Parlimen Eropah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Parlimen Eropah (Europarl atau EP) ialah satu-satunya institusi parlimen yang dipilih secara langsung di Kesatuan Eropah (EU). Bersama dengan Majlis Kesatuan Eropah (Majlis), Parlimen ini membentuk cabang perundangan dwidewan institusi Kesatuan dan juga disifatkan sebagai salah satu kuasa perundangan yang paling berkuasa di dunia.[1] Parlimen dan Majlis membentuk badan perundangan tertinggi dalam lingkungan Kesatuan. Sungguhpun begitu kuasa-kuasanya terhad kepada kompetens yang dikurniakan ke atas Komuniti Eropah oleh negara-negara anggota. Maka itu, institusi ini agak terhad kuasanya terhadap kawasan-kawasan dasar yang dipegang negeri-negeri dan dalam lingkungan dua tunggak lain daripada tiga tunggak Kesatuan Eropah. Parlimen ini terdiri daripada 785 orang Ahli Parlimen Eropah yang berkhidmat kepada para pemilih demokratik kedua terbesar di dunia (mengekori India) dan para pengundi demokratik transnasional terbesar di dunia (342 juta pengundi yang layak pada tahun 2004).[2][3][4]

Parlimen Eropah dipilih secara langsung setiap lima tahun melalui hak mengundi umum sejak tahun 1979. Walaupun Parlimen Eropah mempunyai kuasa perundangan yang tidak dimiliki badan-badan lain, namun Parlimen ini tiada inisiatif undang-undang seperti kebanyakan parlimen kebangsaan. Sedangkan merupakan "institusi perdana" Kesatuan Eropah (julung kali dinyatakan dalam perjanjian, mempunyai keutamaan upacara mengatasi segala kekuasaan di peringkat Eropah[5]), Majlis memegang kuasa lebih besar terhadap perundangan berbanding Parlimen apabila tatacara keputusan bersama (hak pindaan dan penolakan yang sama rata) tidak dikenakan. Namun begitu, Parlimen berkuasa terhadap bajet EU sejak 1970-an dan memegang hak veto terhadap pelantikan Suruhanjaya Eropah.[6]

Parlimen Eropah ada dua tempat persidangan, iaitu Immeuble Louise Weiss di Strasbourg, Perancis, untuk sesi pleno dan juga pusat rasmi; dan kompleks Espace Léopold di Brussel, Belgium, yang menjadi tempat mesyuarat persediaan dan sesi pelengkap bukan pleno. Kos untuk memastikan semua Ahli dan kakitangan mereka berpindah dari satu tempat ke tempat lain beberapa kali setahun membimbangkan sesetengah pihak. Sekretariat Parlimen Eropah, iaitu badan pentadbiran Parlimen, bertapak di Luxembourg.[7][8]

Presiden Parlimen Eropah yang bertindak sebagai Speaker Parlimen kini ialah Antonio Tajani dari Parti Rakyat Eropah) yang dilantik pada Januari 2017. Kelompok terbesar yang bersidang dalam Parlimen ini kini (sejak 2014) ialah Kelompok Parti Rakyat Eropah dan Perikatan Progresif Sosialis dan Demokrat.

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Farrell Powerful tidak disediakan
  2. ^ "Europe-topics in Europe's media - The debate about the European public sphere: a meta-analysis of media content analyses" (PDF). Universiti Mannheim. Dicapai pada 2008-02-26.
  3. ^ "European Union elections: Voting Systems - IVU". IVU Traffic Technologies AG. Dicapai pada 2008-02-26.[pautan mati kekal]
  4. ^ "European federalists launch appeal to the European citizens: go vote and take part in the shaping of the future of Europe". Kesatuan Federalis Eropah. Dicapai pada 2008-02-26.
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Protocol tidak disediakan
  6. ^ "Parliament's powers and procedures". Parlimen Eropah. Dicapai pada 2007-06-12.
  7. ^ "Consolidated versions of the treaty on European Union and of the treaty establishing the European Community" (PDF). Eur-lex. Dicapai pada 2007-06-12.
  8. ^ Wallström, Margot (2006-05-24). "My blog: Denmark, Latvia, Strasbourg". European Commission. Dicapai pada 2007-06-12. Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]