Wikipedia:Pengesahan
| Laman ini mengandungi dasar rasmi di Wikipedia Bahasa Melayu yang telah dipersetujui ramai dan ia dianggap piawai maka harus diikuti semua pengguna. Sebelum mengubah laman ini, pastikan bahawa orang lain sependapat dengan cadangan anda. Sila gunakan laman perbincangan jika anda tidak pasti ataupun ingin mencadangkan perubahan pada laman ini. |
| Polisi Wikipedia |
|---|
| Piawaian rencana |
| Pandangan berkecuali Pengesahan Tiada penyelidikan asli Biografi orang hidup Tajuk rencana |
| Bekerja dengan orang lain |
| Kesopanan Sepersetujuan Larangan serangan peribadi Penyelesaian pertikaian Tiada ancaman undang-undang |
| Prinsip sejagat |
| Apa yang bukan Wikipedia Polisi lanjutan |
Di ambang masukan di dalam Wikipedia adalah pengesahan, bukan kebenaran. "Boleh ditentusahkan" dalam konteks ini bermakna para pembaca seharusnya boleh memeriksa sekiranya bahan yang ditambah ke dalam Wikipedia sudah pun diterbitkan oleh sumber yang sahih. Penyunting seharusnya memberikan sumber yang boleh dipercayai untuk petikan dan bagi apa-apa bahan yang boleh dicabar kesahihannya atau ia boleh dibuang. Wikipedia:Pengesahan adalah salah satu daripada intipati polisi kandungan Wikipedia. Yang lain adalah Wikipedia:Tiada penyelidikan asli dan Wikipedia:Pandangan berkecuali. Secara menyeluruh, polisi-polisi ini menilai jenis dan kualiti bahan yang boleh diterima di dalam artikel-artikel Wikipedia. Mereka (polisi-polisi berkenaan) tidak seharusnya diterjemahkan secara berasingan antara satu sama lain, dan para penyunting seharusnya cuba untuk membiasakan diri dengan ketiga-tiga polisi ini.
[sunting] Beban Bukti
- Untuk melihat bagaimana untuk menulis petikan sumber, sila lihat Wikipedia:Memetik sumber
Sebenarnya beban bukti terletak di tangan penyunting yang menambah atau memulihkan sesuatu bahan. Semua petikan dan apa-apa bahan dicabar atau mungkin akan dicabar seharusnya dianggap bergantung kepada satu sumber yang diterbitkan dan boleh dipercayai dengan menggunakan petikan di dalam barisan.[1] Punca seharusnya boleh dipetik denga jelas dan tepat supaya ia membolehkan pembaca mencari teks yang menyokong kandungan artikel yang dipersoalkan.
[sunting] Nota dan rujukan
- ↑ When content in Wikipedia requires direct substantiation, the established convention is to provide an inline citation to the supporting references. The rationale is that this provides the most direct means to verify whether the content is consistent with the references. Alternative conventions exist, and are acceptable when they provide clear and precise attribution for the article's assertions, but inline citations are considered "best practice" under this rationale. For more details, please consult Wikipedia:Citing_sources#How_to_cite_sources.
[sunting] Bacaan tambahan
- Jimmy Wales. "WikiEN-l insist on sources", senarai mel WikiEN-l, 19 Julai 2006.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||