definitive Edition – Dawn of the Dukes!". Age of Empires.