Olahraga pada Sukan Olimpik Beijing 2008

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Athletics 2008.png

Acara olahraga di Olimpik Beijing 2008 akan diadakan dari 15 hingga 25 Ogos. Ia akan diadakan di Stadium Nasional Beijing.

Acara[sunting | sunting sumber]

Olahraga dalam Sukan Olimpik dibahagikan kepada empat set acara: acara balapan, acara padang, acara gabungan dan acara jalan.

Acara balapan[sunting | sunting sumber]

Acara balapan Olimpik kali ini sama seperti yang sebelumnya, terdiri dari lari pecut (100 m, 200 m, 400 m), lari jarak sederhana (800 m dan 1500 m) dan lari jarak jauh (5000 m dan 10,000 m). Acara berhalangan pula termasuklah lari lompat pagar (100 m dan 400 m untuk wanita, 110 m dan 400 m untuk lelaki), lari berganti-ganti (4 x 100 m dan 4 x 400 m) dan lari jauh berhalang 3000 m.

Acara padang[sunting | sunting sumber]

Acara padang termasuklah lompat jauh, lompat kijang, lompat tinggi, lompat galah, lempar cakera, lontar peluru, rejam lembing dan baling tukul besi untuk lelaki dan wanita.

Acara gabungan[sunting | sunting sumber]

Acara gabungan termasuklah dekatlon untuk lelaki dan heptatlon untuk wanita. Setiap pertandingan akan mengambil masa dua hari. Heptatlon wanita menggabungkan lari berhalangan 100 m, lompat tinggi, lontar peluru, 200 m, lompat jauh, rejam lembing dan 800 m. Dekatlon lelaki pula menggabungkan 100 m, lompat jauh, lempar peluru, lompat tinggi, 400 m, lari berhalangan 110 m, lempar cakera, lompat galah, rejam lembing dan 1500 m.

Acara jalan[sunting | sunting sumber]

Acara jalan olahraga terdiri dari maraton dan jalan kaki 20 km untuk lelaki dan wanita. Selain itu, terdapat juga perlumbaan jalan kaki 50 km.

Kelayakan[sunting | sunting sumber]

Acara Lelaki A Lelaki B Wanita A Wanita B
Lari pecut 100 meter 00:10.21 00:10.28 00:11.32 00:11.42
Lari pecut 200 meter 00:20.59 00:20.75 00:23.00 00:23.20
Lari pecut 400 meter 00:45.55 00:45.95 00:51.55 00:52.35
Lari 800 meter 01:46.00 01:47.60 02:00.00 02:01.30
Lari 1500 meter 03:36.60 03:39.00 04:07.00 04:08.00
Lari 5000 meter 13:21.50 13:28.00 15:09.00 15:24.00
Lari 10000 meter 27:50.00 28:10.00 31:45.00 32:20.00
Lari lompat pagar 100 m - - 00:12.96 00:13.11
Lari lompat pagar 110 m 00:13.55 00:13.72 - -
Lari lompat pagar 400m 00:49.20 00:49.50 00:55.60 00:56.50
Lari jauh berhalang 3,000m 08:24.60 08:32.00 09:46.00 09:55.00
Lompat tinggi 2.30 m 2.27 m 1.95 m 1.91 m
Lompat galah 5.70 m 5.55 m 4.45 m 4.30 m
Lompat jauh 8.20 m 8.05 m 6.72 m 6.60 m
Lompat kijang 17.10 m 16.80 m 14.20 m 14.00 m
Lontar peluru 20.30 m 19.80 m 18.35 m 17.20 m
Lempar cakera 64.50 m 62.50 m 61.00 m 59.00 m
Baling tukul besi 78.50 m 74.00 m 69.50 m 67.00 m
Rejam lembing 81.80 m 77.80 m 60.50 m 56.00 m
Heptatlon - - 6,000 mata 5,800 mata
Dekatlon 8,000 mata 7,700 mata - -
Lumba jalan kaki 20km 01:23:00 01:24:30 01:33.30 01:38.00
Lumba jalan kaki 50km 04:00:00 04:07:00 - -
Maraton 02:15:00 02:18:00 02:37.00 02:42.00