Papirus Ani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Papirus Ani
Anubis menimbang jantung Ani
Bahan Papirus
Saiz Panjang: 67 cm (26 in) (bingkai)

Lebar: 42 cm (17 in) (bingkai)

Tulisan Hieroglif
Dicipta ~1250 SM
Tempoh/budaya Dinasti ke-19
Tempat Makam Ani
Lokasi sekarang Muzium British, London
Identifikasi 10470,3
Pendaftaran 1888,0515.1.3

Papirus Ani ialah sebuah lembaran manuskrip papirus dengan hieroglif kursif dan ilustrasi berwarna yang dibuat sekitar tahun 1250 SM, semasa Dinasti Kesembilan Bleas Kerajaan Baru Mesir purba. Orang Mesir yang tertentu dibuatkan buku khas selepas mereka meninggal dunia, dipanggil Kitab Mara demi Hari, lebih dikenali lagi sebagai Kitab Orang Mati, dan biasanya mengandungi pengisytiharan dan mantera untuk membantu si mati di hidup selepas mati. Papirus Ani ialah manuskrip yang disusun untuk seorang jurutulis dari Thebes bernama Ani; ia kini berada di Muzium British.

Lembaran itu ditemui di Luxor pada tahun 1888 oleh orang Mesir yang menjual barang antik haram. Ia diperoleh oleh EA Wallis Budge, seperti yang diterangkan dalam autobiografinya By Nile and Tigris. Tidak lama selepas Budge mula-mula melihat papirus itu, polis Mesir menangkap beberapa peniaga barang antik dan menutup rumah mereka—salah sebuah menyimpan barang-barang yang Budge beli daripada peniaga itu. Budge mengalihkan perhatian polis-polis dengan mempelawa mereka makan sementara peniaga-peniaga itu menggali terowong di bawah dinding rumah itu dan ambil barangan mereka, termasuk Papirus Ani. Disimpan dalam beberapa kotak timah khas, papirus dan objek-objek lain yang Budge peroleh kemudiannya diseludup kepada pustakawan utama di Muzium British.[1]

Budge kemudiannya dibayar "ganjaran" 150GBP daripada Perbendaharaan British bagi pihak Muzium British kerana memperoleh papirus itu.[2]

Ia dianggap contoh Kitab Orang Mati yang terbaik yang masih wujud.

The entire Papyrus of Ani
Seluruh Papirus Ani. (Tatal ke kiri atau kanan.)

Kandungan[sunting | sunting sumber]

Bahagian Seksyen Tajuk
01 16 Lagu puji-pujian
02 36 Pujian Khert-Neter
03 08 Tujuh Arits
04 10 Tonggak-tonggak Rumah Osiris
05 05 Ucapan-ucapan
06 22 Salam Thoth
07 32 Koleksi Bab 1
08 20 Penghormatan
09 19 Pelbagai (Lagu pujian, Sembah, Hormat, Bab, Rubrik)
10 18 Koleksi Bab 2
11 20 Teks Dewan Pengebumian
Catatan: Pembahagian berbeza antara kitab-kitab lain; Seksyen ialah kumpulan ayat-ayat yang berkaitan; Tajuk bukan berasal daripada teks.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ By Nile and Tigris : a narrative of Journeys in Egypt and Mesopotamia on behalf of the British Museum between the years 1886 and 1913 by Budge, E. A. Wallis (Ernest Alfred Wallis), Sir, 1857-1934, pp. 136–137, 143–149
  2. ^ By Nile and Tigris : a narrative of Journeys in Egypt and Mesopotamia on behalf of the British Museum between the years 1886 and 1913 by Budge, E. A. Wallis (Ernest Alfred Wallis), Sir, 1857-1934, p.335

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • The Egyptian Book of the Dead: The Book of Going Forth by Day, The First Authentic Presentation of the Complete "Papyrus of Ani", Pengenalan dan ulasan oleh Dr. Ogden Goelet, Terjemahan oleh Dr. Raymond O. Faulkner, Prakata oleh Carol Andrews, Menampilkan Teks Bersepadu dan Imej Warna Penuh, (Chronicle Books, San Francisco) c1994, Rev. ed. c1998. Mengandungi: Kunci Peta kepada Papirus, Ulasan oleh Dr. Ogden Goelet, Bibliografi Terpilih dan "Glosari Terma dan Konsep"
  • Mesir Abadi: Karya Seni Purba dari Muzium British, Edna Russmann
  • The Egyptian Book of the Dead: (The Papyrus of Ani), (Dover Ed., New York), c1895, Dover ed. , 1967. Transliterasi dan Terjemahan Teks Mesir, Pengenalan, dsb. oleh Sir EAWallis Budge
  • Faksimili: Papirus Ani: Akademische Druck- u. Verlagsanstalt (ADEVA), Graz 1978. Edisi faksimili berwarna lengkap bagi 37 segmen papirus dalam saiz asal (lebih kurang 24 x 0.38 m); saiz purata segmen 380 x 700 mm. Ulasan ilmiah (dalam bahasa Jerman): E. Dondelinger, Koblenz. Edisi faksimili ini tersedia sama ada dalam portfolio (= edisi standard) atau dalam bekas buku yang boleh digunakan sebagai meja (= edisi khas) - CODICES SELECTI, Vol. LXII

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Papirus Ani; pengeluaran semula dalam faksimili oleh Budge, EAW dalam tiga jilid.
    Vol. 1 (analisis pengenalan).
    Vol. 2 (transkripsi dan terjemahan).
    Vol. 3 (pengeluaran semula faksimili).
  • Kitab Orang Mati Mesir.

Templat:British-Museum-object