Perlis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Flag of Malaysia.svg
Negeri-negeri di Malaysia
نڬري٢ د مليسيا
ڤرليس ايندرا كايڠن
Perlis Indera Kayangan
Bendera Perlis Lambang Perlis
Bendera Lambang
Lagu negeri: Amin amin ya Rabaljalil
Lokasi Perlis
Ibu negeri Kangar
Bandar diraja Arau
Parti memerintah Barisan Nasional.png Barisan Nasional-UMNO
 - Raja Tuanku Syed Sirajuddin
 - Menteri Besar Azlan Man
Keluasan
 - Jumlah 810 km²
Populasi
 - 2010 census 231,541 [1]
 - Kepadatan 282/km²
Kod panggilan kebangsaan 04
Poskod kebangsaan 01xxx
Huruf pertama plat kenderaan R
Laman sesawang: www.perlis.gov.my

Negeri Perlis Indera Kayangan (atau Perlis Darul Sunnah) merupakan negeri yang terkecil di Malaysia. Ia terletak di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Provinsi Satun dan Songkhla, Thailand di sebelah utara, dan Kedah di sebelah selatan. Perlis pernah dipanggil Palit (Bahasa Thai: ปะลิส) dalam masyarakat Siam ketika Perlis pernah berada dibawah pengaruh Siam dahulu. Lihat peta lokasi di Google Maps. Perlis menjadi sebuah negeri yang berdaulat pada 20 Mei 1843 apabila Siam melantik Syed Hussain Jamalullail sebagai Raja Perlis. Bermula dari tarikh itu, Perlis yang asalnya sebuah daerah jajahan Kedah bertukar menjadi sebuah negeri naungan yang berdaulat.

Pada tahun 2000, jumlah penduduknya dianggarkan seramai 198,335 orang. Pembahagian etnik: Melayu (166,200 atau 78%), Cina (24,000 atau 17%), India (3,700), lain-lain (5,400), bumiputera lain (600).

Geografi[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Geografi Perlis

Perlis terdiri daripada tiga jajahan iaitu [perlu rujukan]:-

Bandar-bandar utama di Perlis termasuk :-

Pekan-pekan kecil pula termasuk :-.

Tempat-tempat lain termasuk :-

Asal-usul nama negeri Perlis[sunting | sunting sumber]

Sejarah mengenai asal-usul nama negeri Perlis adalah kurang jelas. Terdapat banyak kisah atau andaian yang menceritakan tentang asal-usul nama Perlis. Berikut merupakan beberapa andaian atau kisah yang diketahui:-

  • Menurut seorang tokoh sejarawan Malaysia iaitu Haji Buyong Adil, terdapat beberapa cerita yang mengisahkan kononnya nama Perlis itu berasal daripada perkataan Siam iaitu “Phrau Loi” (Maphrau Loi มะพร้าวลอย) yang bermaksud kelapa hanyut. Perkataan tersebut telah dipelat dan dipendekkan bunyinya oleh orang Melayu lalu menjadi ‘pereleh’ atau Perlis.
  • Sumber kedua menyatakan bahawa kononnya nama negeri Perlis berasal daripada perkataan ‘peroleh’ yang membawa maksud kurnia daripada kerajaan Kedah. Perkataan itu disingkatkan lalu menjadi Perlis.
  • Sumber yang ketiga pula menyebut negeri Perlis mendapat namanya daripada nama sebuah kubur di Bukit Mengulang iaitu kubur Tok Perlis. Kubur tersebut adalah milik seorang tokoh ulama yang terkemuka di Nusantara iaitu Tok Perlis.
  • Sumber yang keempat mengatakan nama negeri Perlis berasal daripada perkataan ‘perlus’. Kebanyakan tanah dalam di Perlis ialah tanah sawah. Pada musim kemarau, tanah sawah akan merekah. Sesiapa yang berjalan akan ‘terperlus’. Dari perkataan ‘perlus’ itulah, Perlis mendapat namanya.
  • Menurut sebuah buku yang tulis oleh Ahmad Ismail dan Yazid Mat, dipercayai bahawa nama negeri Perlis berasal daripada nama sejenis pokok yang dikenali sebagai pokok perlis. Pokok ini dahulunya tumbuh dengan begitu banyak di negeri tersebut, terutama sekali di kawasan pinggir sungai. Kini, pokok perlis ini telah pun pupus.

