Orienteering

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Orienteering ialah sejenis sukan rekreasi yang menggunakan peta dan kompas. Sukan ini mirip kepada permainan mencari harta karun. Kemahiran menggunakan kompas adalah asas yang perlu dikuasai oleh peserta. Peralatan lain yang digunakan ialah penanda, kad kawalan, dan kad perakam.

Dalam pertandingan ini, peserta dikehendaki mencari beberapa titik kawalan yang diletakkan di sesuatu kawasan tertentu. Peserta yang menemui semua titik kawalan dan sampai di garisan penamat dalam masa yang paling singkat dikira sebagai pemenang.