Omar Mukhtar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Omar Mukhtar
Omar Mukhtar 13.jpg
Kelahiran 20 Ogos 1858
Janzour
Meninggal dunia 16 September 1931
Suluq, Libya
Pekerjaan Guru Al-Quran
Agama Islam Sunni

Omar Mukhtar (ataupun Omar Al-Mukhtar) dari Mnifa merupakan pemimpin pergerakan penentang terhadap penjajahan Itali di Libya pada 1920-an dan 1930-an. Beliau dihukum bunuh pada tahun 1931. Tahun-tahun terakhirnya diabadikan dalam filem The Lion of the Desert (1981),arahan Mustapha Akkad.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Omar Al-Mukhtar telah dilahirkan di timur Cyrenaica, daerah Butnan di kampung Janzour yang terletak di timur Tobruq, di Wilayah Tripolitania milik Empayar Uthmaniyyah. Beliau menjadi yatim piatu pada usia yang sangat muda dan diambil menjadi anak angkat oleh Sharif al-Ghariani. Beliau mendapat pendidikan awal di masjid tempatan dan kemudian belajar selama lapan tahun di Universiti Senussi di Jaghbub, yang juga merupakan markas Gerakan Senussi. Pada 1899, beliau dihantar dengan ahli Senussi yang lain untuk membantu Rabih az-Zubair dalam penentangan melawan Perancia di Chad.