Pantai Teluk Marina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pantai Teluk Marina merupakan pantai yang boleh dijalankan aktiviti mandi-manda yang terletak di Kemaman, Terengganu. Ia terletak sekitar 15 minit dari bandar Chukai.

Pantai Teluk Marina dipenuhi pokok-pokok rhu yang tersusun yang memberi teduhan kepada para pengunjung untuk terus menghirup udara segar di tepi pantai ini. Pengunjung boleh memilih samada untuk berkelah di bawah rimbunan pokok rhu itu ataupun duduk bersantai di pondok-pondok yang di sediakan.

Pantai Teluk Marina juga merupakan tempat popular bagi menjalani aktiviti memancing kerana batu-batu yang terdapat di tepi pantai adalah tempat permainan ikan-iakan kerapu.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]