Ops pekerja asing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ops pekerja asing ialah satu operasi yang dilancarkan oleh Kementerian Dalam Negeri Malaysia mulai 23 Mac 2010. Pemeriksaan bersepadu akan dijalankan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Beberapa langkah telah dikenalpasti dalam Mesyuarat Agenda Pengurusan Warga Asing Merangkumi Isu Pemerdagangan Orang di Parlimen pada 17 Mac 2010. Selain agensi terlibat, turut hadir ialah Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam.

Statistik pekerja asing di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Rekod rasmi KDN mendapati terdapat seramai 1.8 juta orang dan mereka bekerja dalam beberapa sektor antaranya pembinaan, perladangan, pembuatan dan restoran.

Kajian mendapati beberapa sektor akan lumpuh jika khidmat pekerja asing ditamatkan. Sektor yang amat bergantung kepada pekerja asing sedang dikenalpasti.

Seramai 26.1 juta rakyat asing datang ke Malaysia dan ini termasuklah pelancong, pelajar dan pekerja asing. 23.7 juta adalah pelancong manakala selebihnya adalah di kalangan diplomat, pelajar dan pekerja asing. Padsa 2008, RM12.2 bilion wang keluar dari Malaysia oleh pekerja asing di Malaysia

Matlamat[sunting | sunting sumber]

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan tujuannya ialah memastikan majikan menjaga kebajikan pekerja asing antaranya dari aspek pembayaran gaji, tempat tinggal, kesihatan dan persekitaran tempat kerja. Selain itu mengesan aktiviti pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia.[1]

Semua majikan hendaklah sentiasa mematuhi standard-standard perburuhan dan langkah-langkah perlindungan yang ditetapkan di bawah dasar serta undang-undang buruh negara.

Langkah pentadbiran[sunting | sunting sumber]

  1. Makmal Pengurusan Warga Asing dimulakan pada 23 Mac - 23 April melibatkan 14 kementerian, 11 jabatan dan agensi.33 organisasi dan pertubuhan diundang untuk menyertai makmal ini sebagai syndication partner. Ia akan membincangkan isu, mencari strategi penambahbaikan serta memperhalusi tanggungjawab masing-masing secara lebih sistematik, tersusun dan berkesan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]