Padang Keria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Padang Keria merupakan sebuah kawasan perkampungan yang terletak di bawah mukim Sanglang, Perlis Indera Kayangan. Majoriti penduduknya berbangsa Melayu. Walaupun berdekatan dengan laut, namun aktiviti penanaman padi adalah kegiatan ekonomi utama penduduknya.

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Merupakan sebuah kampung (alor) yang dipenuhi dengan pokok gelam dan nipah. Namun kawasan ini amat sesuai dijadikan sawah padi. Justeru itu, ramailah petani yang rajin berusaha memugar (alor) ini secara tradisional dengan menggunakan kudrat manusia dan haiwan seperti kerbau dan lembu. Disebabkan kerajinan para petani, akhirnya usaha mereka untuk menjadikan (alor) sebagai sawah padi tercapai. Petani mula menanam padi secara tradisional sekali setahun dan membina penempatan di sini.

Asal Usul Nama[sunting | sunting sumber]

Asal usul Padang Keria diambil menerusi satu peristiwa yang berlaku kepada penduduk kampung berkenaan suatu ketika dahulu. Spesis burung yang bernama "keria" telah merosakkan tanaman padi penduduk kampung pada ketika itu. Burung "keria" memijak pokok padi kerana mahu mencari makanan seperti ikan, ketam dan siput. Penduduk kampung telah mencari jalan penyelesaian dengan membuat perangkap dan mengusir burung berkenaan keluar dari kampung ini yang kaya dengan hasil tanaman padi. Burung ini tidak dibunuh, tetapi diusir dengan meletakkan juga orang-orang, melagakan tin untuk menggejutkan burung bagi menggelakkan daripada memijak padi. Setelah berjaya menghalau burung "keria", barulah tanaman padi penduduk kampung membuahkan hasilnya sehingga menjadi kuning keemasan. Lantaran itu, penduduk kampung telah bersepakat menamakan kampung ini dengan nama Padang Keria sempena keluasan sawah padi dan nama burung keria yang nama sainsnya ialah Grus antigone.

Namun begitu, terdapat satu lagi spesis burung keria yang dikenali sebagai burung keria mahkota. Spesis ini mempunyai jambul atau lebih tepat disebut mahkota di kepalanya. Burung ini juga hampir pupus dan kini boleh dilihat di zoo seperti Zoo Taiping.


Ekonomi Utama

Menjadi tradisi turun temurun penduduk kampung menjalankan aktiviti menanam padi. Aktiviti tanaman pokok padi ini dijalankan secara gotong-royong oleh penduduk kampung sejak sebelum Perang Dunia Pertama lagi. Penduduk kampung pada ketika itu, hidup secara bermuafakat dan saling bantu-membantu dalam apa jua hal seharian. Padi dulunya ianya diusahakan dengan menggunakan kudrat manusia. Petani-petani dari Selatan Thailand iaitu Pattani telah dipinjamkan untuk bekerja di sini. Manakala kerbau menjadi jentera pembajak yang sangat penting. Tanaman ini diusahan sekali setahun pada mulanya dan dua kali setahun apabila air sudah mencukupi. Padang Keria juga terkenal dengan tanaman mempelam Sala yang ditanam secara projek atau secara bersahaja. Namun begitu, ianya sedikit sebanyak dapat membantu menambah pendapatan penduduk kampung. Nama Padang Keria juga masyhur dengan buah mempelam sala yang banyak. Pada ketika ini, banyak terbinanya rumah burung atau sarang burung walik yang berpotensi untuk dijual dengan harganya yang lumayan memandangkan disini merupakan tumpuan burung walik.

Aktiviti Lain

Selain bekerja dalam perkhidmatan kerajaan dan swasta, ada juga penduduk kampung ini yang menjalankan perniagaan seperti membuka syarikat sendiri atau sebagainya. Memandangkan Padang Keria bedekatan dengan laut (sebelah barat), ada juga penduduk kampung yang menjalankan pekerjaan sebagai nelayan. Padang Keria terkenal dengan ikan darat dan ikan laut. Sebab itulah ramai orang dari luar berkunjung ke sini untuk memancing ikan samaada darat mahupun laut.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Jalan Padang Keria[sunting | sunting sumber]

Jalan utama sepanjang 3 KM yang dikenali sebagai Jalan Padang Keria (R163) menghubungkan Sungai Padang (utara) dan Simpang Sanglang (selatan). Jalan ini dibina sekitar tahun 1960-an. Dianggarkan kos pembinaan adalah berjumlah sebanyak RM 163 ribu pada ketika itu. Selain itu juga terdapatnya jalan raya disebelah barat iaitu ditepi laut yang dikenali sebagai Jalan Persisir Pantai Kuala Perlis - Kuala Sanglang (R152). Jalan ini melintasi pantai Padang Keria yang menghubungkan Kuala Perlis di sebelah utara dan Kuala Sanglang di sebelah selatan. Manakala Jalan Permatang Bongor yang terputus kerana dibuat separuh sahaja suatu ketika dahulu telah disambung sepenuhnya dengan dikenali sebagai Jalan Permatang Bongor - Padang keria (R134). Malah disambung lagi hingga bertemu ke Jalan Persisir Pantai Kuala Perlis - Kuala Sanglang.

Masjid Darus Salam[sunting | sunting sumber]

Menjadi rumah ibadat kepada penduduk Islam kariah ini. Kebanyakkan penduduk kampung terdiri daripada 99 peratus orang Melayu beragama Islam. Masjid Darus Salam kini sudah mempunyai tapak bagi pembinaan masajid baharu yang ianya dibeli menerusi wakaf oleh anak kariah dan umum.

Sekolah Kebangsaan Padang Keria[sunting | sunting sumber]

Dibina pada tahun 1951 di sebuah tapak (Tanah Perkuburan Islam Sekarang) yang hanya boleh menempatkan bilangan murid yang sedikit sahaja. Oleh kerana minat yang mendalam mengenai pendidikan, pada tahun 1963 kerajaan telah membina sebuah sekolah tetap kepada penduduk di sini. Kini SK Padang Keria berdiri teguh dengan pembinaan beberapa blok lagi bangunan 4 tingkat. SK Padang Keria menjadi nadi utama pendidikan masyarakat. Disilah lahirnya tokoh-tokoh pelbagai bidang yang telah menabur jasa dan bakti mereka kepada agama, bangsa dan negara.

Dewan Padang Keria[sunting | sunting sumber]

Dewan ini dibina bagi memudahkan penduduk kampung menjalankan aktiviti kemasyarakatan.

Tanah Perkuburan Islam Padang Keria[sunting | sunting sumber]

Telah dibina sejak perpuluh tahun dahulu lagi. Terletak bersebelahan SK Padang Keria dari arah belakang. Di tanah perkuburan ini juga terletaknya tapak masjid dan sekolah lama. Tanah Perkuburan ini digunakan untuk pengekebumian para syuhada dan syahid Islam (InsyaALLAH) terutamannya untuk anak khariah. AL FATIHAH