Meskipun terdapat banyak kisah atau andaian tentang asal-usul nama negeri Perlis, kebanyakan sejarawan percaya bahawa negeri Perlis dinamakan bersempena dengan nama pokok perlis.

Sejarah Negeri Perlis[sunting | sunting sumber]

Dari segi sejarah, Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri Kedah. Bukti-bukti pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri menunjukkan kewujudan negeri ini. Tempoh selepas pra-sejarah menunjukkan pengaruh ideologi Islam yang mengambil alih pengaruh Hindu dan Buddha pada akhir abad ke-12 kerana berdasarkan cara hidup masyarakat tempatan.

Ideologi ini juga dipengaruhi oleh sultan Kedah yang menunjukkan imej negeri tersebut. Terdapat beberapa pendapat yang berlainan mengenai sejarah pembentukan negeri Perlis. Menurut Ahmad Ismail dan YB Dato' Yazid bin Mat dalam buku mereka iaitu "Negeri Perlis Indera Kayangan: Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat" nama Perlis diambil dari nama pokok iaitu "Pokok Perlis". Ketika itu, jajahan Perlis adalah di tenggara sempadan Satun, di barat daya daerah Kubang Pasu, bertentangan dengan Selat Melaka dibarat, di timur laut Songkhla. Namun terdapat fakta sejarah bahawa kawasan jajahan negeri Perlis sebenarnya lebih luas dari itu.

Pendudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan serangan dan tindakbalas penduduk tempatan secara besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mentadbir kepada pembesar tempatan bagi mentadbir Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis.

Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor, manakala Syed Hussin Jamalullail sebagai timbalannya. Detik ini merupakan detik bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat pengiktirafan dari status tanah jajahan kepada status sebuah negeri naungan.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Komposisi etnik pada tahun 2000 di Malaysia adalah seperti berikut: Melayu (174,805 atau 79.74%), Cina (21,058 atau 9.6%), India (2,658 atau 1.21%) dan lain-lain (20,690 atau 9.45%).

Manakala pada tahun 2010 pula, penduduk di negeri Perlis secara peratusan telah menganut pelbagai kepercayaan atau agama, seperti 87.9% Muslim, 10.0% Buddha, 0.8% Hindu, 0.6% Kristian, 0.2% Taoism atau agama masyarakat Cina, 0.3% yang menganut lain-lain agama dan 0.2% pula tidak mempunyai agama.

Agama di Perlis - Banci 2010[2]
agama peratusan
Islam
  
87.9%
Buddhism
  
10.0%
Hinduism
  
0.8%
Kristian
  
0.6%
Agama masyarakat Cina
  
0.2%
Lain-lain
  
0.3%
Tiada agama
  
0.2%


Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Negeri Perlis

Ekonomi negeri didominasi oleh pertanian, terutamanya beras, gula dan buah-buahan. Perhutanan dan perikanan juga merupakan industri yang mustahak, dan negeri ini sedang mengambil tindakan untuk menarik perusahaan kecil dan sederhana.

Kebudayaan[sunting | sunting sumber]

Negeri Perlis sememangnya terkenal dengan kesenian Melayunya seperti Jikey Perlis, Makyong Laut dan Wayang Kulit Gedek (atau Wayang Gedek).

Kebaya Perlis merupakan pakaian tradisional yang terkenal di negeri Perlis.

Mukim[sunting | sunting sumber]

  1. Mukim Abi
  2. Mukim Arau
  3. Mukim Beseri
  4. Mukim Chuping
  5. Mukim Utan Aji
  6. Mukim Jejawi
  7. Mukim Kayang
  8. Mukim Kechor
  9. Mukim Kuala Perlis
  10. Mukim Kurong Anai
  11. Mukim Kurong Batang
  12. Mukim Ngulang
  13. Mukim Oran
  14. Mukim Padang Pauh
  15. Mukim Padang Siding
  16. Mukim Paya
  17. Mukim Sanglang
  18. Mukim Sena
  19. Mukim Seriab
  20. Mukim Sungai Adam
  21. Mukim Titi Tinggi
  22. Mukim Wang Bintong
  23. Bandar Arau
  24. Bandar Kangar
  25. Pekan Kuala Perlis
  26. Pekan Kaki Bukit

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]