Rencana ini mengenai pelakon wanita Amerika Syarikat yang nama keluarga asalnya ialah Cockburn. Untuk pelakon wanita England yang dilahirkan sebagai Olivia Wilde, sila lihat Olivia Cooke.
Olivia Wilde (lahir Olivia Jane Cockburn; 10 Mac 1984),[1] ialah seorang pelakon, penerbit, pengarah, dan aktivis Amerika Syarikat. Beliau terkenal dengan peranannya sebagai Remy "Thirteen" Hadley dalam siri drama televisyen-perubatan House (2007-2012),[2] dan peranannya dalam filem Conversations with Other Women (2005), Alpha Dog (2007), Tron: Legacy (2010), Cowboys & Aliens (2011), Butter (2011), Drinking Buddies (2013), The Incredible Burt Wonderstone (2013), Rush (2013), The Lazarus Effect (2015), Love the Coopers (2015), dan Meadowland (2015).[3] Pada tahun 2017, Wilde membuat penampilannya di Broadway, melakonkan peranan Julia dalam 1984. Pada tahun 2019, beliau mengarahkan filem pertamanya, komedi remaja Booksmart.