Kompas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Diagram kompas pelaut Dinasti Ming
jarum kompas berayun pada pangsi dalam salinan 'Epistola de magnete' Peter Peregrinus (1269)
Mata angin kompas kelasi pandu arah
Kompas lensa berasaskan cecair

Kompas atau kompas pelaut ialah alat bantuan ahli pelayaran untuk mendapatkan arah sebenar di muka bumi. Kompas adalah alat paling tepat untuk memunjukkan arah di muka bumi. Sejarawan mendapati kompas mula dicipta oleh China pada abad ke-11 dan hanya digunakan oleh ahli pelayaran Eropah pada 1300 Masihi.

Kompas mengandungi anak panah yang dibuat daripada jarum besi bermagnet yang berdasarkan medan magnet di bumi. Empat arah utama kompas ialah Utara, Selatan, Timur dan Barat.

Secara teknik, kompas dibuat daripada sebatang jarum untuk menunjukkan arah utara magnet berdasarkan sebuah planet magnetosfera. Jarum yang bebas akan dengan sendiri menunjukkan arah Utara dan peta mestilah dikoordinasikan dengan kompas tersebut.

Selain kompas pelaut, kompas lain ialah kompas gegasing dan kompas falak untuk menentukan utara benar. Kompas kiblat pula diubahsuai untuk menunjuk ke arah Makkah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum adanya kompas, arah di muka bumi ditentukan oleh badan-badan suci / agama. Pelaut dan ahli pelayaran menggunakan sistem bunyi yang didengar dari dasar laut terutama desiran ombak. Malangnya bukan mudah mengecam desiran ombak laut dalam kerana kedalaman yang amat berbeza atau terlalu dalam. Masalah di laut ini ditambah oleh kabus yang berterusan dan keadaan cuaca yang tidak menentu sepanjang masa. Contohnya ahli pelayaran Arab bergantung kepada langit yang cerah di Teluk Farsi dan di Lautan Hindi. Mereka menggunakan sistem bintang atau buruj (astronomi) untuk menentukan arah.

Kelasi kapal di laut cetek seperti di Laut Baltik banyak bergantung kepada sistem bunyi dasar laut. Orang Yunani purba pula telah mencipta astrolab yang kemudian diperbaiki oleh ahli sains Islam untuk memudahkan pelayaran.

Mesoamerika[sunting | sunting sumber]

Penemuan artifak Olmec hematite oleh John Carlson di Amerika menunjukkan alat ini telah digunakan seawal 1000 tahun masehi. Olmec boleh digunakan berpandukan kepada objek hidup atau objek-objek mati.

Jarum dan mangkuk[sunting | sunting sumber]

Alat asas sebuah kompas ialah sebatang jarum, mangkuk, air dan sehelai kain / sutera yang boleh terapung di atas air. Jarum itu hendaklah digeser-geserkan terlebh dahulu pada mana-mana besi seperti pada pedang supaya besi jarum itu mempunyai medan magnet. Alat ini telah digunakan di seluruh dunia sebagai sebuah kompas hinggalah terciptanya 'kotak kompas' sekitar 1300 masehi.

China[sunting | sunting sumber]

Sejarawan British Joseph Needham menyatakan kompas mula-mula sekali dicipta oleh orang China purba berdasarkan beberapa artifak dan manuskrip yang telah ditemui di sana.

  • Sastera kuno China telah mencatatkan tentang magnetisme pada abad ke-4 Masihi dalam buku Book of the Devil Valley Master yang menyebut tentang sebatang besi magnet yang menolak dan menarik besi-besi lain.
  • Sebatang jarum bermagnet mula disebut oleh China sebagai Louen-heng pada 20 atau 100 ad. Antara catatannya ialah 'seketul magnet telah menarik dan menolak sebatang jarum'. Sarjana Wang Tchen-touo pula mencatatkan kompas mula dibina menggunakan sudu sahaja.
  • Kompas dicatat sebagai alat untuk mencari arah telah dirakam semasa zaman Dinasti Song pada 1040-44 Masihi. 'Sebatang besi yang selatannya menunjukkan arah kawasan menangkap ikan'. Besi ini diletakkan di permukaan air dalam sebuah mangkuk. Besi itu hendaklah boleh terapung dengan meletakkan kain sutera. Tentera yang tenggelam punca pada waktu malam atau cuaca mendung, mereka telah menggunakan besi 'selatan ke arah kenderaan' atau 'selatan ke arah ikan'.
  • Catatan sastera kuno China Dinasti Song bertajuk 'Kumpulan Karangan Mimpi' pada 1086 Masihi oleh Shen Kuo menyatakan sebatang jarum boleh menunjukkan arah selatan dan arah utara.
  • Kompas sebagai alat pelayaran telah diceritakan oleh Zhu Yu dalam buku 'Meja Perbincangan Pingzhou' pada 1111 hingga 1117 Masihi. Antara lain dicatatkan ahli pelayaran mengetahui keadaan geografi, meneliti tentang bintang-bintang pada waktu malam, tetapi jika waktu malam pekat tanpa bintang, mereka menggunakan jarum kompas.

Pembaharuan kompas di China[sunting | sunting sumber]

  • Ciptaan kompas semakin dimajukan oleh ahli pelayaran China. Arah kompas menjadi 48 arah. Buku 'Kastam Kemboja' pada 1296 mencatatkan seorang diplomat China bernama Zhou Daguan yang belayar dari Wenzhou ke Angkor Thom di Kemboja. Dia telah menggunakan arah jarum kompas 'ding wei'. Arah ding wei bermaksud 22.5 darjah. Selepas tiba di Baria, dia beralih pula ke arah 'kun shen' yang bersamaan 52.5 darjah.
  • Peta pelayaran Zheng Dia atau Pemetaan Mao Kun mengandungi maklumat tentang arah perjalanan yang dilalui oleh Laksamana Zheng He ke Asia Tenggara dan lain-lain.

Beberapa persoalan[sunting | sunting sumber]

Ada perdebatan tentang kompas ciptaan China ini. Ini termasuklah tentang :

  • Penggunaan kompas semasa perjalanan dari China ke Timur Tengah melalui Laluan Sutera dan kemudian sampai ke Eropah.
  • Penggunaan kompas China di Eropah dan dari Eropah ke Timur Tengah.
  • Pembaharuan kompas di Eropah dan kemudian digunakan digunakan di Timur Tengah.

Perbezaan[sunting | sunting sumber]

  • Jarum kompas ciptaan orang Eropah sentiasa menunjuk ke arah utara. Jarum kompas ciptaan China sentiasa menunjuk ke arah selatan. Sebenarnya konsep asas utara dan selatan adalah sama. Jarum kompas adalah sebatang jarum besi bermagnet yang mempunyai dua hujung, satu ke arah selatan dan satu lagi ke arah utara.