Omid (satelit)
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Omid (Bahasa Parsi: امید, bererti "Harapan")[1] ialah satelit buatan sendiri Iran yang pertama.[2] Digambarkan sebagai satelit "pemprosesan data" untuk penyelidikan dan telekomunikasi, televisyen negara Iran melaporkan yang ia berjaya dilancarkan pada 2 Februari 2009.[2][3] Selepas dilancarkan oleh roket pelancar Safir 2, juga buatan sendiri, satelit tersebut diletakkan di dalam orbit rendah Bumi. Pelancaran ini bersempena ulang tahun ke-30 Revolusi Iran.[2]
Omid ialah satelit kedua Iran di dalam orbit. Satelit pertamanya, Sinah-1, dibina dan dilancarkan untuk Iran oleh Rusia pada 2005.[4][5]
Rujukan [sunting]
- ↑ "Iran launches first space research center". individual.com. 4 Februari 2008. http://www.individual.com/story.php?story=77178693. Capaian 2008-02-04.
- ↑ 2.0 2.1 2.2 Fredrik Dahl and Edmund Blair. "Iran launches first home-made satellite: state TV", Reuters, 3 Februari 2009. Dicapai pada 3 Feb 2009.
- ↑ "Iran puts Omid data-processing satellite into orbit". IRNA. 3 Februari 2009. http://www5.irna.ir/En/View/FullStory/?NewsId=335409&IdLanguage=3. Capaian 2009-02-03.
- ↑ USA Today - Iran space rocket successfully transmits data, 17 Februari 2008.
- ↑ "First Iranian satellite launched", BBC, 27 Oktober 2005. Dicapai pada 2008-08-17. (Inggeris)